bab 51

5.6K 170 24
                                    

Kini.....

ARDELL tidak sedar apabila kereta yang dipandu oleh Kamal sudah berhenti di kawasan rumah Dato Eshan dan Datin Catrina. Entah apa yang berada di dalam fikiran gadis itu sedari tadi. Seolah berada di dalam dunia sendiri.

" Kak Ardell, kita dah sampai. "

Teguran daripada Kamal membuatkan Ardell menoleh. Terpinga-pinga dia apabila aunty Sera dan Kamal yang duduk di hadapan sedang merenungnya. Perasan sesuatu, dia menoleh ke sisi.

Oh, dah sampai rupanya.

" Ardell okay tak ni? Kita boleh patah balik kalau Ardell tak nak pergi. " ujar aunty Sera. Dia pun tidak mahu terus-menerus memaksa anak perempuannya itu.

" Kita dah sampai pun, ibu. Lagipun tiga hari je kan kita dekat sini? Tak apa, Ardell okay. " balas Ardell dengan senyuman kecil sebelum dia terlebih dahulu keluar dari perut kereta. Lagaknya seperti mahu mengelak.

Ardell menghela nafas seketika. Dihadapkan tubuhnya pada banglo mewah dua tingkat itu. Dia yang buat keputusan untuk pergi pada minit akhir jadi dia perlu hadapi sendiri apa yang bakal terjadi. Dia sendiri tidak pasti mampukah dia untuk bersikap seperti biasa di hadapan mereka nanti.

Dia juga datang ke sini pun bukan kerana Dato Eshan, bukan juga Datin Catrina, apatah lagi Hayden, dia datang untuk aunty Sera. Niatnya cuma tidak mahu wanita itu berkecil hati lagi dengan sikapnya.

Ardell melemparkan pandangannya ke perkarangan rumah itu. Beberapa buah khemah sudah siap dipasang. Ramai juga yang datang untuk membantu majlis pada esok hari. Pastinya dari saudara-mara yang sudah lama Ardell tidak temui. Jiran-jiran yang berdekatan juga turut hadir sama.

Ardell sendiri tidak pasti majlis doa selamat ini untuk apa sebenarnya.

Saat terasa bahunya disentuh, Ardell menoleh ke sisi. Reaksi biasa cuba dipamerkan buat aunty Sera. Dia tidak mahu wanita itu tahu yang keadaan hatinya sekarang ini sedang kacau-bilau.

" Ibu tak nak Ardell buat perangai depan papa dengan mama nanti. Buat macam Ardell tak tahu apa-apa. Kita datang rumah orang, buat macam datang rumah orang. Ibu tak nak masalah lain pula yang timbul nanti. " pesan aunty Sera. Dia perlu ingatkan Ardell banyak kali kerana dia tahu, gadis itu pasti akan bersikap di luar jangkauan nanti.

" Bukan senang Ardell nak bersikap macam tak ada apa-apa, ibu. " ujar Ardell. Dia merenung wanita itu, memohon pengertian.

Dia bukan seperti aunty Sera yang boleh terima apa sahaja yang telah dibuat oleh Dato Eshan dan Datin Catrina. Lagipun sudah tiga tahun berlalu, entah bagaimana reaksi kedua-duanya nanti apabila melihat kehadirannya di sini.

" Kak Ardell boleh. Kamal tahu. " sampuk Kamal yang baru sahja berdiri di sebelah Ardell. Dia mengukirkan senyuman buat gadis itu apabila Ardell menoleh padanya.

" Tak tahulah, Kamal. " itu sahaja yang mampu keluar dari dua ulas bibirnya.

Ardell kembali memandang ke hadapan. Dia bukan mahu jadi pembenci apatah lagi pendendam. Cuma apa yang terjadi benar-benar membuatkan dia mahukan masa dan ruang yang banyak. Apa yang mereka lakukan langsung tidak diberi apa-apa hukuman. Adilkah begitu?

" Jom. Nanti ramai orang. Kamal, tolong angkat luggage ibu dengan kak Ardell sekali ya? " ujar aunty Sera pada anak lelakinya sebelum meraih lengan Ardell untuk mengikuti langkahnya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now