Bab 1

78 8 3
                                    

"No way, I'm not marrying people that I barely know mom. "bentakku.

"Think of ur Father Tess,at least he has seen his oldest daughter getting marry before he's condition getting worse. "mak merayu.

"And by the way, you know his twin right? "tambah mak aku lagi.

"No, I'm not. I mean I know Hardin a little. He have at least two classes same as me 1 year ago. And I'm only 24, I m too young to get marry now. "Aku cuba mempertahankan pendirianku.

Ayahku sedang sakit sekarang.Dia sakit paru-paru akibat rokok.(Peringatan Mesra "JANGAN MEROKOK YA") Tahun ini sudah masuk dua tahun ayahku sakit.

Dan Hardin. Hardin Walter adik kembar kepada Harry Walter, Harry Walter yang Aku hanya pernah nampak sekali seumur hidupku atau sekurang-kurangnya dua kali, mungkin. Dan sekarang aku kena kahwin dengannya. 'Absolutely not. This is not drama, lol. 'Harry ada datang ke U untuk dua tahun pertama.Tahun terakhirnya dia sudah mula praktikal di syarikat ayahnya.

Hardin pula, Aku pernah bercakap dengannya beberapa kali. Aku mengambil kelas Acounting and Finance dan dia mengambil kos Business and Management.Dia dan teman wanitanya Julia, agak terkenal dengan keserasian mereka berdua. Julia Watson, muka Cantik tapi kesombongannya tahap dewa. Tapi Hardin agak bertentangan dengannya, lelaki bermulut semut dan 'playful' selalu menjadi idola kononnya bagi beberapa gadis termasuk seorang rakanku, Ichelle. Kami menghadiri beberapa kelas yang sama.

"Daisy Tessla Paul. "kata mak lagi. Aku tersedar dari lamunan ku yang singkat. Aku tahu dan sangat faham dengan nada yang kedengaran lemah ini, aku tahu aku degil.

Aku tahu Aku harus mengahwini Harry walau apapun alasan ku. Demi semua orang, demi ayah. Aku dapat merasakan mataku mulai dibanjiri air mata. Namun Aku terpaksa menahannya. Aku tak boleh nampak lemah.

"Aku tak rasa Harry setuju dengan perkara ni semua. "

"Mak rasa dia akan setuju sebab mak dia sukakan Kamu. "mak kedengaran sangat yakin dan tiba-tiba Aku berasa sedikit takut.

Sebenarnya aku kenal Aunty Tessa sebab aku pernah tolong dia untuk membayar minumannya semasa aku masih bekerja separuh masa di sebuah cafe semasa tahun pertama aku di universiti. Pada masa itu,kebetulan aunty Tessa tidak ada duit kertas dan hanya ada card. Aku membuat keputusan untuk menolongnya pada masa tersebut. Dan aunty Tessa juga sebenarnya sudah tahu bahawa aku satu universiti dengan putera kembarnya.

"Baik. Suka hati"kataku lalu terus masuk ke dalam bilikku. Aku sedar aku agak kasar.

Aku memgunci pintu bilikku. Sebak di dada terasa amat berat. Aku tak pasti bahawa Harry mungkin akan dapat menerima ku seadanya. Dia nampak terlalu baik untukku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku meliat jam di dinding. 9 Malam.

Esok Aku kena pergi berjumpa dengan Harry untuk memilih baju pengantin dan menetapkan tarikh perkahwinan. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah tiga bulan sejak hari pertunangan kami berdua. Hari pertunangan yang di mana Hardin yang menggantikan tempatnya kerana dia sibuk semasa itu.

Dan para tetamu tidak perasan langsung perbezaan Hardin dan Harry. Sepatutnya perkahwinan ini akan dilangsungkan dalam masa beberapa bulan lagi. Tapi ayah sakit tenat. Aku tak pernah terfikir yang Aku akan kahwin secepat Ini, Kerna aku pernah berfikir untuk menambah tempoh perkahwinan ini kepada 1 tahun lagi bukannya 1 bulan.

Mataku terasa semakin berat. Perlahan-lahan aku membaringkan kepalaku di atas bantal. Semua yang berlaku masih terngiang-ngiang di kepalaku.

Semoga Bahagia Daisy.

***

Kedengaran bunyi jam telefon bimbitku memekak. Tolonglarh ! Aku mengeluh perlahan. Aku menghulurkan tangan kiriku untuk mencari kelibat telefon bimbitku. Hah, dapat! Aku mematikan deringan tersebut lalu melihat jam. 7:01a.m.

