69 - bercuti

17.5K 1.7K 433
                                    

"Ada orang cakap relationship terlalu healthy ni membosankan."

Fahri mengerutkan kening. Dari manalah isteri dia dapat statement bodoh ni? Too much internet ke?

"Oleh itu, jom kita gaduh."

Satu keluhan dikeluarkan Fahri, "Amirah, awak rasa relationship kita bosan ke?"

"Tak langsung. Saja nak bagi spicy sikit."

Fahri menyikat rambutnya dengan tangan, "Siapa cakap healthy relationship bosan? Saya nak tumbuk dia."

"Hahaha, alaa awak ni. Perempuan memang gitu pung. Suka drama." Amirah tergelak.

Fahri menggeleng, "Tak payah merapu la, Mirah. Kita tengah bercuti ni. Sia-sia je gaduh kat sini." Dia membebel sambil menyapu jem strawberi pada roti bakarnya.

Amirah memuncungkan bibir. Dia kemudian menyuapkan baked beans ke dalam mulut. Mereka berdua dengan tenangnya sedang menikmati breakfast buffet di hotel itu.

Zennirah pulak... Zennirah takde.

"Kamu berdua tak mboh bercuti ke? Zenni tinggal kat sini kejap." Kata-kata mama Fahri minggu lepas terngiang-ngiang dalam minda.

"Hahaha, takpelah. Susahkan mama je." Amirah menolak dengan sopan.

"Kak Mirah, kitorang lagi sukalah kalau Zenni bermalam kat sini. Boleh main dengan dia." Amalia menyampuk. "Betul tak, pokcik?"

Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah 'pokcik', tak lain tak bukan si Akmal. Dia sedang melambung Zennirah ke udara, membuatkan Zennirah menjerit keriangan.

"Pokcik!" Amirah mengambil perhatian dia.

Akmal berhenti melambung, dia mengemaskan Zennirah dalam dukungannya, "Apa dia? Zenni tengah syok main roller coaster dengan pokcik ni."

"Hujung minggu ni Zenni tidur sini. Waktu tu kau bagilah dia satu theme park."

"Serious ah?" Wajah Akmal naik seri, "Kau nak gi mana, Mirah?"

"Mak pak Zenni nak pergi bercuti." Mama Fahri berkata tanpa mendengar kata putus dari Amirah dan Fahri.

"Ha, pergilah. Biar aku jaga Zenni." Akmal mencium pipi Zennirah.

Heh, tak sangka pakcik yang paling tak excited pasal kedatangan anak buah dia last-last jadi pakcik yang paling sayang kat anak buah sendiri.

"Ada pokcik, ada grandma and grandpa. Paling penting, ada aunty Amal!" Amalia meyakinkan Amirah.

Kkeut. Flashback habis. Disebabkan itulah, kini Amirah dan Fahri sedang bercuti selama 3 hari 2 malam di satu hotel berhadapkan pantai di Terengganu.

Selesai sarapan, Amirah dan Fahri mahu ke pantai untuk bersiar-siar sambil menikmati mentari dan bayu pagi.

Telefon Fahri tiba-tiba berbunyi menandakan ada orang call. Fahri menatap skrin phone selama beberapa saat.

"Siapa tu, Ri?"

"Client..." Jawabnya sepatah sebelum dia menjawab panggilan tersebut dan mengangkat tangan kepada Amirah untuk mengizinkan dirinya pergi ke tempat sunyi.

What the heck? Client call pukul 7 pagi? Panggilan subuh ke apa?

Amirah pun izinkan jelah, walaupun hati sedikit geram dengan client Fahri yang call waktu cuti. Ey, kalau dapat kat Amirah tu dah lama kena sound. Tak kisahlah kau client ke tidak.

Amirah pun mengatur langkah ke pantai berseorangan. Jam baru pukul 7:30 pagi, dan hanya kelihatan beberapa orang saja di pantai itu.

Dia mengambil port yang jauh sikit dari orang ramai dan mula termenung melihat ombak laut. Angin pantai nyaman betul. Bunyi ombak pula sangat menenangkan. Therapeutic.

C | CuddleWhere stories live. Discover now