37 - hujan

24.1K 1.9K 163
                                    

Aku pandang luar tingkap. Langit dengan lebat mencurahkan isi. Diiringi bunyi guruh menggerunkan. Dan kilat sabung menyabung.

POM!

Bunyi macam bom pun ada. Aku pejam mata lalu mencelikkan sebesar mungkin. "Riri!!!" Aku menyeru nama suami sekuat hati.

Tapi, takde guna. Dia tak balik lagi dari solat Jumaat.

Risau pulak aku kat dia. Agak-agaknya kereta dia terbang tak? Dia tu dahlah rabun. Rabun pastu degil tak nak pakai cermin mata. Boleh ke tak entah nampak jalan waktu hujan ni.

Aku membuka pintu rumah, angin sejuk menampar muka.

"Meaw!" Aku jerit.

Lalu beberapa kucing yang sedang berteduh bawah halaman rumah aku berlari ke arah pintu masuk. Yang dipanggilnya sekor je, asal tiba-tiba ada 3 ekor pulak ni?

"Ha, masuklah korang. Aku lonely." Aku mempelawa dorang masuk. Sebelum aku tutup pintu, aku terpandang kereta dan motosikal terletak kemas di halaman rumah aku.

...

Allah.

Aku terlupa Fahri pergi masjid jalan kaki.

Pintu aku tutup lalu aku meletakkan makanan kucing dalam mangkuk. Selepas itu phone aku dicapai dan cepat-cepat aku mesej Fahri.

r u ok?!

Beberapa saat selepas itu dia jawab,

tak

nak saya bawakkan payung?

takpelah

saya boleh tunggu hujan habis

awak sanggup tunggu 2 jam hujan habis?

🐢

awak duk situ diam-diam. saya bawakkan payung untuk awak

hm ok

⛈️

Seperti yang aku jangka, jalan di sekeliling masjid sangat sesak dengan kereta. Dengan hujannya yang tak tunjuk tanda untuk reda, bertambah teruk traffic jam di situ.

Aku mencari-cari kelibat Fahri, sebelum phone aku berbunyi.

"Hello?"

"Saya nampak awak, Amirah." Kedengaran suara Fahri menjerit untuk melawan bunyi hujan yang kuat.

Aku melilau pada gate masjid dan ternampak satu makhluk berkopiah berbaju Melayu emerald dan berseluar jeans. Dia juga sedang pandang ke arah aku dengan tangan kanannya meletakkan phone di telinga. Namun, jarak aku dengan makhluk tu bukannya dekat.

"Saya lari ke kereta." Fahri mencadang.

"Noooo, basah lencun la awak nanti! Apa guna saya ambik awak kalau camtu?"

"Dah tu?"

"Saya parking kereta. Pastu bawak payung ke awak."

"Hm."

Setelah aku meletakkan kereta, aku keluar dengan payung aku yang mampu memuatkan 2 orang. Jauh juga aku parking sebab parking depan-depan masih penuh.

C | CuddleWhere stories live. Discover now