bab 37

6.2K 160 26
                                    

Sorry late! Tngah struggle type😣😣😣

Sy dh update ni, so turn kornglah pulak vote&comment okay! Kasihanilah cerita sy yg tk berapa nk femes ni☹️☹️☹️

Sebarang ketidakpuasan hati anda, sila comment HAHAHAHAHA

***

" ABANG! Ardell dah balik! Come, hug and kiss me. "

Ardell melangkah masuk ke dalam resort. Tas tangan dicampak ke atas sofa di ruang tamu. Dia mulai mencari Hayden. Dari satu ruang ke satu ruang dia mencari kelibat Hayden. Masih, tiada figura lelaki itu mahupun bayang Hayden di mana-mana. Ardell sudah bercekak pinggang.

" Abang, tak kelakar okay nak main hide and seek sekarang ni. Ardell rindu abang ni. " ujar Ardell. Kakinya terus dibawa melangkah ke bilik utama. Tetap tiada kelibat Hayden, seolah-olah resort itu hanya dihuninya seorang.

Ardell sudah tidak sedap hati. Dia kembali ke ruang tamu, menyelongkar tas tangannya mencari telefon miliknya. Tiada langsung panggilan atau pesanan daripada Hayden sejak dia keluar tadi.

Tidak betah begitu, Ardell terus mendail nombor Hayden. Panggilan yang dibuatnya tadi terus masuk ke peti suara. Sekali lagi Ardell mencuba, tetap juga sama. Air mata yang mahu jatuh, ditahan sebaik mungkin.

Tak mungkin.

Tak mungkin Hayden tinggalkannya di sini.

" Mana abang pergi ni? Jangan tinggalkan Ardell. " Ardell menyeka air mata yang mahu menitis. Tersedar sesuatu, dia melangkah ke closet. Mungkin itu yang akan menjawab persoalannya.

Masuk sahaja ke ruangan closet, Ardell mencari bagasi milik Hayden. Dia agak terkedu apabila melihat tiada bagasi milik lelaki itu di sebelah bagasinya. Laju dia menuju ke wardrobe. Buka sahaja pintu wardrobe milik Hayden, Ardell terkaku di tempatnya berdiri. Ruang wardrobe yang selama ini dipenuhi dengan pakaian Hayden sudah menjadi kosong. Apa ni?

Dia tidak mahu fikir yang Hayden tinggalkannya namun dengan apa yang terbentang di hadapan matanya sekarang ini, sukar untuk dia nafikan kenyataan yang sebenar.

Kenyataan yang Hayden benar-benar tinggalkannya.

" Abang..... " Ardell terjelepok jatuh ke atas lantai. Lututnya sudah tidak dapat menampung tubuhnya lagi.

" Abang dah janji tak kan tinggalkan Ardell. " Ardell sudah teresak-esak di tempat duduknya. Perkara yang dia takuti selama ini, akhirnya terjadi juga.

Apa salahnya hingga Hayden ambil keputusan untuk tinggalkannya? Dia sudah beri segalanya buat lelaki itu dan ini balasan yang dia dapat? Masih tersemat di ingatannya janji-janji Hayden yang tidak akan meninggalkannya dan mengecewakannya lagi. Kenapa sekejap sangat Tuhan pinjamkan bahagia untuknya? Atau dia memang tidak layak untuk bahagia?

Baru sekejap tadi, Hayden ada bersamanya. Masih hangat sentuhan lelaki itu di setiap inci kulitnya. Masih dia ingati senyuman dan renungan Hayden buatnya. Dan semuanya hilang gara-gara dia yang berdegil mahu keluar sendirian tadi.

Mulalah dia rasa menyesal. Jika dia tahu Hayden akan pergi meninggalkannya terpinga-pinga begini, Ardell sama sekali tidak akan keluar. Dia sanggup duduk di bawah ketiak Hayden, melayani lelaki itu sebanyak mana yang Hayden mahu, jika itu yang mampu buat Hayden tidak akan tinggalkannya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now