bab 48

6.7K 215 38
                                    

Sy bukan sengaja2 tk nk update. Skrng busy dngan class online so yah, tk kn sy nk fokus pada wattpad sahaja😂 lgipun ini last chapter yg sy bleh update stakat ni, sbb sy nk break skjap. Jnji tk lama😂😂😂

So nah, 5K words sy belanja hari ni💗 agak2 nk vote 100 bleh dpat tk? Bkan slalu sy tamak kan? Comment pun nk bnyak2!

***

SUDAH tiga minggu berlalu sejak kejadian itu berlaku. Keadaan masih sama, tiada apa-apa pun perubahan. Malah, boleh di katakan semakin teruk hari demi hari.

Dari jauh, Datin Catrina memandang anak tunggalnya yang jauh termenung itu. Nafasnya terhela lemah. Begitulah keadaan anak lelakinya selama tiga minggu ini. Asyik termenung dan lebih memilih untuk bersendirian. Dia tahu apa yang sedang berlegar-legar di dalam fikiran lelaki itu.

Sangkanya, Hayden jadi begitu kesan daripada dia kemalangan. Namun, kepergiaan Ardell yang tidak dijangka membuatkan Datin Catrina sendiri tidak mengenali anaknya. Seolah-olah, bukan Hayden yang berada di hadapannya ini.

Ketara sekali wajah itu yang sangat cekung dan pucat. Rambut juga kusut masai dan panjang hingga ke paras bahu. Badan Hayden yang dahulunya tegap sudah menjadi kurus kering tanda yang lelaki itu kurang makan. Senang cerita, Hayden tidak terurus selepas Ardell pergi tinggalkannya.

Datin Catrina sendiri tidak menyangka yang Ardell tergamak meninggalkan Hayden. Dia tahu bukan mudah untuk Ardell terima semua ini tetapi kenapa memilih untuk pergi dari Hayden? Dari papa dan juga mama? Perkara sebegini boleh dibawa bincang. Cara gadis itu seolah-olah mahu menyalahkan takdir.

Apatah lagi Ainin yang juga turut hilang. Dia tidak tahu ke mana gadis itu pergi. Tiba-tiba sahaja menghilang selepas Ardell gugur. Tapi tidak hairanlah kerana sebelum ini pun Ainin dan Hayden ada bergaduh. Atau mungkin Ainin hilang kerana takut rahsianya terbongkar.

Sejak itu, Hayden dibawa tinggal bersamanya. Hayden ada beritahu padanya mahu tinggal di penthouse namun dia tidak benarkan memandangkan keadaan Hayden yang berkerusi roda pasti akan menjejaskan lelaki itu jika tinggal sendirian. Jadi, dia lah yang menjaga Hayden, menguruskan semuanya. Ada dua isteri pun, kedua-duanya menghilang.

Besar sungguh salah anaknya, hingga begini sekali Hayden terima balasannya. Dia jadi jatuh kasihan dengan Hayden.

Perlahan-lahan Datin Catrina menghampiri Hayden yang berada di tepi kolam ikan itu. Dia mengerling ke meja yang terletak di situ. Sarapan yang dibawa untuk Hayden tadi, langsung tidak disentuh lelaki itu. Memang begitulah, dia yang harus memaksa Hayden barulah lelaki itu mahu makan.

Sampai bila Hayden mahu jadi begitu? Dia sendiri penat melihat anak lelakinya itu yang mahu terus-terusan menjadi lemah. Sudah tiga minggu berlalu, tak kan Hayden masih mahu kelihatan sama?

" Hayden..... " Datin Catrina mengambil tempat di atas kerusi bersebelahan dengan Hayden yang sedang duduk di atas kerusi roda itu. Sebelah tangannya di letakkan di atas penghadang kerusi roda itu.

" Kenapa tak makan lagi ni? Dah nak masuk tengah hari dah ni. " ujar Datin Catrina.

" Hayden tunggu Ardell, mama. Nak makan sama-sama. " balas Hayden. Dia langsung tidak menoleh untuk memandang Datin Catrina.

Datin Catrina mengeluh. Memang itulah jawapan yang Hayden berikan setiap kali dia bertanyakan perihal itu. Sampaikan, dia sudah boleh menghafal jawapan Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now