Bab 6

26 5 0
                                    

Sebaik sahaja aku melangkah ke dalam kafe tersebut aku dapat melihat sekelompok manusia sedang duduk di sebuah meja di pepenjuru kafe tersebut.Aku dapat merasakan merekalah rakan Harry yang sudah lama Harry tak jumpa.Jantungku berdegup agak kencang,gementar tak tentu pasal.Nampaknya mereka sedang berada dalam suatu perbualan yang melucukan kerana mereka masing-masing sedang ketawa dan berusaha untuk membuatkannya tidak terlalu kedengaran.

Aku memandang wajah Harry namun Harry tidak memandangku kembali.Harry mengangkat tangan kanannya dan melambaikan tangannya ke arah rakan-rakannya itu.Selepas mereka saling melambai-lambaikan tangan, Harry mencapai tangan kiriku lalu kami mendekati rakan-rakannya itu.

Aku hanya mampu menghadiahkan sebuah senyuman sebelum melabuhkan punggung disebelah Harry.Aku tak pasti sama ada aku sebenarnya malu atau janggal tetapi yang pasti aku tidak mahu berada di tempat ini. Aku tidak mengenali sesiapa pun. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman.

"Hey Harry,how are u these days "seorang daripada temannya yang berambut hitam dan mempunyai anting-anting di telinga kanannya bertanya.

"Good af lol"jawab Harry singkat.

Aku terus memandang ke arahnya.

"You sound like Hardin though. Is this Hardin?"kata seorang lagi rakan perempuannya yang mempunyai warna kulit asia.Dia memakai blouse putih bersama skirt hitam dan memakai jaket coklat cair panjang ala-ala korea di luarnya.

Harry hanya tersengih mendengar kata-kata gadis tersebut.

"Awak tak panas ke pakai jaket macam tu di negara panas macam ni Clair? "tanya seorang lagi rakan perempuannya yang berkulit lebih cerah yang hanya menggayakan diri dengan menggunakan baju kemeja biru muda bersama jeans biru muda juga.

Jadi nama gadis itu Clair.

"Jane jealous sebab tak ada jaket macam awak Clair"sakat lelaki yang berambut hitam tadi.Lelaki ini memakai kemeja putih yang mempunyai corak bintik kecil yang berwarna hitam berserta jeans hitam.

"Suka hati awak je kata saya jealous kan Kyle."aku dapat mendengar rasa menyampah dalam suara gadis yang bernama Jane tersebut.

Harry dan Clair hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Kenapalah kamu berdua ni belum kahwin-kahwin ni.Tak pernah nak berbaik-baik" lelaki yang dari tadinya hanya diam dan tersenyum yang sedang duduk di sebelah Clair mula bersuara.Dia mewarnakan rambutnya perang kecoklatan. Dia hanya memakai T-shirt berwarna hijau muda bersama seluar jeans coklat cair paras lutut.

"Awaklah kahwin dengan Dia, dia bukannya mau dengan aku.Aku pun tak mau dengan Dia. "kata Kyle sambil memberi jelingan nakal kepada Jane.

"Saya lebih rela sukakan Rave dari awaklah. "nampaknya Jane benar-benar menyampah dengan Kyle.

"Aku ingat kita buat reunion kecil ni untuk luangkan masa bersama dengan gembira. Nampaknya kamu berdua ni masih tidak berubah " kata Harry bersama satu sengihan melihat karenah rakan-rakannya yang lucu.

"Jane rindukan aku.Sebab tu dia selalu je cari masalah dengan aku" tambah Kyle.

Aku hanya tersenyum melihat karenah mereka. Tiba-tiba aku rindukan rakan-rakan lamaku. Perkahwinanku agak esklusif,oleh itu saudara mara dan kawan yang paling dekat je dijemput datang. Aku juga tidak mewar-warkan di media sosial. Aku sendiri tidak berapa memahami hatiku sendiri. Sekejap gembira sekejap sedih.

"Theressa?Are you still with us ?"

"Hey... "Harry berbisik di telinga ku membuatkan ku tersedar daripada lamunan singkat ku.

"Ouh sorry. Where are we?"kataku malu. Aku dapat merasakan pipiku sudah mulai membahang.

"What should we call you ? Sister or sayang ?"kata Kyle kepadaku tetapi matanya diarahkan kepada Harry semasa dia menyebut perkataan sayang.

Setiap LangkahWhere stories live. Discover now