43 - hobi orang lelaki

25.2K 1.9K 189
                                    

Aku termenung sambil memandang air keruh tasik itu.

Alahai, bosannya.

"Siapa suruh ikut? Ni hobi orang lelaki, memanglah kau akan bosan." Abang aku Adib membebel kat aku. Eee, umur dah 30 lebih tapi masih nak membebel kat adik sendiri.

Aku memuncungkan bibir.

"Hobi korang memang duduk takde buat apa untuk beberapa jam ke?" Aku tanya abang aku.

"Nak dapatkan sesuatu kena ada kesabaran. Kau ingat tak dulu kau sabar tunggu si Fahri ni lamar kau? Ha, macam tulah kitorang tunggu untuk dapatkan ikan."

Main cakap je. Mana ada aku tunggu Fahri lamar aku. Fahri ni ha yang tiba-tiba ajak kahwin padahal waktu tu aku tengah lepak dengan dia je. Tapi lepas tu dia cakap dia bergurau and then dia jauhkan diri dari aku. Pastu... Em, jap. Panjang pulak cerita dia. Tak cukup page.

"Apahal tetiba nak samakan memancing dengan kisah cinta aku?" Aku tanya Adib.

"Sebab ada persamaannya."

"OMG dengar tak tu, Fahri? Adib cakap awak ni ikan." Aku sengaja menyalah tafsirkan apa yang Adib cakap tadi.

Fahri hanya tersenyum. "Awak nak try baling joran ni tak?" Fahri tanya aku sambil memegang joran di tangan.

"Nak." Aku menjawab sambil mendekati dia. Dia menghulurkan joran ke tangan aku dan menunjukkan spot pada permukaan air yang patut aku aim ketika baling joran. Dia berada betul-betul di belakang aku tapi tangan dia berada di atas tangan aku sambil memandu tangan aku untuk baling joran.

"Benda tu pun nak kena ajar ke?" Adik aku Aniq pula cari pasal dengan aku.

"Benda basic macam ni aku pun tahu. Tapi ini namanya bonding bersama suami. Single people can't relate." Aku berkata sambil mencubit pipi Fahri.

Adib dan Aniq membalikkan mata. Ayah aku yang dari tadi senyap tergelak sedikit.

Tiba-tiba tali joran Fahri yang aku baling tadi bergerak seperti ditarik sesuatu.

"OMG, guys! Ada ikan!" Aku menjerit excited.

Aku pun pusingkan reel tu macam nak mati.

Bila dah berjaya tarik, aku menghalakan joran ke lantai dan kami semua memandang hasil yang aku dapat.

Seekor ikan kecik yang mampu dijadikan umpan bagi ikan lain.

Kau tak payah cakaplah. Abang dengan adik aku dah tergelak macam apa.

"Hahaha! Itu je kau dapat?" Adib berkata sambil tergelak.

"Kau diam. Jangan sampai aku jolok mulut kau dengan joran ni." Aku mengugut dia.

Aku memandang Fahri dan ternampak dia sedang tersenyum macam nak tahan gelak. Oh, kau.

Aku memuncungkan bibir, "Hmph, bukan ke memancing ni bergantung pada luck je?" Kata aku sambil membaling ikan hasil tangkapan aku tadi ke dalam tasik tu semula.

"Mana ada. Ikan besar nak makan umpan orang professional je." Adib berkata dengan lagak.

Ah, menyampahlah aku dengan dorang ni.

Beberapa jam selepas tu, ayah aku berjaya dapat 3 ekor ikan, Fahri dapat 2, Adib dapat 1 dan Aniq pun dapat 1.

"Orang pro memang selalu dapat sekor je ke ikan?" Aku mengusik Adib.

"Aku bagi tuah aku kat Fahri sikit." Dia berkata.

"Eleh. Kau dengki je. Dah tu kau nak cakap ayah pun dapat tuah dari kau ke?"

C | CuddleWhere stories live. Discover now