24 - curang part ii

27.8K 2.1K 220
                                    

Aku dan Fahri kedua-duanya sedang baring di atas katil, namun kami membelakangi satu sama lain. Kami sedang menjalankan rutin main phone sebelum tidur. Jangan contohi rutin ini.

Akmal dan Amalia sudah selamat dihantar ke rumah mak ayah Fahri. Jadi kemungkinan sekarang pun dorang mahu tidur.

Semasa aku main phone, aku mendapat mesej daripada Fahri. Ye, Fahri yang ada betul-betul kat belakang aku ni. Dia memang selalu buat macam ni kalau dia rasa malas sangat nak bercakap.

amirah

saya keluar dengan qistina td sbb bincang psal kerja. dia mcm berminat nak jd client kt company saya

pastu, dia nk mintak tolong jagakan anak dia minggu depan sbb dia ada outstation sehari

tadi kitorg bincang sambil makan

itu je

saya mintak maaf sbb buat awak salah faham

hm ok

saya dh mesej awak kn sblum tu yg saya nak jumpa dgn awk? awk je yg tk baca

lgpun amirah, kalau saya nk curang pun, takkanlah saya nak curang dkt tmpt yg ada awk dn adik2 saya?

oh maknanya kalau awak nk curang awk gi tmpt yg jauh dr saya lah?

ye secara logiknya cmtulah

jd kalau awak pergi jauh dari saya, boleh ke saya assume yg awak
curang?

amirah..

hihi gurau jelah ri

tkde kerjalah saya nak soal awk byk2

sbb saya tau awak bukan jenis
org yg cmtu

yg cmne tu?

yg nak curang dgn saya

aik bukan ke awak stalk saya td sbb awak ingatkan saya curang?

itu saya yg dulu

skrg saya dh berubah hihi

😉

hmm

ye memang btul pun ckp awak

takde kerjalah saya nak cari perempuan lain

awak dh cukup buat hidup sy serabut

saya taknak tmbh lg keserabutan hidup saya

elok sikit mulut awak 🙄

amirah, saya benci diri saya sbb saya akan ckp ayat geli lepas ni

apa ayat geli awak

you are the only one for me, amirah

Aku tergelak in real life.

C | CuddleWhere stories live. Discover now