Aku hanya mampu melihat aunty Tessa dan Hardin melangkah pergi meninggalkan Aku bersendirian dengan Harry di dalam mall ini. Setelah selesai dengan urusan di butik pengantin sebentar tadi, aunty Tessa mengajak kami untuk membeli belah di mall. Setelah tidak lebih daripada 30 minit, aunty Tessa mengajak Hardin untuk pulang ke rumah kerana dia ingin memyediakan minum petang dan makan malam. Dia menyuruh Harry untuk membawa ku pulang ke rumahnya nanti untuk makan malam dan Harry pun mengangguk.
Aku sempat melihat Hardin mengenyitkan matanya kepadaku sebelum pergi bersama ibunya. Aku hanya tersenyum dan mengerutkan keningku. Sifatnya sememangnya agak bertentangan dengan Harry.
"Hey? Are you still here?"Harry melambai-lambaikan tangannya di hadapanku.
"Ya?"aku terus memandang ke arahnya dan tersenyum malu.
"Daisy mahu pergi mana lepas ni?"
Okay.Daisy. Dia memanggilku dengan nama Daisy.
"Kedai cenderahati? dan awak..erm kamu..arhh..awak ...boleh panggil saya Tess."kataku tergagap-gagap,aku tak pasti untuk memanggilnya apa.
Dia membuat keputusan untuk tersenyum daripada ketawa. Aku hanya membalas senyumannya dengan senyuman janngalku.
"Okay..dan kamu boleh panggil saya dengan nama apa sahaja tapi maksud yang baik.."
"okay"jawabku.
Kami menjejakkan kaki bersama-sama ke dalam kedai cenderamata tersebut.Kedai ini hanya bersaiz sederhana memandangkan ianya terletak dalam mall.Aku pergi ke bahagian bingkai gambar.Dia mengikut belakangku. Aku mengambil sebuah bingkai bersaiz sederhana yang berwarna coklat cair dengan ukiran bunga-bunga kecil. Ukirannya halus dan cantik.Kemudian,dia bergerak ke sebelah kiriku dan mengambil bunga ros palsu berwarna kuning yang terletak selepas bahagian bingkai gambar dan meletakkannya di telinga ku.
Aku tersenyum dan buat seketika aku terfikir. Dia mengambil bunga ros kuning,yang membawa maksud sahabat. Di situ terdapat bunga ros merah dan sebagainya juga tapi dia membuat keputusan untuk mengambil bunga ros kuning. Mungkin warna kegemarannya kuning dan dia tak tahu pun maksud di sebalik semua warna bunga ros ataupun memang wajar, kerana kami berdua baru cuba untuk mengenali antara satu sama lain.
Dia menyelak rambutku yang tiba-tiba terjuntai keluar kembali ke belakang telingaku. Dengan automatik nafasku tertahan sebentar. Dia memandangku dengan pandangan yang aku sendiri tak mengerti, pandangannya penuh makna. Dia mengucup dahi ku perlahan. Round Two. Benakku cuba membuat lawak. Aku dapat merasakan bahawa nafasku tertahan sekali lagi.
Tiba-tiba telefonnya berdering, mengahancurkan suasana ini. Aku terdengar dia menyebut nama Shairy. Siapa Shairy? Kemudian seseorang menyebut nama Harry dari belakangku. Reaksinya agak terkejut apabila dia memandang ke belakang ku. Aku pun menoleh ke belakang.
Seorang gadis cantik sedang berdiri kaku bersama telefon bimbit di telinganya. Dia memakai kemeja berwarna biru muda bersama baju berwarna putih di dalamnya. Dia juga memakai jeans biru tua bersama beg sandang di bahunya. Nampaknya dia akan pergi ke suatu tempat.
"Tunggu sekejap"bisik Harry di telingaku. Aku mengangguk dan berdiri di situ melihat Harry menarik tangan gadis tersebut keluar daripada kedai ini. Aku kaku buat sementara waktu sehinggalah seorang pekerja perempuan datang kepadaku.
"Cik perlukan sesuatu?"
Fikiran ku agak terganggu tetapi aku berjaya juga untuk memikirkan sesuatu "cendera hati yang sesuai untuk diberikan kepada para tetamu majlis perkahwinan."
"Ouh.. album gambar ?"
"erm.. entahlah.. sapu tangan ada tak kat sini?"tanyaku kepadanya.
"Ada.."
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...