bab 24

5.7K 149 12
                                    

MELIHATKAN Affan dan Tiara yang sudah pun keluar dari perut kereta, Ardell turut melakukan perkara yang sama. Pintu sebelah penumpang yang didudukinya terus ditutup sebelum alarm kereta berbunyi menandakan Affan mengunci keretanya.

" Tiara, Ardell. Pergilah masuk dulu. I nak pergi toilet. " ujar Affan dengan sengihan tidak bersalah. Entah kali ke berapalah dia ke tandas untuk hari ni. Sakit perut punya pasal.

" Sempat lagi? " soal Tiara seakan tidak percaya.

Majlis annual dinner itu pastinya akan bermula sekejap lagi. Sepatutnya mereka sampai awal namun disebabkan perut lelaki itu yang menggedik tidak habis-habis, terpaksalah mereka singgah untuk Affan melepaskan hajatnya. Lama pula tu!

" Mana boleh tahan! " balas Affan sebelum berlari anak untuk mencari tandas di sekitar dewan itu. Dia pun sedari tadi menyalahkan perutnya yang buat hal pada masa yang salah.

" Jomlah Ara, masuk. Aku penat nak tunggu Affan. " ujar Ardell dengan gelengan kepala sebelum mulai mengatur langkah. Laju sahaja Tiara meyaingi langkahnya dan memaut lengannya. Dia sudah terbiasa.

" Eh, kalau aku tahu baik aku pergi sendiri je. " rungut Tiara dengan mimik muka tidak berpuas hati.

Ardell mengiakan sahaja dengan senyuman kecil. Lucu mengenangkan sikap Affan yang begitu mencuitkan hatinya. Sempat lagi tu nak membuang!

Memandangkan dia tidak tahu mahu pergi ke sini dengan apa, jadi dia bertanya jika Tiara sudi menumpangkannya. Waktu kerja Pak Tam berakhir sebelum pukul tujuh jadi dia tidak dapat meminta lelaki berusia itu untuk menghantarkannya. Dato Eshan pula sejak kebelakangan ini sudah jarang melekat di rumah dan Ardell perasan hubungan papa dan mama seakan dilanda masalah. Pasal kejadian dua hari lepas ke?

Mengingatkan soal itu, serta-merta fikiran Ardell teringatkan suaminya. Sudah dua hari dia tidak pulang ke penthouse lelaki itu. Makan pakai Hayden sudah tidak dijaganya dalam tempoh itu. Berdosakah dia?

Cadangnya, dia mahu pulang ke pangkuan Hayden keesokan harinya. Dua hari tanpa melihat Hayden seolah dua tahun lamanya. Sakit menahan rindu lebih kuat mencengkam dirinya daripada sakit yang masih berbekas di hatinya. Ini pun dia sudah tidak sabar mahu masuk ke dalam dewan, mahu bertemu lelaki itu. Dia begitu teruja!

Sudah lupa apa yang telah dibuat Hayden padanya dua hari lepas apabila menerima pesanan Hayden petang tadi yang mengingatkan dirinya agar hadir pada malam ini. Adakah Hayden merinduinya sehingga menaip pesanan sebegitu rupa? Atau Hayden sudah tidak sabar mahu membawanya pulang?

Tanpa sedar, Ardell tersenyum. Mungkin selepas ini dia perlu berjauhan dengan Hayden lagi untuk menguji lelaki itu.

Dewan yang serba luas dan lebar itu sudah dipenuhi para pelajar. Semuanya berpakaian mengikut tema-lelaki berkot hitam dan berkemeja putih di dalamnya serta dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam manakala gaya pemakaian perempuan adalah gaun berwarna putih.

Semuanya nampak segak dan cantik. Yang tidak pernah bergaya di kolej, malam ini terus menunjukkan ketampanan dan kecomelan masing-masing. Ada juga yang over dan semestinya itu adalah dalam kalangan para pelajar wanita.

Ardell tidak sedar dirinya sudah ditinggalkan jauh oleh Tiara. Entah bila gadis itu melepaskan tangannya pun dia sendiri tidak sedar. Matanya dari awal masuk ke muka pintu dewan tadi sehinggalah sekarang, tidak lepas dari memerhati sekeliling.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now