Setelah selesai berus gigi dan mencuci muka aku melihat ke dalam cermin. 'Eye bag' jelas kelihatan di bawah mataku akibat tidak cukup tidur. Clair dan Jane masih tidur nyenyak. Aku melangkah keluar dari bilik perlahan-lahan dan menuju ke dapur. Harry dan yang lain masih tidur dengan nyenyak. Mereka semua tidur seperti budak. Comel.
Aku membersihkan sisa pizza, beer dan minuman botol yang masih ada di atas meja. Selepas itu aku menjerang air menggunakan pemanas air elektrik. Aku berusaha mencuci gelas dan pinggan seperlahan dan selembut yang mungkin agar tidak membangunkan mereka.
Setelah itu aku menanak nasi menggunakan pemasak nasi(rice cooker) dan menyediakan sedikit bahan tambahan untuk membuat nasi goreng. Mungkin selepas ini aku akan menyebabkan mereka terbangun daripada tidur sebab aku akan menggoreng ayam dan membuat sup salai ikan terung asam, kesukaan ku. Aku membuat keputusan untuk membuat sup ikan salai terlebih dahulu dan barulah menggoreng ayam. Pada pendapat aku semua orang suka ayam goreng oleh itu aku memilih ayam sebagai salah satu lauk pada pagi ini.
Aku agak terkejut sebab nampaknya tidak ada seorang pun yang terbangun disebabkan bunyi yang dihasilkan oleh minyak yang meletup-letup akibat menggoreng ayam. Tugas yang terakhir adalah menggoreng nasi goreng. Aku menambah telur, ikan bilis, dan memotong sosej ke dalam saiz yang sangat kecil ke dalam nasi gorengku. Setelah selesai aku melihat jam di telefon bimbitku,0842a.m. Dengan itu aku membuat keputusan untuk membangunkan Harry terlebih dahulu.
Harry sedang tidur disebelah Rave dan disebelah Rave adalah Rain dan hujung sekali disebelah pintu slide adalah Junior. Kio sedang tidur nyenyak di atas sofa dan Kyle dibahagian 'L' sofa.
"Harry ?"aku cuba menggoyangkan bahunya perlahan.
"Mmmhh ?"getusnya perlahan.
"Harry ? Bangun "
Dia membuka matanya perlahan-lahan cuba menyesuaikan matanya dengan situasi pada pagi hari. Kemudian dia menutup matanya kembali untuk tidur.
"Oh my goshh Harry...bangun "kataku kepadanya lagi.
"I'm cold...where the aircond remote control ?"kata Harry dengan suara paginya yang serak.
"I already adjust it to 30 "bisikku kepadanya balik.
"It still kind of cold "katanya lalu menarikku ke dalam pelukkannya. Akus sedang berada dalam posisi duduk dan tubuhku sedang berada dalam pelukannya.
"Let sleep sekejap "tambahnya lagi. Sekarang aku mengubah kedudukanku dan berbaring disebelahnya.
Harry berbaring menghadapku dengan aku berada dalam pelukannya. Aku hanya kaku tidak pasti bagaimana aku harus bertindak. Tetapi aku dapat merasakan bahawa kakinya sejuk kerana kakiku bersentuhan dengan kakinya sekarang. Perlahan-lahan mataku kembali berasa berat dan aku pun tertidur.
Sangat selesa dan hangat, perlahan-lahan aku membuka mataku. Aku dapat menghidu bau wanginya, dia berbau mint dan harum. Aku mendongakkan sedikit wajahku dan nampaknya Harry masih lagi tidur.
"Harry..."
Tiada respon.
Aku bergerak perlahan-lahan tetapi tangan Harry cepat menarik lenganku.
"Where are you going ?"tanyanya.
"I'm going to bath... Today is Sunday so we need to go to church..."bisikku kepadanya.
"Ohh..okay "katanya lagi lalu melepaskan tanganku.
Aku mengambil telefon bimbitku daripada meja makan dan berjalan menuju ke bilik. Jane dan Clair masih tidur dengan nyenyak, aku mengambil tualaku lalu masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi, aku mengambil tualaku untuk mengelap badanku yang basah lalu melilitkan tuala tersebut ditubuhku. Selepas itu aku menngambil tuala sederhana besar untuk menutup rambutku yang basah dan kemudian aku mencapai pencuci mukaku.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...