Bab 4

38 6 0
                                    

3.00a.m.

Aku hanya memandang jam telefon bimbitku kosong.Seakan-akan tidak percaya bahawa sekarang hanya pukul 3 pagi.Aku dah terbangun seawal ini.Aku tidak dapat tidur dengan lenanya,perasaan gementar menguasaiku.Aku memandang Hailey yang sedang nyenyak tidur di sebelahku,memandangkan hari semalam ataupun pagi ini adalah hari terakhir aku solo.

Setelah aku rasa seperti sejam yang sebenarnya hanya 10 minit duduk di atas katil ini,aku membuat keputusan untuk mandi.Setelah selesai mandi,aku hanya mengenakan tshirt yang terlebih saiz dan melangkah turun ke tingkat bawah dan pergi ke dapur untuk membuat sarapan untuk diriku sendiri.Aku membuat keputusan untuk terus duduk menikmati sarapanku yang sederhana sambil bermain dengan telefonku.

Hardin***

"Harry?" aku cuba memanggil Harry dengan nada yang seperlahan dan sebesar yang mungkin dengan nada yang sesuai dalam keadaan ini kerana sekarang hanya pukul3.30 pagi.Aku tidak boleh berteriak memanggil nama Harry dan mengejutkan semua orang pagi-pagi buta begini.Aku sebenarnya tidak dapat tidur dengan lena dan terbangun pukul 3:25 pagi ini dan terus membuat keputusan untuk bangunkan Harry.Aku cuma ingin berbual dengannya sebentar.Aku sudah tidak dapat menunggu responnya dan membuat keputusan untuk cuba memusing tombol pintunya berharap dia tidak mengunci pintu biliknya.

Untuk seketika aku merasa sedikit lega kerana dia tidak mengunci bilik tidurnya dan sejurus sahaja aku melangkah ke dalam biliknya aku memasang lampu dan mendapati tempat tidurnya sangat kemas.Aku merasa berasa kosong untuk seketika.Aku cuba melihat di bilik mandinya dan bilik mandinya kosong. Well Good.Aku terus lari ke almari pakaiannya dan mendapati pakaiannya masih berada di dalam almarinya bersama beg rodanya.Thank Goodness.Aku mengambil Iphonenya yang berada di atas meja kecil disebelah katilnya dan kembali ke dalam bilikku.

Aku meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah katilku.Aku tak pasti motif aku yang sebenarnya. Aku cuma takut ada panggilan yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini. Aku takut Harry mengubah fikiran selepas menerima apa-apa panggilan.Aku teragak-agak di mana Harry.Mungkin Harry pergi ketuk pintu rumah Thressa awal-awal pagi ni kut.Aku tersenyum sendiri.Setelah selesai berfikir yang bukan-bukan aku mengambil tualaku dan pergi mandi.Setelah selesai,aku terus melangkah ke almari pakaian ku.Setelah aku membuka pintu almari pakaianku,aku mendapati alamari pakaian ku hampir kosong dan aku terus terdiam.Aku dengan perasaan panik mencari telefon bimbitku.Aku tidak dapat mencarinya di mana-mana.Aku membuat keputusan untuk menelefon telefon bimbitku menggunakan iPhone Harry.

Nasib baik telefon Harry tidak ada kata kunci.

"Hello?"kataku setelah seseorang menjawab panggilan ini menerusi telefon bimbitku.

"Hardin..."

Thressa***

"Encik Hardin Harry ,maaf, Encik Erick Walter sudikah engkau mengambil Cik Daisy Tessla Paul sebagai isterimu walau dalam keadaan apa pun..."

Buat seketika aku merasa pelik.Hardin Harry?What? Dan Erick Walter?Bukankah nama tersebut adalah nama tengah bagi kedua-dua Harry dan Hardin.Mengapa Father boleh tertinggal nama depan? Ataupun aku ni yang tiba-tiba berhalunsinasi.

"Cik Daisy Tessla Paul?"aku dapat merasakan dewan ini sunyi sebentar apabila aku telah menyimpang ke tempat lain sebentar tadi semasa Father menanyakan aku soalan.

Aku kembali memandang ke arah Father dengan senyuman rasa bersalah dan kemudian kepada Harry.Harry hanya tersenyum nakal.

"Cik Daisy Tessla Paul , sudikah engkau mengambil Encik Erick Walter sebagai suamimu walau dalam keadaan apa pun..."kata Father tersebut.

"Ya,saya sudi."kataku sambil memandang terus ke dalam anak mata Harry.

Dan akhirnya,kami sah sebagai pasangan suami isteri.

Setiap LangkahWhere stories live. Discover now