bab 19

5.2K 126 2
                                    

ARDELL tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya hari ini. Badannya lemah dan kepalanya terasa berpusing-pusing. Sejak pagi tadi lagi dia tidak sedap badan tetapi memandangkan dia mempunyai peperiksaan, digagahkan juga dirinya untuk hadir.

Keadaannya semakin teruk sehingga hilang segala apa yang diulangkajinya semalam. Tiada satu pun yang dapat diingatinya seolah-olah dia tidak mempelajari apa-apa tentang subjek itu.

Selera makannya juga mati. Jika dia isi perut pun pasti dia akan bertapa di dalam tandas dalam tempoh yang agak lama. Mengeluarkan kembali apa yang masuk ke dalam perutnya.

Keadaannya yang agak lemah dapat dikesan oleh Tiara. Jelas riak gusar yang terpancar pada wajah temannya itu. Tidak pernah dia melihat Ardell begitu. Gadis itu sudah menyuruhnya untuk pulang berehat sahaja di rumah, takut semakin melarat namun Ardell tetap dengan degilnya.

Biarlah ini kenangan yang boleh dilakukannya sebelum dia berhenti belajar nanti. Belum tentu dia dapat lalui lagi momen seperti ini. Tentang itu, dia masih tidak menceritakan pada sesiapa termasuk Tiara sendiri. Mungkin nanti sahaja atau dia akan terus berahsia.

Ardell sudah tidak sabar-sabar hendak mahu pulang. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Dia betah dalam keadaan begini lagi. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, dia terus bergerak ke tempat letak kereta. Pak Tam mungkin sudah menunggunya.

Belum beberapa langkah dia menapak, dia sudah memberhentikan langkahnya. Sebelah tangan naik mencekak pinggang sebelum sebelah tangan lagi memicit kepalanya.

" Dell, kenapa tak tunggu aku? Keadaan kau ni makin teruklah aku tengok. " berlari Tiara mendapatkan temannya di hadapan. Bahu gadis itu dipegang. Risau dia melihat keadaan Ardell sedari tadi.

" Aku okaylah, Ara. " balas Ardell dengan nada yang lemah.

" Okay apanya? Jangan degil boleh tak? Dah tahu sakit kenapa tak rest je dekat rumah tadi? Kesihatan kau yang penting dan sekarang ni tengoklah apa yang jadi? " bebel Tiara.

" Exam lagi penting. " ujar Ardell. Makin berdenyut kepalanya mendengar bebelan Tiara.

" Ye, aku tahu. Tapi dalam keadaan sekarang ni kau kena fikirkan kesihatan kau. Mana boleh kau buat tak endah je. Makin melarat susah pula nanti. Exam kita tak habis lagi. Kalau kau tak ambil pun, kau ada sebab tersendiri. Bukan sahaja-sahaja. Lecturer pun fahamlah. " ujar Tiara. Masih dengan bebelannya. Apalah yang degil sangat si Ardell ni? Tak faham betul!

" Aku tak nak menyusahkan diri aku nanti. Biar aku susah sekarang ni. "

" Kalau dah degil tu, memang degil lah. Duduk dulu. Risau aku kau ni. Buatnya pengsan siapa nak tolong? Tak kan aku? "

Tiara menolong Ardell untuk duduk di tempat duduk yang ada di luar dewan peperiksaan itu. Wajah gadis itu begitu pucat. Dia bukan mahu membebel atau marahkan Ardell, temannya itu degil sangat. Apa yang dikejarkan sangat? Exam tu bila-bila boleh ambil.

" Aku nak baliklah. " ujar Ardell sebelum bangkit dari duduknya. Dia perlu segera pulang ke penthouse sebelum apa-apa terjadi.

" Okay, aku hantar kau. Tak senang duduklah aku nak biar je kau balik dalam keadaan macam ni. " Tiara turut bangun.

" Pak Tam ada. Kau pergilah balik dulu. Kau nak jenguk mak kau dekat hospital kan? Pergi cepat. Kesian dia tunggu kau dari tadi. " ujar Ardell. Pandangannya sudah berbalam.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now