"Good morning sayang"kata Harry sejurus sahaja aku berpaling ke arahnya.Kami berdua masih berada dalam keadaan berbaring di atas katil tersebut saling memandang antara satu sama lain dan dengan hanya satu bantal peluk berada ditengah kami sebagai sedikit penghalang.(Aku sengaja letak sebelum Harry masuk bilik untuk tidur semalam.)
"Good morning too..."balasku lalu meletakkan muka ku ke dalam bantal dan menyambung perkataan "sayang".Aku berpura-pura untuk nampak seperti mengantuk dan mengeliat.
Aku dapat mendengar Harry tertawa lembut melihat gelagatku yang entah apa-apa.Aku tak pasti adakah aku patut bangun dari katil ini sekarang ataupun tidak kerana aku merasa sangat kekok sekarang.Kekok dan malu.Tetapi setakat ini semuanya berjalan dengan baik-baik sahaja.
Aku berusaha untuk berkelakuan seperti biasa dan tenang.Dengan perlahan aku bangun dari katil tersebut dan mengambil telefonku yang terletak di atas meja kecil disebelah tempat tidurku.
06.40a.m
Okay.Masih selamat,tidaklah terlalu teruk sebagai permulaan bagi seorang isteri atau yang paling penting bagi seorang menantu perempuan pertama dalam keluarga ini.Aku kembali memandang ke arah Harry,dan nampaknya dia membuat keputusan untuk menyambung tidurnya semula.Aku tersenyum melihatnya.Semua yang terjadi seakan-akan mimpi bagiku.Walaupun semua ini rancangan keluarga pada asalnya, tapi semuanya baik-baik sahaja.Nampaknya kedua-dua kami bekerjasama dengan baik setakat ini.
Ketika aku melangkah ke dapur,aunty Tessa sudah berada di dalam dapur tersebut.Dia sedang mengeluarkan sebuah mesin pembakar roti daripada sebuah kotak.Saya agak pasti mesin pembakar roti tersebut baru dibelinya.
"Good morning aunty Tessa..."sapaku kepadanya lalu mendekatinya untuk memeluknya.Dia menyambut pelukanku dengan gembiranya.
"Don't call me aunty Tessa...Call me mummy..."katanya kepadaku.Aku cuma mengangguk dan menjawab 'okay'.
"By the way,good morning sweetheart..."katanya kepadaku lagi."Mana Harry?"
"Masih tidur,rasanya dia letih sangat tu..."kataku sambil meleraikan pelukan tersebut.
"Ouh...He must have been having a really good sleep"tambah mummy lagi sambil mengujir senyuman.
Aku hanya mampu tersenyum malu tak pasti dengan apa yang dimaksudkan oleh mummy sebenarnya.
"Yaa...by the way mummy,mana Hardin?"soalku kepada mummy."Tess tak jumpa pun Hardin kelmarin.
"Ouh..Hardin ada urgent work kelmarin...Dia terus pergi Australia dan tinggal dengan Lina,kakak dia...Mummy pun geram sangat dia pergi sana kelmarin"jelas mummy.
"Ouh"jawabku.
Sis Lina?Aku belum pernah berjumpa dengannya lagi.Mummy pernah menceritakan tentang Lina.Kakak kepada Harry dan Hardin.Dia merupakan yang sulung sekali dan Hardin dikira sebagai adik bongsu.Lina merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan dialah yang selalu membantu ayahnya dalam hal perniagaan jika dibandingkan dengan Harry.Dia telah berkahwin dua tahun yang lalu dengan warga Australia iaitu salah satu rakan perniagaan yang telah bersama-sama dengannya selama dia menguruskan perniagaan ayahnya iaitu Uncle Walter.
Sarapan pada pagi itu berjalan dengan tenang dan agak sunyi.
"Sunyi saja dalam rumah ni"kata Mummy memecahkan kesunyian yang aku rasa sudah seperti 1 dekad sejak mendengar suara sesiapapun berbicara.
"Ya..."kataku ringkas.
"Sorry Darling,sepatutnya hari pertama sebagai wife and husband ni sepatutnya meriah,bukannya macam ni.Daddy Harry pun terus ke australia semalam selepas majlis kamu berdua."Mummy mengenggam tangan tangan kiriku. Aku dapat merasakan kekesalan dalam nada suaranya. Aku pernah jumpa Uncle Walter , ya Daddy , sebelum ni. Aku hanya pernah berjumpa dengannya tiga kali termasuk semalam. Usahawan berjaya yang agak sibuk, tetapi tidak lama selepas ni anak-anaknya akan mengambil alih tugasnya.
"Its okaylah mummy...i'm used to it though..."aku harap kata-kataku ini berkesan.
Mummy menghadiahkan seyuman kepadaku dan aku dapat melihat Harry yang sedang duduk di hadapanku dari ekor mataku.Dia sedang makan dengan seleranya sambil melihat ke arah kami.
