bab 42

5.7K 174 32
                                    

MATA yang hampir sahaja mahu terkatup tadi terus dicelik sebaik sahaja mendengar pintu biliknya diketuk. Ardell tersenyum sebelum menyelak comforter yang membaluti tubuhnya. Tali halus lingerie yang terlurut hingga ke lengannya ditarik kembali ke bahu.

Ardell terus turun dari katil. Tersenyum dia melangkah ke pintu biliknya. Kuak sahaja pintu, wajah kacak Hayden menyapa pandangan matanya. Ardell melurutkan matanya ke tubuh Hayden yang hanya mengenakan singlet putih dan seluar pendek separas paha. Uish, hot!

" Nak apa? " soal Ardell dengan senyuman.

" Nak isteri Hayden Nashreen. " jawab Hayden. Bibirnya turut mengukirkan senyuman. Mata sesekali menjeling pada lingerie yang dipakai isterinya. Tak pernah tak buat dia tergoda.

" Nak buat apa dengan isteri Hayden Nashreen? " soal Ardell. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan lelaki itu.

" Nanti sayang tahulah. " senyumannya terus berubah nakal seraya menarik lengan Ardell merapatinya hingga gadis itu melekat pada tubuhnya.

" Jom? " Hayden berbisik di telinga Ardell. Bibir berlabuh pada bahu terdedah isterinya.

" Pergi mana? " soal Ardell.

" Tidur dengan abang. " ujar Hayden. Kali ini bibirnya singgah pula pada ceruk leher Ardell.

" Tak apa ke? " soal Ardell. Dia hanya membiarkan bibir basah itu bermain di sekitar dan lehernya. Jangan minta lebih-lebih sudah.

" Tak apa..... " meleret Hayden membalas. Bibirnya masih meneroka membuat kerja.

" Kalau Ainin balik nanti macam mana? " soal Ardell. Sedari tadi, hanya soalan sahaja yang terluah dari dua ulas bibirnya.

Hayden mengangkat wajahnya dari ceruk leher Ardell. Wajah berkerut isterinya itu direnung dalam. Masih, gadis itu mahu memikirkan orang lain.

" Ainin tak balik sayang. Dia stay rumah family dia. Mummy dia beritahu abang tadi. So, bolehlah kita..... " Hayden sengaja tidak mahu menghabiskan ayatnya, dibiarkan tergantung. Tangannya bermain dengan tali halus lingerie yang dipakai Ardell. Mata melirik nakal pada Ardell, menghantar isyarat yang pastinya gadis itu dapat memahami.

" Bolehlah apa? " soal Ardell. Dia menjegilkan biji matanya. Macam tahu-tahu sahaja apa yang bermain di dalam fikiran lelaki itu.

" Kiss, touch, make a love. " balas Hayden. Dia menjongketkan keningnya pada Ardell sebelum menarik isterinya untuk mengikuti langkahnya.

" Abang langsung tak rasa bersalah dekat Ainin? " soal Ardell. Di biarkan sahaja apa yang di katakan Hayden seketika tadi.

Dia pelik juga dengan Hayden. Lelaki itu hanya beriak selamba, seolah apa yang berlaku siang tadi langsung tidak memberi kesan apa-apa pada Hayden. Soal Ainin, Hayden langsung tidak bangkitkan. Lelaki itu tidak pula mahu mencari Ainin selepas gadis itu pergi. Sampai sahaja di penthouse, Hayden hanya berkepit dengannya sehinggalah sekarang ini.

" Buat apa abang nak rasa bersalah? Dia yang patut rasa bersalah. Bukan sikit apa yang dia buat pada abang. " balas Hayden. Wajahnya terus berubah apabila perihal Ainin menjadi topik perbualan mereka berdua.

" Abang, kalau sebab Ardell abang dengan Ainin..... " terhenti percakapan Ardell apabila mendadak Hayden menghentikan langkahnya. Tubuh itu terus berpaling menghadapnya. Ardell sudah tidak terkata-kata melihat pandangan yang di lemparkan Hayden padanya. Dia ada salah cakap ke tadi?

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now