Bab 9

17 4 0
                                    

Daisy

"Mummy ? Harry biasanya pergi kerja pukul berapa ?" tanyaku sambil mencuci tangan di singki.

Hari ni aku bangun awal sedikit, sebab hari ini Harry pergi kerja. Selepas siap seterika baju kemeja kerjanya selama hampir sejam,aku pergi ke dapur untuk menolong mak cik Merlin dan tidak lama kemudian mummy pun sudah bangun.

Aku sebenarnya lupa untuk menanya Harry semalam.Aku lupa untuk tanya dia pakai baju kemeja apa hari untuk pergi kerja dan pukul berapa biasanya dia bangun tetapi yang aku ingat cuma bangun awal sedikit untuk menyediakan sarapan.

"Biasanya Harry pukul 8 sudah bersedia nak gerak sudah..takut sesakan lalu lintas.."jelas mummy. Mummy sedang menolong mak cik Merlin untuk menyediakan meja makan.

Aku memandang jam dinding.

0720a.m.

Harry masih ada 40 minit lagi.

Aku terus ke bilik untuk membangunkannya. Aku membuka pintu bilik kami perlahan-lahan. Amboi , nyenyaknya dia tidur. Aku mendekatinya dan naik ke atas katil. Aku merenung setiap inci wajahnya. Daisy ! Tak ada masa untuk merenung wajah Harry sekarang . Esok lusa boleh ja kau tenung . Sekarang misinya adalah untuk bangunkan Harry . Perlahan-lahan tanganku mendarat di belakang bahu kanan Harry.

"Harry... Harry ? "aku cuba membangunkannya.

"Mmmhh"

Kenapa pula susah nak bangunkan dia ni hari ni ? Biasanya senang saja dia ni bangun sendiri. Seingat aku, malam tadi dia yang terlelap dulu. Selepas aku seleasai berborak dengan mummy di ruang tamu semalam, aku nampak dia sudah tidur lena di atas katil.

"Harry ? Wake up..hari ni kamu pergi kerja kan ?" aku cuba membangunkannya lagi.

"Mmmhh.. 5 more minute "jawabnya dengan perlahan. Dia belum membuka matanya.

"Sudah..5 minit sudah habis..bangunlah cepat !"kataku kepadanya.

Nampaknya Harry dilanda rasa malas untuk bangun pada pagi ini. Aku terus turun dari katil tersebut dan membuka langsir tingkap bilik ini agar cahaya dapat memasuki ruang bilik ini.

"Mmmhh..close it back "Harry mengerang apabila dia merasakan cahaya memancar pada wajahnya.

"Wake up !"kali ini suara ku kedengaran lebih keras sedikit.

"This is...fault..if...was here i will not be...to work this early..."aku mendengar Harry seperti berbisik dengan dirinya sendiri. Dia bangun lalu bersandal pada kepala katil tersebut.

"Mummy cakap kamu biasanya pergi office dalam pukul 8. Jadi saya bangunkan kamu..Sekarang sudah pukul 0730 "kata ku kepadanya.

"Okay "jawabnya singkat lalu terus pergi ke bilik mandi.

"Aku ada seterika beberapa kemeja kerja kamu..aku letak dalam alamari kamu balik "tambah ku lagi.

"Okay "

***

"Ouh..tu nah anak mummy.."kata mummy dengan senyuman manisnya. Mummy nampak sangat menyayangi anak-anaknya. Aku nampak kadang-kadang mummy layan saja karenah anak-anak kesayangannya walaupun mereka tidak mendengar kata-kata mummy sepenuhnya. Contohnya kehilangan Hardin yang tiba-tiba.

Sebelum Harry melabuhkan punggungnya disebelah ku,dia menghadiahkan satu ciuman pada pipiku.

"Good morning mummy and good morning to you "

Aku sangat terkejut. Aku dapat merasakan jantungku berdegup sangat kencang dan mukaku terasa semakin panas.Namun begitu aku berusaha mnghadiahkan senyuman selamat pagi kepada Harry kembali.
Lain kali sajalah aku balas ciuman mengejutnya ini. Mummy dan aunty Merlin hanya tersenyum melihat kami berdua.

Setiap LangkahWhere stories live. Discover now