"Mummy...Lepas ni Harry akan bawa Tess keluar.Jumpa kawan lama Harry dulu."
Aku terus terbatuk mendengar kata-kata Harry tersebut.
"High school friends?"soal Mummy kepadanya.
"Yes."
"That's good.Pergilah enjoy,mummy takkan halang kamu berdua pun." kata mummy sambil tersenyum melihat kepadaku.
Aku membalas senyumannya tersebut dan sebaik sahaja aku kembali memandang wajah Harry,dia terus sahaja mengenyitkan matanya ke arah ku. Okay. Mengapa aku merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena akan berlaku.Aku membalas kenyitannya kepadaku dengan kerutan kening bersama senyuman.
Setelah selesai menguruskan dapur bersama-sama dengan Mummy aku kembali ke dalam bilik dan Harry masih duduk di atas katil bersama telefonnya di dalam tangannya,
"Kamu belum mandi?"kataku automatik.Aku ingat dia nak keluar lepas ni tapi dia masih belum bersiap.
"Cuba sayang ulang "katanya kepadaku sambil memandang tepat ke dalam mataku.
"Ulang apa?"kataku tidak memahami apa yang ingin disampaikannya sebenarnya.
"Ulang pertanyaan sayang tadi?"
"Ouh..kamu belum mandi lagi?Saya ingat kamu kata mahu keluar tadi?"
Tiba-tiba Harry meletakkan telefonnya ke atas katil tersebut dan berdiri dari katil itu lalu perlahan-lahan mendekatiku.Aku mengundurkan diriku perlahan-lahan sehingga belakangku menemukan pintu masuk bilik ini.Dia memandangku seolah-olah ingin memakanku.Dia tersenyum melihat wajahku yang buntu dan setelah dia sudah berdiri tepat di hadapanku dia mendekatkan wajahnya kepadaku lalu meletakkan kedua-dua belah tangannya mengepung ku.Aku terus membesarkan mataku menandakan aku agak terkejut dengan tindakannya tersebut.
"Cuba sayang ingat-ingat balik soalan sayang tadi"katanya seolah-olah berbisik kepadaku.
Aku cuba memikirkan balik apa yang aku salah tanya sebelum tadi.Ohhhhhhhhhhhhhh.
"Sorry sayang.Sayang lupa"kataku sambil memejamkan mata seerat-eratnya.Aku sebenarnya belum sedia memanggil sesiapa sayang.Menyebut perkataan tersebut membuatkanku berasa sangat malu dan menjengkelkan walaupun aku sepatutnya tidak merasakan seperti ini.
"Maaf tidak diterima"katanya dengan selamba dan aku terus membuka mataku.
Okay.Serius sangat ke benda ni?
"Sayang akan maafkan kalau sayang terima denda ni."tambahnya lagi selepas melihat reaksiku yang agak terkejut.
"Okay.Sayang terima."kataku dengan pantasnya.Aku takut benda ni jadi serius walaupun aku tahu Harry hanya bergurau.
"Okay.Jom mandi sama-sama."kata Harry lalu dengan sepantas kilat mengangkatku ke bilik mandi.
Aku terus kaku dan terkejut melihatnya.
"Harry..Harry..Harry..Nonono..Harry No..."Aku cuba melepaskan diriku tanpa membuatkan Harry melepaskanku lalu menyebabkan aku jatuh ke atas lantai.
Aku cuba untuk menggeleteknya dan akhirnya dia melepaskanku perlahan-lahan ke dalam tab mandi sambil ketawa menahan rasa geli .Aku juga turut ketawa bersamanya.Setelah aku mendarat dengan selamat ke dalam tab mandi tersebut,tanpa aku sedar Harry mengambil lampiran pancuran(shower attachment) lalu menyemburkan air kepadaku.
Kami telah berperang tanpa ada sesiapa tergelincir dalam masa lebih kurang 10 minit dan selepas itu Harry meninggalkan bilik mandi tersebut selepas aku menyuruhnya untuk menghantarkan tuala mandi kepadaku sebelum aku memulakan mandianku.
Harry membuatkan aku lupa yang ini merupakan hari pertama kami berdua untuk menjalani kehidupan bersama.(Kedengaran menjengkelkan,tapi benar.)
Aku tak sangka Harry sangat keanak-anakan dan sangat suka mengenakan aku.Aku menghargai itu kerana aku ingat dia seorang yang agak serius dan tidak ada masa untuk bergurau.Perlahan-lahan aku mula mengenalinya.Tetapi aku tahu kami akan mulakan semua ini dari awal lagi,sebagai kawan ataupun kawan karib.Dan aku merasakan pagi ini berjalan dengan sangat lama kerana sekarang baru sahaja pukul 9.25a.m.
************************************
Terima kasih banyak kerana membaca.Sayang semua ! ;))
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...