Daisy***
"I'm Damian "katanya lalu menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.
Aku teragak-agak sebentar sebelum menyambut hulurannya. Dia menggenggam tanganku lembut, telapak tangannya terasa sejuk. "Tessla"
"Tessla...so, where is your drink ?"soalnya kepadaku sebaik sahaja dia melihat meja kaca hitam di hadapan ku kosong.
"I'm waiting for someone "
"Okay "jawabnya masih memandang kepadaku hairan. "Err sweetheart "dia memanggil pelayan perempuan tersebut.
"Yes sir? "
"I want a glass of dirty martini and..."dia memandang kepadaku dan mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"I don't drink... Thank you" kataku kepadanya berusaha kedengaran sopan.
"A glass of dirty martini and fruit cocktail and orange juice "
(Dirty Martini-sejenis minuman beralkohol , fruit cocktail-juga sejenis minuman beralkohol tetapi fruit cocktail sesuai bagi pemula )
"Okay Sir... I'll be back in a minute "
Damian hanya mengangguk sebagai balasan. Dia mengeluarkan kotak rokok daripada poketnya bersama mancis dan menyalakannya di hadapan ku. Dia berpaling ke kirinya lalu menghembuskan asap keluar dari mulut dan hidungnya dengan bergaya.Dia meletakkan kotak rokoknya di atas meja kaca dihadapannya dan kemudian dia bersandar pada single sofanya selamba.
Suasana agak menjanggalkan tetapi aku berusaha mengalihkan mataku daripada memerhatinya. Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari dompetku dan mula membuka Instagram. Aku sebenarnya tidak tahu nak buat apa.
Tidak lama kemudian pelayan perempuan sebentar tadi tiba dengan 3 minuman. Damian menghulurkan kad kepadanya.
"This for you, my treat "
" I don't drink alcohol "
"Dont worry... Kamu masih hidup selepas minum satu gelas kecil tu "katanya kepadaku lalu menghulurkan 2 gelas minuman kepadaku. "This is fruit cocktail and this is orange juice, juice biasa "
Aku mengambil kedua-dua minuman tersebut daripada hulurannya lalu meletakkannya di hadapanku.
Damian mengangkat gelasnya ke hadapanku. "Cheers ?"
Aku kaku sebentar sebelum teragak-agak untuk mengangkat gelas minumanku,dan sudah semestinya bukan jus oren. Aku meneguk minuman tersebut sedikit.
"How is it?"tanya Damian selepas melihatku meneguk minuman tersebut.
Aku tidak pasti bagaimana rasanya disebabkan aku hanya meneguk sangat sedikit minuman tersebut. Oleh itu aku cuba mengeuk minuman tersebut sehingga separuh.
"Not as bad as I thought, rasa manis?"kataku kepadanya masih teragak-agak.
Damian tersenyum melihatku lalu meneguk gelasnya sehingga separuh juga dan pada masa itu juga Harry tiba bersama Rudy.
"Hey babe this is Dylan the king of playboy "kata Harry lalu mengambil tempat disebelahku. Harry meletakkan tangan kanannya disekeliling bahuku. Dia masih tidak sedar akan kehadiran Damian di hadapanku.
"Hi beautiful I'm Dylan"katanya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku menyambut salamannya dan aku sedar terdapat tattoo pada tangan kanannya.
"Hi Im Tessla "
Dia mempunyai wajah yang manis dan menarik untuk dilihat. Dia mempunyai anting-anting di telinga kanannya dan dia memakai agak banyak aksesori. Dia memakai gelang di pergelangan tangan kirinya dan cincin di jari jemarinya.Dan sebagai seorang perempuan aku boleh mengatakan dia agak seksi.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...