Harry***
"Hello ?"
"Hello...how are you ?"suaranya kedengaran teragak-agak di hujung talian.
"I bet you are 3 times happier there than me here. This situation is f*cking miserable now" aku sudah tidak tahan. Aku ingat selama ni akulah yang paling teruk memberontak dengan mummy dan daddy. Aku hampir lupa kembar seorang ni juga sebenarnya ada genetik yang sama dengan aku cuma mungkin selama ni dia lebib jaguh mengawalnya.
"Kenapa ? Mummy sudah cam kamu ?"
"I hope so but no . Nasib baik sebelum ni pun kita selalu main permainan ni dengan mummy. Dan buat masa sekarang no one knows about this. "
"Ouh that good "
"Yeah good for the most favour son . Bila kamu nak balik ? Kamu kata kamu perlu masa seminggu ? Nama dalam daftar perkahwinan masih nama tengah kita berdua . Aku dan Daisy dah daftar hari tu cuma nama pengantin lelaki belum ditulis sepenuhnya dan aku suruh Mr Cavin uruskan sebelum aku bagi nama kau. Esok lepas kerja aku dan Daisy juga akan pindah masuk kondominium aku dan sepatunya kau dah balik lusa ni. "kataku kepadanya dengan nada dingin. Aku sememangnya sangat sakit hati sekarang dan sebenarnya Mr Cavin ialah lawyer Harry.
"Hardin. Im sorry "
"Sorry for what ? Kalau aku tak kesiankan mummy , daddy , Daisy and her family aku tak nak tolong tukar kau pun time wedding tu. Dahlah time hari engagement kau tak hadirkan diri. Kau nih memang teruklah Harry ! Kalau kau memang tak nak kahwin dari awal kau bincang dengan mummy baik-baik sebelum nih..bukan buat aku macam nih "tambahku lagi. Kini kemarahan ku semakin membuak-buak.
"Im sorry Hardin. I will be back at Tuesday or wednesday "jawab Harry. Aku dapat mendengar rasa bersalah dalam ayatnya. Aku sebenarnya jarang marah macam ni dengan Harry. Sebab biasanya aku yang buat salah.
"You should. I hope you act well too so lisa and daddy tak perasan kau Harry " dan pada saat itu juga aku mendengar pintu bilik dibuka. "I have to go..someone coming " tambahku lagi lalu terus mematikan panggilan.
"Makan malam sudah siap "kata Daisy kepadaku lalu keluar balik.
"okay "
Aku terlalu terkejut sehingga mematikan panggilan tersebut secepat yang mungkin. Kalau daddy tahu pasal ni. Habislah aku dan Harry.
***
Daisy***
Okay selesailah sesi packing semua barang ku ke dalam beg roda. Aku menzip beg roda ku yang paling besar dan mengangkatnya ke tepi almariku. Tinggal beg roda kecil sahaja belum. Aku akan mengurusnya esok sebab kami akan bertolak petang esok.
"Harry.."aku sebenarnya nak tanya sama ada dia perlukan pertolongan ku untuk menyediakan semua barang-barangnya tapi agak janggal pula.
Dia memandangku dengan kedua-dua keningnya dinaikkan.
"You need help with your things ?"
"Maksud ?"
Tak fahamlah pula.
"Perlukan bantuan untuk lipat pakaian simpan dalam beg roda ?"
"Ouh..okay "jawabnya dengan singkat lalu fokus kembali dengan handphonenya.
"Kamu nak saya tolong simpan semua pakaian kamu ke dalam beg roda ?"tanyaku lagi untuk kepastian.
"Tinggalkan beberapa baju tshirt dan kemeja. Bawa satu beg roda saja."katanya tanpa memandang ke arahku.
"Beg roda kamu di mana ?"
"Almari "jawabnya singkat.
Kalau aku ni jenis yang lurus bendul sudah tentu aku dah angkat terus satu almari ni sebab dia kata beg roda dia ialah alamari. Nasib aku ni bijak sikit, sebab aku rasa dia ni sebenarnya nak kata 'di dalam alamari'. Maklumlah kita kena jimat air liur kalau bercakap.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...