bab 36

6K 170 13
                                    

ARDELL melihat penampilannya buat kali terakhir sebelum keluar dari ruang closet itu. Matanya mulai meliar mencari kelibat Hayden. Sedari tadi dia tidak mendengar suara lelaki itu. Entah ke manalah Hayden pergi.

" Abang! Where are you? " Ardell masih tercari-cari figura si suami. Hisy, mana ni? Tahu tak rindu?

" Sini, sayang! " sayup-sayup kedengaran suara Hayden membuatkan senyuman Ardell terus melebar sehingga ke telinga. Hiks, tak sabar nak peluk lepas tu nak kiss!

" Mana? " Ardell mengikut arah suara Hayden.

" Beranda. " jawab Hayden.

Ardell sudah nampak figura Hayden yang sedang duduk membelakanginya. Lelaki itu sedang sibuk dengan telefon di tangan. Angin pantai yang agak kuat membuaikan rambut terjuntai Hayden hingga Ardell rasa mahu membelai rambut itu.

Tidak menunggu lama, Ardell terus berlari anak mendapatkan Hayden sebelum leher lelaki itu dirangkul dari arah belakang. Hayden agak terkejut dengan tindakannya membuatkan tawa kecil terlepas dari ulas bibirnya.

" Miss you. " ucap Ardell dengan senyuman lalu melabuhkan kucupan pada pipi Hayden. Wajah Hayden ditarik menghadapnya sebelum dia menyatukan bibir mereka. Tangannya sengaja membuka butang baju kemeja yang dipakai Hayden. Belum sampai pada butang keempat.....

" Sayang..... " tegur Hayden. Kucupan mereka terlerai. Tangannya terus menahan jari-jemari Ardell dari terus meleraikan satu-persatu butang baju yang dipakainya.

Ardell tertawa nakal. Dia terus mengambil tempat di atas riba Hayden. Sebelah tangan memaut leher Hayden manakala sebelah lagi mengusap dada Hayden yang terdedah akibat tiga butang baju yang dibukanya sebentar tadi. Terasa pinggangnya dirangkul lelaki itu.

" You don't know how much I miss you, sayang. " ujar Hayden. Tangan Ardell yang melekap pada dada bidangnya ditarik ke bibirnya lalu satu-persatu jari-jemari isterinya dikucup lembut dengan mata tidak lepas dari merenung Ardell dengan renungan hangat.

" Abang nampak sexy buat macam ni. "

" Really? I can be more sexier if you want. "

Ardell memberi jelingan manja buat Hayden. Dia dapat menangkap senyuman nakal yang tersungging di bibir lelaki itu. Tangan lelaki itu pun sudah melekap pada belakang badannya. Inilah akibatnya kalau menggatal dengan Hayden. Dia pula yang rasa sesak nafas!

" Abang buat apa tadi? " soal Ardell. Dia mengerling pada skrin telefon Hayden yang sudah berubah gelap, sekadar mahu tahu apa yang dilakukan lelaki itu sehingga terlalu fokus sedari tadi.

" Nothing. Abang tengok email. Banyak pula yang abang tak check. Busy sangat dengan sayang abang ni. " jawab Hayden dengan senyuman. Tangan naik bermain dengan hujung rambut Ardell. Sesekali dibawa ke bibirnya dan digigit membuatkan tangan Ardell laju sahaja mencubitnya. Mata terus meliar memandang isterinya sebelum dia perasankan sesuatu.

" Wait, sayang cantik-cantik ni nak pergi mana? " soal Hayden. Dahinya sudah berkerut seribu. Setahunya, hari ini mereka tiada rancangan untuk keluar ke mana-mana.

" Keluar. " jawab Ardell.

" Okay, plan last minute lah ni? Kenapa tak cakap? Tapi, abang tak siap lagi. " ujar Hayden. Keningnya yang tiba-tiba sahaja gatal digarunya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now