Hardin***
Aku memandang Daisy tidak percaya melihat kelakuannya. Mungkin keputusanku untuk membawanya ke kelab malam pada hari pertama bulan madu ini sememangnya tindakan yang teruk. Aku juga membiarkan Damian menciumnya sebentar tadi. Kalau ikutkan hati aku boleh je kirimkan satu tumbukan diwajahnya tetapi mengingatkan bahawa mereka tidak tahu pun bahawa Daisy ialah isteriku membuatkan ku sedikit tenang sebab tidak seorang pun boleh mengambilnya daripada ku. Tetapi itu tidak sedikit pun dapat meyakinkanku bahawa dia takkan meninggalkanku pada suatu hari nanti jika dia mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku.
"Ohh Harry come one! This song will end in any seconds"kata Daisy kepadaku lalu meneruskan tariannya. Aku sedar Daisy yang sopan dan agak pemalu boleh jadi liar juga. Sangat liar kerana ini adalah kali pertama aku melihatnya seperti ini dalam tempoh dua bulan perkahwinan kami berdua.
"Daisy stop dont dance like that!"kataku kepadanya apabila dia mula menggerakkan badannya dengan gerakan yang sangat seksi bersama riak wajahnya yang sedang memainkan peranan. Aku menarik gaun pendeknya ke bawah apabila ia ternaik setiap kali Daisy menarik tangannya ke atas dan menari, dan untuk pengetahuan semua orang ini merupakan lagu ketiga.
Daisy meletakkan kedua-dua belah tangannya dibelakang leherku dan mula berbisik di telingaku "You like it right ? Baby... "
Aku terus tersenyum mendengar ayat yang dikeluarkannya dari mulutnya. Aku bercadang untuk bermain dengannya lagi sebab mungkin Daisy yang ini lebih berani dan berterus-terang.
"Yes I like it baby but next time lebih baik sayang saja jadi penonton baby menari okay ?"aku berbisik ke dalam telinganya dengan penuh makna untuk melihat sama ada dia terkesan dengan ayatku tersebut atau tidak.
"Okay babe "jawabnya ringkas ke dalam telingaku lalu tertawa kecil. Sisi Daisy yang ini sangat nakal dan itu sudah semestinya disebabkan kesan alkohol yang telah dihabiskan olehnya sebentar tadi.
"Baby we should go home "bisikku ke dalam telinganya lagi. Dia sedang menyandarkan kepalanya pada dadaku sekarang. Dia nampak sangat keletihan.
"Mmmhh okay..."dia mengiyakan sambil mengangguk kepalanya perlahan.
"Let me bring you...grab your purse and pegang kuat-kuat okay?"kataku kepadanya lagi.
"Okay "balasnya perlahan sambil melakukan signal 'okay' dengan jarinya.
"Uuhh you are quite heavy babe so heavy for a baby "kataku kepadanya dengan nakal.
Nampaknya Daisy masih dalam keadaan sedar kerana dia tersenyum memandang ke arahku sebelum menutup matanya kembali."I eat a lot "getusnya perlahan.
"Yeah I guess babe " kataku kepadanya lalu mengucup pipinya. Aku pasti sekarang dia sudah tidur. Aku tersenyum melihat betapa nyenyaknya dia terlelap di dalam lenganku.
***
Aku terbangun apabila cahaya mulai menyinari bilik ini. Aku melihat Daisy masih tidur dengan nyenyak di dalam pelukanku dan inilah posisi kami dari malam sehingga pagi ini. Aku cuba menarik tanganku perlahan dan bangun dari katil untuk menutup langsir tersebut sebaik yang boleh kerana aku juga masih berasa mengantuk dan memerlukan suasana yang selesa untuk menyambung tidur semula. Selepas menutup langsir, aku kembali untuk tidur semula dan menarik Daisy ke dalam pelukanku.Aku menaikkan suhu bilik sedikit lagi dan menarik selimut menutupi tubuhku dan Daisy.
Aku membuka mataku perlahan-lahan setelah aku berasa sudah cukup segar untuk bangun. Daisy masih lagi terlelap. Untuk seketika aku mempunyai pemikiran yang buruk, aku terus memeriksa nafas dan nadinya. Okay,dia dalam keadaan okay. Kemudian aku memeriksa suhu dahinya. Okay, settle juga. Dia tidak demam. Aku meletakkannya dengan lembut disebelahku dan bangun dari situ untuk pergi ke tandas. Selepas itu aku bergerak ke dapur dan aku medapati tiada satu pun benda yang dapat dimasak sekarang. Peti sejuk ini hanya mengandungi chips more dan chocolate yang dibawa oleh Daisy ketika kami sampai di sini.
YOU ARE READING
Setiap Langkah
Teen FictionDaisy Tessla,nama panggilannya Tess atau Est, ialah seorang yang menawan dan bijak. Dia bercita-cita tinggi dan sangat teliti dalam semua perkara. Semua perkara yang dia lakukan sudah dirancang sehinggalah suatu hari,ayahnya sakit tenat dan dia dipa...