"You look so beautiful my dear, this guy right here really know how to choose a wife "puji Mrs Charles kepadaku.
Mrs Charles menghadiahkanku dengan senyuman manisnya, senyumannya mengingatkanku kepada kedua datuk dan nenek, aku pasti umur Mrs Charles juga disekitar umur nenek tetapi mungkin lebih muda beberapa tahun. Mr Charles menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan pernyataan isterinya lalu memandang wajah isterinya dan menghadiahkan sebuah ciuman ke atas dahinya. Untuk kesekian kalinya pada malam ini, aku menyaksikan aksi romatik antara dua pasangan di hadapanku ini. Perasaan cemburu dating berkali-kali, menusuk jiwa dan hatiku membuatkan ku tertanya-tanya adakah hubungan aku dan Hardin akan jadi seperti ini bila tua nanti, atau pertanyaan yang lebih penting, adakah hubungan kami akan bertahan sehingga kami sama-sama mencapai usia tua.
"Thank you very much Mrs Charles, you are even prettier yourself Mrs Charles, and the man beside you had really win a big gamble. "pujiku kepada kedua pasangan dihadapan ku dan kedua-dua amereka tertawa mendengar kata-kataku.
Kami berborak untuk beberapa minit lagi sebelum cucu perempuan mereka memanggil mereka untuk berjumpa dengan kenalan lain dan Hardin tidak berhenti-henti membisikkan 'You look beautiful' malam ni. Hardin mengajakku untuk menghadiri majlis makan malam syarikatnya pada malam ini, majli ini diadakan untuk orang atasan dan beberapa kenalan syarikat.
"So how is it ?"soalnya sebaik sahaja kami bersendirian di situ.
"How is what ?"soalku kembali kepadanya.
"How is this party going ? You know ? I bet you had met a lot of nice people, I mean couples who kept praising how smart and cool I am to be able to get a wife like you. Hmm, I'm not surprise at all. " dan sebaik sahaja aku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya tersebut, aku memutarkan bola mataku, suamiku tidak pernah gagal dalam memuji dirinya sendiri.
"Yeah, yeah yeah. I'm not surprise eaither. To have such 'minta puji' husband like you " balasku kepadanya sambil bergurau dan dia tertawa melihat reaksiku.
Hardin memandangku sambil tersenyum manis dan mengucup dahiku lembut dan pada saat tersebut jika bukan disebabkan oleh ramainya manusia disekeliling kami, aku pasti sudah memeluk Hardin erat. Aku mendongakkan kepalaku sedikit untuk melihatnya ke dalam mata dan mengukir senyuman di wajahku. Aku melupakan segala kemungkinan dan mengetepikan segala kemaluan yang akan ku rasakan selepas ini dan membuat keputusan untuk mengucup Hardin di pipinya.
Hardin agak terkejut dengan tindakanku, aku pasti bahawa dia juga tidak sangka bahawa aku akan berbuat sedemikian, namun senyuman yang terukir dibibirnya selepas aku mengucup pipinya tidak dapat disembunyikan, dan dengan serta-merta kedua-dua belah tangannya menyelinap kedua-dua belah pinggangku bersedia untuk menarikku ke dalam pelukkannya sebelum seseorang tiba dan menganggu saat manis tersebut.
"Err... Hi " ia tidak mengambil sedetik pun untuk aku mengecam suara ini.
Aku berusaha mengekalkan senyuman manis di wajahku dan dengan perlahan aku menoleh ke kananku untuk melihat ke arah wajah si pemanggil.
"Sorry, did I, I mean perhaps I..." perasaan janggal mula terbit diwajah manisnya berusaha untuk mencari perkataan yang sesuai.
"You did disturb us "kata Hardin berterus-terang, dengan perlahan rasa hangat pada pinggangku menghilang, dengan perlahan Hardin melepaskan pelukannya pada pinggangku dan menoleh sepenuhnya ke arah gadis yang cukup menyerlah dengan gaun panjangnya berwarna keemasan. Bahunya terdedah dan lehernya dihiasi rantai berlian yang bersinar cantik. Wajahnya yang ayu dan senyumannya yang menawan cukup membuat kebanyakan gadis hilang keyakinan, dan itu termasuk diriku sendiri.
Beverly menghadiahkan senyuman rasa bersalah dan kemudian bersuara lagi, "I actually, daddy... " Beverly kedengaran was-was dengan apa yang hendak dikatakannya dan sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an muncul disebelahnya.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...