Semua orang senyap sepanjang perjalanan ke Kafe tersebut. Perjalanan yang aku rasa seakan-akan 2 jam.Perasaan janggal yang teramat membuatkan ku sukar untuk memulakan perbualan.
Harry membuka pintu Kafe tersebut dan mempersilakan aku dan emaknya untuk melangkah masuk terlebih dahulu. Aku memandang wajahnya lalu memberikannya senyuman Aku yang paling ikhlas plus janggal. Dia membalas senyuman ku dengan mengenyitkan mata sebelah kanannya. Secara automatik kening ku berkerut dan aku perasan yang dia tersenyum melihat kelakuan ku tersebut.
Seorang pelayan wanita menyambut kedatangan kami dan membawa kami naik ke tingkat atas kafe Ini dan menunjukkan tempat duduk di sebelah beranda. Tempat angin bertiup sempoi di pagi hari. Pemandangan di atas ini amat menyenangkan.
"Tess, duduk sebelah Harry. "kata aunty Tessa apabila aku cuba untuk mengambil tempat disebelahnya. Aku terus tersenyum janggal dan mengambil tempat duduk disebelah Harry.
Aku dapat merasakan beberapa pasang mata sedang memerhatikan Kami. Harry kacak sangat ke aku nih hodoh sangat?
Kesimpulannya, Aku cantik sangat. (muka muntah dan ketawa)
Kami memakan sarapan ringan. Perbualan dimulakan oleh Aunty Tessa. Dia menanyakan banyak perkara tentang Aku Dan Harry hanya diam. Sekali-sekala Dia ada juga bertanya, 'oh ya? ' dan beberapa soalan 'mengapa ' .
Setelah selesai, kami teruskan perjalanan ke butik pengantin. Selepas sahaja ku menjejakkan kakiku ke dalam butik sebesar dua tingkat tersebut Aku merasa gementar. Aku tak tahu dan kurang mengerti mengapa perasaan ini begini. Aku tak pasti yang perkahwinan ini akan membahagiakan ku selain membahagiakan ibu bapaku Dan ibu bapa Harry.
Dua orang pelayan wanita terus sahaja menyambut kami di pintu masuk tersebut. Kedua-duanya sangat menawan dan berpakaian hampir mengalahkan pramugari.
"Selamat datang cik, tuan dan puan "sambut seorang pelayan wanita yang agak tinggi yang mempunyai tag nama bernama Elice.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk sopan. Entah mengapa ku berasa gementar.
"Yang mana satu pengantin perempuan ni, kedua-duanya cantik "sakat pelayan wanita yang ku baca tag namanya yang bernama Bernette. Cantiknya nama.
Haha, lawak. Aku memerli di dalam hati.
"Yang ni, this one is our future bride. "kata aunty Tessa lalu menarik tangan kiriku dengan lembut agar dapat berdiri di sebelahnya. "She's a very beautiful independent woman. "tambahnya lagi sambil mengusap-usap rambut belakang ku.
Aku hanya mampu menghadiahkan sebuah senyuman dan berharap semuanya akan baik-baik sahaja. Aku dapat melihat melalui ekor mataku bahawa Harry juga tersenyum.
Kemudian, pelayan wanita yang bernama Bernette tersebut membawaku ke bilik persalinan pengantin perempuan dan Elice mengiringi Harry ke bahagian pengantin lelaki. Aunty Tessa duduk di sebuah sofa di mana pengantin akan keluar untuk menayangkan gaun dan baju pengantin yang menjadi pilihan melalui pelantar yang disediakan khas di hadapan sofa tersebut, tempat biasanya untuk ahli keluarga menonton.
Tempat persalinan pengantin perempuan dan lelaki hanya bersebelahan. Hanya sebuah langsir berwarna putih dan agak tebal yang menjadi dinding di bilik persalinan ini. Di sini terdapat sebuah pintu yang mana ku rasakan bersambung dengan pelantar. Terdapat juga terlalu banyak jenis baju pengantin perempuan. Semuanya sangat cantik. Sangat Cantik. Aku berasa amat terharu melihat semuanya ini.
Aku memilih 5 pasang baju pengantin yang mana aunty Tessa dan Harry akan hakimi. Cubaan pertama, baju pengantin yang agak tertutup. Berlengan panjang dan rekaannya nampak mahal. Terdapat banyak mutiara diatasnya(bukan yang bernilai jutaan) , dan aku merasakan diriku amat bersinar.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...