Bab 7

20 5 0
                                    


Aku melangkah perlahan-lahan memasuki pintu utama dan ke bilik tidurku. Aku bimbang aunty Tessa nampak aku balik berseorangan tanpa Harry. Aku menutup pintu bilik perlahan-lahan dan melangkah mendekati katilku. Aku melabuhkan punggungku di atas katil dan terus membaringkan diriku.

Aku tidak boleh berputus asa dengan perkahwinan ini. Tidak boleh. Aku tidak boleh mengalah hanya disebabkan sesuatu yang aku lihat atau perasaan negatif ini. Aku akan tanya Harry terus terang atau aku cari sendiri.Aku kena berfikiran positif.

Perlahan-lahan aku dapat merasakan mataku semakin berat dan aku masih separuh terjaga. Bilik ini terasa hangat,aku lupa memasang suis pendingin hawa. Blouse maroon yang ku pakai ini juga terasa amat mengganggu dan aku dapat merasakan belakangku berpeluh sedikit . Tetapi aku masih berasa terlalu malas.

10 minit, aku akan tidur 10 minit saja.

Tiba-tiba aku dilanda kesejukkan. Kenapa pula terlalu sejuk nih.Aku bergerak ke atas sedikit untuk memastikan tubuhku berada sepenuhnya di atas katil ini. Sambil menutup mata aku mencari-cari selimut dan menutup tubuhku. Aku dapat merasakan sesuatu yang berat berada dikiriku. Posisi badanku tidak seimbang.

Aku merasa seperti ada sesuatu di bahagian atas kepalaku.Aku terus membuka mata dan mataku bertembung dengan matanya yang berwarna coklat cair cukup cantik bersama dengan bulu matanya yang sederhana panjang . Keningnya kemas seperti telah dirapikan. Hidungnya agak mancung dan bibirnya merah seolah-olah dia telah memakai pelembap bibir berwarna. Rambutnya pula diwarnakan dengan warna perang kekelabuan.

"Hey,makan tengah hari. Mak cik dah panggil."

Aku terus tersedar. Aku membulatkan mata sebulat-bulatnya.Harry sedang duduk disebelah kiriku sambil tunduk memandangku dengan tangan kanannya berada di atas kepalaku.Aku terus bangun dan duduk.Aku mencari-cari telefon bimbitku .

"Sekarang dah pukul 1 lebih."katanya lagi.

"Bila kamu sampai? "tanyaku kepadanya sambil mengurut-urut bahu kiriku.

"Lebih kurang 30 minit yang lalu."

"Kamu tinggalkan saya di sana berseorangan."kataku terus terang kepadanya.

"I'm sorry,i don't know if this can be accepted as a reason why I left you but im actually just dye my black hair back to the previous one. I did an appointment and it was at 10.30 and I was late then..."terangnya panjang lebar dan aku terus memotong kata-katanya.

"Okay okay. You don't know how to contact me because both of us don't have each other phone number and bla bla bla... Apology accepted. Jom pergi makan" kataku kepadanya. Aku tidak ingin menyoal terlalu banyak lagi kerana aku sememangnya dah sangat lapar dan tidak ada tenaga untuk bermain soal menyoal.

Ataupun sebenarnya aku terlalu takut untuk dicurangi pada awal perkahwinan ini ?

Aku turun dari katil tersebut dan terus melangkah ke dalam bilik air sebelum membuat keputusan untuk makan tengah hari.Aku melihat mukaku dalam cermin.Aku hanya mampu tersenyum dan memuji diri sendiri. Rupanya cantik juga aku ni. Keyakinan yang aku baru dapat daripada tidur.

Makan tengah hari berjalan dengan baik. Mummy menanyakan bagaimana perasaanku bila berjumpa dengan rakan-rakan Harry. Aku menjawab dengan jujur bahawa mereka semua memang menyenangkan. Tetapi aku tidak menceritakan kehilangan Harry yang menyebabkan aku balik berseorangan tadi.

Harry nampak macam biasa sahaja.Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang menunjukkan dia bimbang bahawa aku akan menceritakan kepada mummy yang aku terpaksa pulang berseorangan sebentar tadi.

Setelah selesai membantu mak cik Merlin membuat sedikit kerja rumah. Aku membuat keputusan untuk menghabiskan masa ku di bilik. Untuk sementara aku terfikir untuk meluangkan masaku menonton televisyen di ruang tamu. Tetapi aku tidak mahu berseorangan kerana aku masih berasa sedikit janggal di dalam rumah ini. Mummy dan mak cik Merlin keluar membeli barang dapur. Mummy meminta ku tinggal sahaja di rumah untuk menemani Harry. Lusa Harry dah mula bekerja.

Setiap LangkahWhere stories live. Discover now