Daisy***
Pandanganku terkunci pada Harry. Jika Harry tidak tersenyum padaku aku pasti terlupa bahawa aku baru habis mandi dan masih memakai tuala. Aku membalas senyumannya lalu mengeluarkan pakaian daripada almari.
"Stephen call tadi "
Aku rasa aku salah dengar.
"Siapa ?"
"Stephen your ex "
"Called my phone ?"
"Yeah..why would he call me "katanya dengan nada bosan.
"Okay...how did he get my number ?"
"I forgot to ask"
"Ouh..okay "jawabku ringkas lalu masuk ke dalam bilik mandi semula untuk menyalin pakaian.
Harry***
Dia tak tanya pun apa yang Stephen mahu ataupun dia tahu yang Stephen takkan cakap apa-apa denganku. Atau mungkin dia sendiri yang akan hubungi Stephen. Whatever.
Aku meletakkan telefon ku disebelahku dan merangkak ke atas sedikit lalu baring semula dan menutup mataku. Letihnya jadi Harry.
Daisy***
Setelah aku keluar dari bilik mandi aku nampak Harry masih berbaring di atas katil. Aku mendekatinya dan nampaknya dia sudah tidur atau sedang cuba nak tidur. Aku tidak mahu mengganggunya lalu mengeluarkan laptopku dari dalam beg kerja dan membuat beberapa tugasan yang aku belum sempat siapkan akibat perbualan yang amat panjang bersama Julie sebentar tadi.
Selepas itu disebabkan keinginan yang sangat kuat aku membuat keputusan untuk menonton netflix. Aku pergi ke dapur untuk membuat air panas. Aku membuat keputusan untuk menonton netflix di ruang tamu agar tidak membangunkan Harry. Aku meletakkan laptopku di atas meja kaca di hadapan sofa,menolak meja kaca tersebut ke depan sedikit dan duduk di atas lantai bersandarkan sofa. Aku memilih untuk menonton filem yang selain unsur pembunuhan atau seram sebab aku masih belum mampu menonton filem seperti itu berseorangan.
Aku memilih untuk menonton filem 'Cell number 7 Turkish'. Aku melihat jam dinding dan nampaknya masih ada masa 1 jam sebelum pukul 12 tengah malam. Sebenarnya peluang aku untuk tidur lebih awal hari ini ada besar tetapi disebabkan hati aku yang degil ini aku memilih untuk menonton filem berseorangan. Untuk beberapa saat aku mengharapkan sekurang-kurangnya Harry ada disebelahku walaupun sedang tidur.
Harry***
"Mmmmhh" perlahan-lahan aku membuka mataku. Aku melihat disebelahku dan Daisy masih belum masuk tidur. Aku bangun dari katil dan melihat disekeliling,biasanya Daisy membuat kerjanya di dalam bilik ini. Aku mencapai telefon bimbitku. Sekarang sudah pukul 1205 pagi.
Aku meletakkan telefon bimbitku semula di atas katil dan keluar ke ruang tamu. Mungkin dia sedang berada di ruang tamu. Tiba-tiba aku terdengar seseorang sedang menangis tersedu-sedan.
"Daisy ? Are you okay ?"
Daisy sedang duduk di depan laptopnya sambil memeluk kakinya dengan tisu yang sedang berada di dalam tangan kanannya.
Daisy***
"Oh my gosh !"aku terkejut mendengar suara Harry. Dia memandangku dengan pandangan pelik."Aku sedang tengok movie "
"Ouh "jawabnya singkat.
"What are you doing ? Kamu mahu minum ?"tanyaku kepadanya.
"No..just wanted to check on you "
"Ouh okay..aku masuk tidur lepas habis tengok ni. "kataku kepadanya.
"Okay "katanya lalu kembali semula ke dalam bilik tidur.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...