bab 33

6.8K 181 10
                                    

HAYDEN baru sahaja pulang dari menghantar Ainin ke KLIA. Dua minggu isterinya itu berada di Philippine dan dua minggu ini juga dia ada masa yang lama untuk mengubah Ardell menjadi gadis itu yang dahulu. Tidak betah lagi dia melihat perubahan Ardell yang cukup mencabar kesabarannya.

Ainin ada menyuruhnya untuk menghantar Ardell ke rumah papa dan mama selama isterinya itu ke luar negara. Katanya, dia tidak mahu Hayden dan Ardell berdua-duaan di dalam satu rumah yang sama. Macam-macam boleh berlaku.

Hayden iyakan sahaja, sekadar menyakinkan Ainin yang dia akan mengikut kata-kata wanita itu. Namun hakikatnya, tidak mungkin untuk dia lepaskan Ardell tinggal bersama Dato Eshan dan Datin Catrina lagi.

Dia sedar dia sudah jarang menghabiskan masa dengan Ardell, jadi ini peluang yang ada. Dia akan buat Ardell merayu padanya seperti dahulu, menagih kasih sayang daripadanya. Dia perlukan Ardell untuk dua minggu ini.

Masuk sahaja ke dalam penthouse miliknya, matanya sudah meliar mencari kelibat si isteri pertama. Dia yang baru sahaja mahu melangkah menuju ke bilik bawah Ardell terus terhenti sebaik sahaja terpandangkan sekujur tubuh yang sedang lena di atas sofa.

Tanpa sedar, bibirnya tersenyum nipis. Langkah terus diatur menghampiri Ardell sebelum melabuhkan duduk di hujung kaki gadis itu. Sebelum dia keluar tadi, Ardell sibuk dengan kerja mengemasnya. Sikit pun tidak pedulikan dia yang mahu menghantar Ainin sebentar tadi.

Masih kelihatan peluh yang merenik pada dahi luas itu. Pasti isterinya itu penat sehingga tertidur di sini. Hayden jadi jatuh kasihan pada Ardell kerana semua kerja rumah hanya dilakukan Ardell. Ainin hanya goyang kaki sahaja. Hanya tahu suruh itu dan ini.

Lama matanya tertancap pada wajah bersih itu sebelum turun menilik pakaian yang dipakai isterinya. Gaun yang sudah terselak sehingga menampakkan betis putih milik Ardell.

Hayden mengetap bibirnya. Dalam keadaan begini pun, Ardell mampu menggodanya. Tangannya yang tadi berada di atas pahanya, terus naik mengelus lembut betis Ardell sebelum dia tunduk mencium di situ. Sesekali matanya mengerling memandang Ardell, mahu melihat jika gadis itu tersedar dengan tindakannya.

Tiada tanda-tanda yang Ardell akan bangun, Hayden teruskan niatnya. Semakin lama ciumannya naik ke atas sehingga wajahnya separas wajah Ardell. Begitu pun, Ardell masih tidak sedar dari tidurnya. Lena benar isterinya itu tidur. Kalau dia buat apa-apa ni, belum tentu Ardell sedar.

Nafasnya sudah tidak teratur menampar wajah lena itu. Rambut yang menutupi sedikit wajah itu diselit ke celah telinga, menyerlahkan lagi kecantikan Ardell yang sedia ada. Dia tidak pernah jemu memandang keindahan yang dimiliki isterinya ini.

Sempurna. Itu yang boleh dikatakan Hayden buat Ardell. Sungguh jauh berbeza sekali dengan Ainin.

" Kau tidur pun cantik, Ardell. " bisik Hayden antara dengar dan tidak dengar sahaja. Lama matanya merayap pada seluruh wajah bersih itu sebelum tertumpu pada bibir merah bak delima Ardell yang cukup membuat dia ketagih selama ini.

Hayden tersenyum sinis. Bibirnya terus dibawa bersatu dengan bibir basah itu. Rakus dia mengerjakan bibir itu semata-mata mahu menyedarkan Ardell.

" Hmph..... " terasa dadanya ditolak oleh Ardell namun Hayden tidak berhenti dari menyatukan bibir mereka. Tangan pula sudah meliar dalam gaun yang dipakai Ardell.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now