*Sedikit amaran untuk bab ini. Hati-hati ketika membaca, sedikit bahaya untuk pembaca bawah umur 18 tahun * hahaha
Daisy***
Aku melihat wajah tenangnya sedang tidur di sebelahku dengan nyenyak. Kami baru sampai di sini petang semalam dan membuat keputusan untuk meluangkan masa di hotel ini sahaja untuk malam semalam sambil merancang aktiviti yang kami akan lakukan untuk 4 hari akan datang.Aktiviti hari ini adalah sarapan dan suka hati nak buat apa. Itulah tajuk aktiviti hari ini,tajuk yang diberikan oleh Harry.
Setelah puas melihat wajah tenang Harry yang sedang tidur,aku mengambil tuala dari almari dan masuk ke dalam bilik mandi.Cuaca pada pagi ini agak mendung dan sejuk. Aku melangkah dengan malas dan menutup pintu bilik mandi lalu membuka pakaian tidur bersama braku dan meletakkannya di sebelah singki bilik mandi. Aku melihat ke dalam cermin dan tersenyum kepada diriku sendiri. Cantik aku ni rupanya hahaha,sekali-sekala perasan.
Aku melangkah masuk ke dalam ruang mandian dan menutup pintu kaca tersebut dan membuka pancuran mandian tersebut. Wah, segarnya ! Setiap titisan air hangat yang menyentuh kulitku membuatkanku berasa sangat segar. Inilah antara perkara yang terbaik apabila menginap di hotel, kita tak perlu nak menjerang air panas untuk mandi pada awal pagi.
Aku meletakkan syampu ke dalam tapak tanganku dan mula mengurut-urut kepalaku perlahan. Pada saat itu juga aku merasakan terdapat tangan lain mula mengurut-urut kepalaku perlahan. Aku pusing ke belakang dengan serta-merta. Rambutnya tidak terurus dan terdapat satu garisan di pipinya menandakan dia baru sahaja bangun daripada tidurnya yang nyenyak. Matanya kelihatan sedikit mengantuk dan bibirnya mengukir sebuah senyuman yang membuatkan perutku berasa tidak tenang. Jantungku mula berdegup dengan kencang. Tangannya meneruskan urutannya pada kepalaku dan pada saat itu juga aku kembali ke realiti. Aku menggunakan kedua-dua belah tanganku untuk menutup dadaku dan dia tersenyum nakal melihat tindakanku tersebut.
"Wh...why ar...are you here?"soalku tersekat-sekat kepadanya sambil menundukkan kepalaku tidak mampu melihat ke wajahnya.
"Joining you "jawabnya ringkas. "Good morning baby "tambahnya lagi lalu menghinggapkan satu kucupan pada dahiku dan kemudian dia pergi dari situ.
Aku mengangkat kepalaku dan melihatnya sedang membuka joggernya dan meletakkanya di atas pakaianku tadi. Sekarang Harry hanya memakai seluar dalamnya. Kemudian dia kembali bersamaku. Aku tiba-tiba buntu tidak tahu harus bertindak bagaimana. Keadaan ini agak asing bagiku, sudah tentu.
Aku mendongakkan sedikit kepalaku agar dapat melihat wajahnya. "Your shampoo ada dalam beg kecil sebelah singki, I didnt keluarkan tadi "
"Its okay, I can borrow your "jawabnya sambil berdiri di hadapanku.
"Okay..."balasku perlahan kepadanya .Wajahku terasa panas dan aku berpaling daripadanya agar aku tidak perlu berhadapan dengannya lagi.
Aku mengambil syampuku lalu menghulurkan syampu tersebut kepadanya tanpa memandang wajahnya.
"Wait...I need to wet my hair first"katanya kepadaku. Aku dapat mendengar nada terhibur di dalam ayatnya. Dia pasti sangat terhibur melihat aku seperti ini. Aku melangkah ke tepi sedikit untuk memberikannya ruang di bawah pancuran mandian tersebut.
Tangan kiriku masih berusaha menutup dadaku dan tangan kananku sedang menghulurkan syampu kepadanya. Dia tertawa kecil melihatku.
"Help me"katanya kepadaku lagi.
"Help?"
"Yes...Shampoo my hair"matanya masih melekat padaku.
"Hmm... but you are taller than me "
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...