Harry***
Dia sedang tidur lena menghadap ke arahku.Nampaknya kali ini bantal peluk yang selalu dia letak di antara kami sudah berpindah ke sebelah kirinya.Wajahnya nampak tenang.Setiap kali ku memandang ke arahnya rasa bersalah yang amat besar menghentamku.Aku menyelak rambut yang jatuh ke wajahnya dengan perlahan-lahan dan lembut.
Kemudian aku mencapai telefon bimbitku yang terletak di meja disebelahku untuk melihat jam. Pukul 4 pagi. Aku tidak dapat tidur dengan lena malam ni.Terlalu banyak perkara menganggu fikiranku.Untuk pertama kalinya sejak kali terakhir yang aku sendiri tidak ingat bila,aku berdoa di dalam hati agar keputusan yang aku akan ambil tidak akan menyakiti sesiapa.
Aku menghembuskan nafas perlahan-lahan dan meletakkan telefon bimbitku kembali ke atas meja.Aku bergerak mendekati Daisy sedikit dan menariknya ke dalam pelukan ku.Daisy bergerak sedikit dan nampaknya aku membuat dia terjaga.
Dia membuka matanya perlahan-lahan lalu mendongak sedikit untuk memandng wajahku. "hmm ?"
Aku menggelengkan kepala lalu meletakkan daguku di atas kepalanya dan membiarkannya tidur di dalam pelukanku malam ini.Daisy hanya menurut.Nampaknya dia sangat mengantuk sebab aku percaya dia hanya separuh terjaga apabila dia mendongakkan kepalanya untuk memandang aku sebentar tadi. Dia lambat tidur malam tadi kerana dia menyiapkan beberapa kerjanya.
Aku menghiggapkan bibirku lembut di atas dahinya lalu kembali tidur.
Daisy***
'If i got locked away and we lost it all today...'
Aku dapat mendengar telefon bimbitku berbunyi. Alarm tak guna! Musuh aku setiap pagi adalah alarm telefon. Malasnya aku nak off!
'Right about now...if i judge for life man...'
Akhirnya telefon bimbitku berhenti berdering dan aku dapat merasakan sesuatu bergerak disebelahku. Tetapi malangnya aku begitu malas nak buka mata. Aku tidur 5 minit lagi,5 minit saja.
Setelah aku rasa 5 minit sudah berlalu,aku membuka mataku perlahan-lahan.Aku dapat merasakan kehangatan badan seseorang di hadapanku.Sebaik sahaja aku melihat tubuhnya dihadapanku aku dapat merasakan tangannya disekeliling pinggang dan dibelakangku. Harry ? Aku mendongak sedikit untuk mencari wajahnya yang masih tidur nyenyak.Matahari memancar dengan begitu terang. Langsir di sebelah almari tidak ditutup malam tadi.Aku berusaha melepaskan diriku perlahan-lahan dari pelukan Harry dan mengambil telefom bimbitku.Aku menekan butang ON. 0721 pagi. OMGOSH!!
"I'm going to be late "getusku perlahan lalu melemparlan telefon bimbitku ke sebelahku.
"Harry! Wake up ! Bangun !"aku menggoncangkan bahunya perlahan tetapi dia masih tidur nyenyak. "Harry ! Its almost 0730 ! "kali ini aku menggoncangkan bahunya dengan kuat.
"Hmm...you go to bath first"katanya tanpa membuka mata.
"Its you who put my alarm off ?"tanyaku kepadanya.
"Hmmm"Harry memgiyakan.
Aku tidak boleh berasa marah sebab sudah semestinya bunyi alarm ku telah mengganggu tidurnya setiap agi dan kali ini dia teah mematikan alarmku.
"Harry wake up...saya akan mandi di dalam bilik mandi di ruang tamu and you should go to bath now..."kataku kepadanya lalu terus mengambil tualaku.
"Hmmm"jawabnya lagi.Mungkin ni bahasa Harry setiap pagi.HMMM
Setelah selesai mandi aku masuk kembali ke dalam bilik.Harry masih duduk di atas katil dan dia baru sahaja ingin mengambil tualanya apabila dia nampak aku masuk ke bilik tersebut dengan hanya bersarungkan tuala.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...