bab 59

5.4K 171 24
                                    

ARDELL langsung tidak angkat wajah apabila Hayden masuk ke dalam bilik tidur mereka. Sibuk dengan telefon di tangan.

Sejak petang tadi, dia memang tidak keluar-keluar dari bilik. Hayden ada mengajaknya untuk makan namun berkeras dia menolak. Dia tidak rasa mahu makan, lebih sanggup lagi berlapar.

Dia tahu Hayden baru selesai makan. Tidak tahu sama ada sendirian atau pun ditemani bekas isterinya itu. Dia sendiri tidak pasti sama ada perempuan itu dan anak-anaknya sudah keluar dari vila ini seperti yang di suruhnya siang tadi atau pun masih tidak tahu malu untuk tinggal di sini.

Ardell masih tidak lupa dengan reaksi yang ketakutan yang ditunjukkan dua orang anak Ainin tadi. Dia sepatutnya lebih bersabar, tidak patut marah di hadapan dua anak kecil itu. Lagipun, dia cuma marahkan Ainin, langsung tidak libatkan anak-anak kecil itu.

Namun, dia lagi marahkan Hayden tika ini. Dia baru sahaja mahu berbaik dengan lelaki itu, sengaja Hayden cari masalah.

Sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan duduk di birai katil, tepat di hujung kakinya, Ardell terus meletakkan telefonnya di atas meja lampu sebelum merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia mahu menarik selimut sebelum tangan Hayden menghalangnya.

Ardell merengus geram.

" Ardell tak nak makan ke? " soal Hayden.

" Buat apa awak tanya saya? Pergilah tanya ex wife awak tu. Kasihan sangatkan? Tak fikir dia tidur dekat mana? Anak-anak dia macam mana? Makan apa? " sindir Ardell sebelum kasar dia menarik selimut lalu menyelimuti tubuhnya. Terus tubuhnya dipalingkan membelakangkan Hayden.

Dapat dia dengar helaan nafas lelaki itu.

" Ainin dengan anak-anak dia okay. " jawapan Hayden itu benar-benar buatkan Ardell rasa mahu mengamuk.

" Jadi dia memang stay dekat sini? " soal Ardell. Dia gelak sinis. Dari dulu lagi Hayden akan memilih Ainin dari memilih dirinya. Apa yang kau expect, Ardell?

" Ardell tak nak dengar dulu ke penjelasan abang? "

" Tak perlu. Saya tak nak dengar apa-apa. Suara awak pun saya tak nak dengar langsung sekarang ni. "

" Abang nak explain juga. Abang tak nak Ardell fikir yang bukan-bukan pasal abang. Kita baru nak berbaik. " ujar Hayden. Sebelah kakinya diletakkan di atas katil. Separuh tubuhnya dibawa menghadap Ardell yang baring membelakanginya. Dia tahu, Ardell akan dengar juga.

" Okay, abang tahu apa yang abang buat tu salah. Abang tak lupa Ardell apa yang Ainin buat pada kita lagi-lagi pada Ardell. Tapi, abang dah maafkan dia. Bukan bermakna abang sengaja nak timbulkan masalah antara kita lagi. Abang kasihan dekat anak-anak dia. Ardell tak kasihan tengok diaorang? "

" Diaorang anak luar nikah. Termasuk kandungan Ainin sekarang. Ainin perempuan simpanan Dayyan. Dayyan pernah pukul Ainin, tampar Ainin. Jadikan Ainin pemuas nafsu dia. Yeah, abang tahu she's deserve lepas apa yang dia buat pada Ardell dulu. Atau bahasa kasar, padan mukakan? Abang tahu Ardell akan cakap macam tu. Tapi Ardell, kalau Ardell tak fikirkan Ainin, benci sangat dekat Ainin, fikirkan anak-anak dia boleh? Dia stay sekejap je dekat sini. I swear, dia tak akan ganggu hubungan kita. Ardell boleh anggap yang dia tak pernah wujud dalam vila ni. "

" So, awak percaya bulat-bulat cerita dia? " soal Ardell. Perlahan-lahan dia bangkit dari baringan dan bersandar pada kepala katil.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now