Aku menguap perlahan lalu bangun dari tidur. Sebelum memulakan langkah ke bilik mandi, Aku melepaskan satu keluhan besar. Hari ni pasti akan jadi hari yang sangat meletihkan. Aku pasti.

Setelah selesai mandi, Aku mengenakan gaun putih paras lutut. Gaun putih berkolar tanpa lengan. Aku hanya meletakkan make up ringan di mukaku dan Aku membiarkan rambutku dilepaskan rapi tanpa diikat. Simple. Aku membuat keputusan untuk menggunakan sneaker daripada heels.

Aku mencapai beg tanganku yang berwarna coklat cair lalu meletakkan dompet Dan telefonku kedalamnya.

"Morning "sapa adikku apabila Aku menuruni tangga menuju ke dapur.

"Morning. Mana mak? "tanyaku kepadanya.

"Mak cakap Dia tak dapat join Kakak shopping, dia perlu jaga ayah di hospital. Dia sudah bertolak pkul 7 pagi tadi ikut Dave."jelas adik perempuan ku.

"Ouh... "jawabku singkat.

Tiba-tiba Aku terdengar bunyi hon kereta di luar. Siapa pula datang melawat awal-awal pagi ni.

"Aku pergi tengok. "kata adik perempuanku, Hailey.

Aku duduk di kerusi meja makan tersebut lalu meluangkan air teh ke dalam cawan kosong yang berada di hadapanku.

"Ehh.. Morning aunty Tessa. Morning Harry! "air teh yang baru sahaja aku hirup hampir terkeluar semula apabila terdengar Hailey menyapa mereka.

Apahal mereka datang sini? Untuk jemput Saya? Takda pun mereka maklumkan kepada saya kelmarin.

"Mana Kakak Kamu? "Aku dapat mendengar aunty Tessa bertanya.

"Dia di dapur. Jomlah ikut Saya. Kita sarapan sama-sama. "ajak Hailey.

Ya, sarapan sama-sama. Sepatutnya aku pergi menyapa mereka sekarang tanpa perlu menunggu di sini. Tapi aku rasa tak perlu, sebab Aku ada pilihan kedua, buat apa susah-susah. Aku terus lari secepat mungkin ke dalam tandas,pura-pura bahawa aku berada dalam tandas dan sebab itulah aku tak datang menyapa di depan pintu.

"Mana Tess? "tanya aunty Tessa. Mak Harry.

"Ehh.. "aku dapat merasakan nada terkejut Hailey.

Aku terus kluar dari tandas. Aku basahkan tangan ku dan pura-pura tidak perasan akan kedatangan mereka.

Pagi yang penuh dengan kepura-puraan.

"Ehh.. Tess! "kata aunty Tessa dengan nada agak gembira lalu terus memelukku. Aku membalas pelukkannya dan pura-pura juga terkejut akan kedatangannya.

Harry hanya memandang ku dengan senyuman yang aku tak pasti nak jelaskan bagaimana.

"Hi... "aku cuba menyapanya.

"Hi !"jawabnya dengan agak mesra.

Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih. Sangat Kebetulan.Dia membutangkan bajunya sampai ke paras leher ala-ala Korea dan memakai seluar jean panjang berwarna coklat cair. Warna pakaiannya ini cukup untuk menyerlahkan warna kulitnya yang agak cerah.

Dia menggayakan rambutnya dengan menyikatnya ke belakang, kali ini ala-ala orang putih. Dia mewarnakan rambutnya kelabu pucat.Sukar untukku menjelaskannya. Dia mempunyai rupa paras yang agak kacak disertai dengan mata yang cukup untuk membuat seseorang terpegun dan bibir yang menawan.

Kesimpulannya, dia kacak.

"Aunty sudah Sarapan? Jom sarapan sama-sama"aku cuba menjadi sesopan dan setenang yang mungkin.

"Belum but no thanks. Actually Aunty dah booked cafe kelmarin ."jelas aunty Tessa dengan riak wajah yang agak janggal.

"Ouh.. Okay.. We should go then? "kataku dengan senyuman ku yang paling manis.

"Yeah, Sure"katanya lalu mencapai tangan kanan ku.

Hailey hanya berdiri tersenyum melihat kami.

Aku mencapai beg tanganku lalu pergi mengikut aunty Tessa dan Harry. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Hailey sebelum meninggalkan kawasan rumahku.

Aku diminta oleh aunty Tessa untuk duduk dihadapan bersama Harry.

Aku menarik nafas panjang dan bersedia untuk menjalani sepanjang hari ini sebaik yang mungkin.

-----------------------------------------------------------

Terima kasih kerana membaca dan terima kasih kerana sudi Vote ! 💕 Teruskan membaca 🌸

Setiap LangkahWhere stories live. Discover now