bab 55

6.8K 204 17
                                    

HAYDEN meletakkan dulang berisi makanan dan segelas susu di atas meja bersebelahan dengan katil. Matanya melilau mencari kelibat isterinya. Tadi, sebelum dia keluar Ardell ada sahaja di dalam bilik itu. Dia risau jika Ardell bertindak di luar kawalan dengan lari dari sini.

Tetapi, melihatkan pintu sliding door yang sedikit terbuka, Hayden senyum kecil. Pasti Ardell berada di situ. Tidak menunggu lama, Hayden mengatur langkahnya ke balkoni.

Dapat dia lihat susuk tubuh si isteri yang sedang termenung jauh di hadapan. Dia tahu, banyak yang bermain di fikiran gadis itu. Ini sahaja cara yang dia nampak untuk perbaiki hubungan mereka. Lagipun, jika dia tidak buat seperti ini, tidak mungkin Ardell akan datang kepadanya.

Mustahil untuk dia lepaskan Ardell lagi. Tiga tahun sudah cukup menyeksa zahir dan batinnya. Dia tidak mahu terus menanggung sakitnya rindu, peritnya perpisahan.

Sejak tadi, Ardell hanya berdiam diri, langsung tidak mahu bercakap dengannya. Jelas riak kemarahan yang terpancar pada wajah isterinya bila dia jelaskan bagaimana mereka berada di sini. Cuma Ardell tidak mengamuk sahaja tadi.

Dia tahu, Ardell semakin benci padanya dengan apa yang dia lakukan tika ini. Mungkin untuk selepas ini juga, Ardell akan tetap bencikan dirinya.

" Sayang..... " lembut Hayden menyeru Ardell. Dapat dia lihat tubuh itu sedikit mengeras mendengar suaranya.

" Kenapa tak turun makan? Lama abang tunggu Ardell. " ujar Hayden. Dia menghela nafas apabila Ardell langsung tidak memberi reaksi dengan kata-katanya seketika tadi.

" Abang ada bawakan breakfast untuk Ardell in case Ardell nak makan dalam bilik. " Hayden bersuara lagi.

Masih sama, Ardell tetap begitu. Akhirnya, Hayden membawa langkah menghampiri Ardell. Berdiri bersebelahan dengan gadis itu.

" Ardell..... " tangannya dibawa memegang bahu Ardell namun sepantas kilat tangannya kembali jatuh ke sisi apabila Ardell bertindak menjauhkan diri daripadanya. Jelas telingannya dapat menangkap dengusan kasar isterinya.

" Apa lagi yang awak nak buat untuk kepentingan awak, Hayden? " soal Ardell. Renungan benci dilemparkan buat lelaki itu. Semakin erat dia mengenggam penghadang balkoni, melepaskan rasa yang berkerun sejak tadi lagi.

" Abang tak buat semua ni untuk kepentingan abang, Ardell. " ujar Hayden.

" Habis, untuk kepentingan kita? " sinis Ardell menyoal sebelum kembali melemparkan pandangannya ke hadapan. Melihat hutan-hutan  yang menghijau terbentang di hadapan mata langsung tidak memberi sedikit pun ketenangan buatnya.

" Kalau betul untuk kepentingan kita, awak tak kan terfikir untuk buat macam ni lah. Awak boleh bincang dengan saya bukan buat keputusan sendiri sampai awak rasa apa yang awak buat ni, semua betul! You're selfish! " hambur Ardell. Matanya kembali bersabung dengan renungan Hayden.

" Mungkin awak rasa apa yang awak buat ni boleh dapatlah hati saya balik tapi awak silap, Hayden. Awak tahu, saya makin bencikan awak. Tak salah sama sekali saya buat keputusan untuk berpisah dengan awak. " ujar Ardell lagi.

" Ardell ingat abang buat semua ni saja-saja ke? Ardell isteri abang, sepatutnya Ardell kena ada dengan abang. Bukannya tinggalkan abang bertahun sampai Ardell fikir yang abang ni bukan siapa-siapa lagi pada Ardell. You treat me like a stranger. Ada Ardell fikir perasaan abang waktu tu? Apa yang abang kena hadap dalam keadaan abang tak sempurna tanpa Ardell yang sepatutnya kena ada di sisi abang? "

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now