Bab 8

21 5 0
                                    

Di saat kamu baru mulai menggapai cinta baru di saat itu dia muncul kembali untuk membuka semula luka lama.
-A N N A R.E

"Have a nice Date !"kata mummy kepada kami berdua sebelum kami pergi.

"Okay "balasku sambil tersenyum. Aku berusaha mengukir satu senyuman yang paling manis dan ikhlas. Aku sangat berharap semuanya akan baik-baik sahaja hari ini.

"Dipersilakan..."kata Harry kepadaku sambil membuka pintu keretanya untukku.

"Thank u" kataku kepadanya lalu masuk ke dalam kereta tersebut.

Wah, harumnya dalam kereta nih! Kereta baru ke ? Sebelum ni dia pakai vios tapi yang ni BMW . Aku tidak pernah terfikir pun aku akan pernah naik BMW sebelum ni. Di dalamnya sungguh cantik dan mewah. Kusyennya dilapisi dengan warna hitam dan kelabu sesuai dengan warna kereta ini iaitu kelabu gelap. Suasana di dalam kereta ini agak gelao disebabkan pemilihan warnanya tetapi amat selesa.

Aku memasang tali pinggang keselamatan sejurus sahaja Harry duduk disebelahku. Harry memakai baju tshirt hitam dan jeans hitam . Kami nampak secocok hari ni. Semuanya sebab pemilihan pakaian kami yang berwarna hitam kecuali baju kemeja lengan panjangku yang berwarna putih. Aku tidak perasan yang aku menatapnya sejak dia masuk ke dalam kereta tadi dan memakai tali pinggang keledar sehingga dia memandang aku kembali sambil mengangkat kedua-dua keningnya sebagai tanda tanya.

Aku automatik menggelengkan kepalaku lalu memandang ke luar. Cermin keretanya juga digelapkan sedikit bagi mengurangkan sinaran cahaya yang masuk.

Harry**

Aku tidak dapat menahan senyuman yang terukir dibibirku apabila melihat dia menggelengkan kepalanya begitu dan terus memandang keluar apabila bertembung dengan pandanganku.

Aku dan Daisy tidak pernah jadi kawan rasmi. Tidak pernah mengenali satu sama lain dengan mendalam. Tidak pernah menjadi pasangan kekasih. Tetapi sekarang kami berdua dah jadi pasangan suami isteri. Kalau dalam istilah Mobile Legend ni macam dari Rank Warrior terus Rank Legend ataupun Mythic. Seolah-olah kamu dari warrior hack akaun Mobile Legend orang yang ada Rank Mythic. Agak melucukan.

Tapi aku perasan Daisy sangat sopan berbanding dengan semua gadis yang aku pernah jumpa. Lebih sopan daripada Shairy dan Selena.Tapi Selena memang tak sopan pun. Dia membuatkan ku rasa ingin berhati-hati disekitarnga juga. Dia ada aura feminin. Tapi melihat pemilihan pakaiannya pada hari ini dia nampaknya tidak cuba untuk menjadi sangat feminin dan lembut untuk aku dan aku agak senang hati dengan itu. Dia membuat keputusan untuk menjadi dirinya sendiri sepenuhnya. Aku juga perasan yang wajah Daisy akan berubah jadi sangat merah apabila dia malu dan aku rasa itu comel. Ya , istilah orang putih comel adalah cute.

"Ehh, Harry..." panggil Daisy secara tiba-tiba.

"Kenapa ?" soalku kepadanya.

"My wallet tertinggal di rumah..."katanya sambil memandang aku dengan wajah bimbang. Aku hampir tersenyum melihat reaksinya. Aku ingat apalah yang serius sangat.

"Takpa, nanti aku bayar."

"Kamu pasti ?"

"Yes " kataku sambil mengangguk.

"Okay...thank u"suaranya kedengaran mendatar.

"Welcome " jawabku selamba. " and by the way kamu nak shopping di mana ?"

"Mana saja yang bagus "jawabnya singkat tanpa memandangku.

"Okay "

***

Daisy**

Aku memandang penampilan ku di dalam cermin bilik persalinan ini. Aku memakai kemeja berwarna putih dan berlengan panjang tanpa kolar bersama High Waist Skirt berwarna hitam. Aku membiarkan satu butang bajuku di atas tidak dibutangkan dan memasukkan bajuku di dalam skirt. Okay , cantik dan smart. Aku teragak-agak sekejap sama ada aku perlu tanya pendapat Harry. Aku takut dia bertindak di luar jangkaan dengan mengatakan dia tidak kisah dan menyuruh aku pilih sahaja sendiri. Tapi aku rasa setidak-tidaknya aku perlu cuba juga.

Setiap LangkahWhere stories live. Discover now