bab 21

5.5K 141 6
                                    

MALAM hujung minggu sudah tiba. Hayden dan Ardell akan pulang ke rumah Dato Eshan dan Datin Catrina seperti yang diberitahu Hayden. Dia sendiri masih tidak tahu perkara apa yang mahu dibincangkan Hayden bersama keluarga mereka nanti.

Adakah soal rumahtangga mereka? Hayden sudah tidak sanggup lagi mahu meneruskan perkahwinan mereka? Cepat-cepat Ardell menepis andaian itu. Dia masih belum bersedia untuk itu. Sebulan masih belum cukup untuk dia mendapatkan kembali lelaki itu.

Atau soal anak yang menjadi isu? Usia perkahwinan mereka baru mencecah sebulan. Bukankah terlalu awal untuk itu? Lagipun sekarang ini dia sedang mengambil pil perancang. Boleh sahaja dia tidak mengambilnya lagi memandangkan dia akan berhenti belajar tapi apa pula kata Hayden nanti?

Hayden sendiri masih tidak mahu ada anak ketika ini. Jika diberitahu kepada papa dan mama, mungkin kedua orang tua mereka akan memahami. Dia dan Hayden masih terlalu muda untuk bergelar ibu bapa.

Cukup-cukuplah selama ini dia mengecewakan lelaki itu, dia tidak mahu menambah lagi. Sikap Hayden yang kadang-kadang berubah tidak dapat dijangkanya.

Fikir punya fikir sehingga Ardell masih tidak boleh mengagak perkara apa yang mahu dibincangkan Hayden. Dia perlu bersedia dengan segala kemungkinan dan berharap ianya baik-baik sahaja.

Satu sahaja dia berharap, perkahwinannya dengan Hayden tiada penghujungnya.

Bergegas Ardell keluar dari penthouse apabila melihatkan Hayden sudah berada di dalam perut kereta hinggakan dia terpaksa mengangkat tinggi gaun yang dipakainya. Punya tidak mahu Hayden marah. Lambat sangat ke dia bersiap?

Pintu kereta penumpang hadapan dibuka sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam. Hayden terus memandu selepas itu. Sempat dia mengerling riak wajah suaminya yang kosong. Marah ke?

Sangka Ardell, selepas insiden dia hampir dirogol Dayyan tempoh hari, hubungan mereka akan baik. Tetapi masih sama. Hayden masih dingin dengannya. Layanan lelaki itu terhadapnya tetap kasar. Langsung tiada apa yang berubah.

Jika perkara sebesar itu pun tidak dapat memulihkan hubungan mereka, tiada apa yang perlu diharapkannya lagi. Buatlah apa cara sekalipun, Hayden tetap tidak akan memandang dirinya kecuali jika dia diperlukan ketika lelaki itu mahukan dirinya, hanya di atas katil.

Itu sahaja makna isteri bagi Hayden. Ardell sudah tidak dapat menghalangnya lagi kerana itu salah satu tanggungjawabnya, memuaskan kehendak suaminya.

Suasana di dalam kereta hanya ditemani dengan suara dj radio. Hayden mahu pun Ardell langsung tidak bersuara. Ardell mengerling Hayden, berharap lelaki itu bersuara untuk berbual dengannya namun melihatkan tumpuan lelaki itu begitu fokus pada pemanduan tanpa sikit pun menoleh padanya, tahulah Ardell bahawa dia yang perlu bersuara untuk memecahkan keheningan mereka.

Tidak mahu pujikah lelaki itu tentang pemakaiannya hari ini? Dia ada buat silap ke sehingga Hayden menutup mulut sedari tadi? Atau lelaki itu tidak suka mereka satu kereta?

" Abang okay ke? " soal Ardell. Dia memandang Hayden dari sisi. Lelaki itu begitu segak dengan kemeja yang disingsing hingga ke lengan. Tidak sanggup dia mahu mengalihkan pandangannya ke arah lain.

" Okay. " jawab Hayden tanpa memandang Ardell di sebelahnya. Suara itu pun tidak mesra.

Ardell menggigit bawah bibirnya. Betul ke lelaki itu okay? Dia pula rasa serba-salah melihatkan keadaan Hayden sebegitu.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now