bab 63

5.7K 160 17
                                    

" HAYDEN. "

Datin Catrina menegur anak lelakinya yang sedang termenung jauh itu. Seharian dia lihat Hayden begitu sejak tiba di rumahnya. Dia tahu apa yang bermain di dalam fikiran lelaki itu. Lebih-lebih lagi kemunculan Hayden yang berseorangan tanpa Ardell kelmarin.

Dia dan Dato Eshan baru sahaja pulang dari bercuti. Terkejut apabila malam itu kereta Audi merah TY milik Hayden tersadai di porch. Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka dihidangi dengan tubuh Hayden yang tertidur di atas sofa. Tiada pula kelibat menantunya apabila dicari.

" Ya, mama. Ada apa? " Hayden mengerling seketika pada Datin Catrina. Dia berganjak sedikit memberi ruang buat wanita itu melabuhkan duduk.

" Daripada termenung macam ni, apa kata Hayden pergi balik? " saran Datin Catrina.

" Mama tak suka ke Hayden balik sini? Gaya macam menghalau je. " ujar Hayden.

" Tak adalah macam tu. Mama suka je Hayden balik sini. Tapi, kenapa balik sorang? "

Keluhan terlepas juga dari dua ulas bibir merahnya mendengarkan bicara terakhir wanita itu. Dia tahu Datin Catrina sedang cuba mengorek masalahnya dengan Ardell. Salah dia juga, tidak fikir panjang, terus memandu ke sini. Memang malam itu fikirannya mahu balik ke rumah Dato Eshan dan Datin Catrina.

" Tak kesian tinggal Ardell sorang-sorang dekat vila tu? " Datin Catrina menyoal lagi, cuba menarik perhatian anak tunggalnya.

" Mak Tam ada. " jawab Hayden perlahan.

" Tapi Ardell perlukan Hayden bukan Mak Tam. " ujar Datin Catrina.

" Tapi Hayden tak perlukan Ardell sekarang ni. "

" Betul Hayden tak perlukan Ardell? "

Hayden menghela nafas. Datin Catrina pun tahu dia menipu.

" Mama tahu kan macam mana Hayden sayangkan Ardell. " jawab Hayden. Jemarinya dimain sesama sendiri dengan kepala menunduk sedari tadi.

" Hayden cuma nak space sekejap untuk tenangkan diri. " sambung Hayden lagi.

" Hayden cakap dengan mama yang Hayden tak nak give up. Sekarang dah mengalah ni macam mana? "

Hayden angkat wajah membalas renungan lembut Datin Catrina terhadapnya sebelum dia melemparkan pandangan jauh ke hadapan. Mengingati kembali kata-katanya terhadap Ardell yang langsung tidak terniat pun di hati.

" You know what? I'm give up. Ikut suka Ardell lah nak buat apa pun lepas ni. Abang dah tak nak ambil kisah lagi. It's up to you. Patutnya dari dulu lagi abang ceraikan Ardell macam yang Ardell minta. "

Sungguh dia tidak terniat pun mahu berkata begitu. Dek rasa kecewanya dengan tindakan Ardell, apa yang keluar dari mulutnya langsung tidak bertapis. Apatah lagi, ayat terakhir itu benar-benar meremukkan sekeping hatinya sendiri. Entah apa yang mendorongnya berkata begitu.

Bagaimanalah keadaan isterinya itu sekarang. Dia tahu Mak Tam ada untuk temankan Ardell. Lagipun dia sendiri yang meminta wanita itu untuk menemani Ardell sementara dia masih di sini.

Namun, tidak puas rasanya bila dia tidak lihat dengan mata kepala sendiri apatah lagi dia tahan dirinya daripada membalas segala pesanan dan panggilan telefon Ardell. Dia tahu Ardell turut terluka, sama sepertinya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now