bab 27

5.5K 145 7
                                    

HAYDEN menghantar pemergian rakan-rakannya dengan senyuman. Dia cuma tertawa apabila diusik tentang malam pertama apabila mereka berbual tadi. Perkara itu sememangnya tidak akan lupa untuk diperkatakan lebih-lebih lagi dari kalangan lelaki.

Dia melilaukan pandangannya di dalam dewan itu. Tetamu yang hadir sedari tadi sudah meninggalkan majlis resepsinya dengan Ainin. Cuma tinggal saudara-mara yang masih sahaja lagi menjamu selera.

Hayden mulai mencari kelibat isterinya. Sibuk melayan rakan-rakannya sehingga dia lupa tentang Ainin yang baru beberapa jam menjadi isterinya. Kesian isterinya yang satu itu.

Cepat sahaja matanya menangkap kelibat Ainin yang sedang berpamitan dengan tetamu yang tidak dikenalinya. Mungkin kenalan isterinya memandangkan bukan main mesra lagi mereka berdua.

Melihatkan tetamu itu sudah berlalu pergi, langkahnya terus dibawa menghampiri Ainin. Sungguh cantik wanita itu pada pandangan matanya. Mahu sahaja dia tarik Ainin masuk terus ke dalam bilik. Tidak sabar!

Dia tidak perlu risau lagi kerana Ainin sudah menjadi miliknya. Saat ini dia tidak mahu fikirkan lagi hubungannya dengan Ardell. Fikirannya kini sudah dipenuhi dengan Ainin. Dia tahu wanita itu pasti tidak akan berani membuka mulut. Dia akan pastikan Ainin tidak tahu status Ardell yang sebenar terhadapnya. Rahsia itu dia akan simpan kemas.

Lebih-lebih lagi dia sudah bercadang untuk bawa Ainin tinggal bersamanya di penthouse selepas pulang dari honeymoon selama seminggu nanti dan membiarkan Ardell tinggal di rumah Dato Eshan dan Datin Catrina. Jadi tiada apa yang hendak dirisaukannya. Semuanya dijamin selamat.

Pedulikan amarah Dato Eshan mahu pun Datin Catrina. Hidupnya, dia berhak untuk menentukan bagaimana. Dia juga boleh sahaja menceraikan Ardell tetapi dia masih mahu menyimpan gadis itu. Sekadar untuk menyakiti hati Ardell mungkin?

Berdiri sahaja di sebelah Ainin, tanpa segan silu dia melabuhkan ciuman pada pipi Ainin sehingga terkejut isterinya itu dibuatnya.

" Hayden! You ni kan? " marah Ainin lalu menampar perlahan bahu lelaki itu. Dia cuma memandang Hayden yang sedang tertawa itu. Apa yang kelakar entah.

" Jom masuk bilik. " bisik Hayden dengan senyuman nakal.

" Jangan gatal sangat boleh tak? " Ainin memberi jelingan buat suaminya itu.

" Apa? Jomlah masuk bilik. " ujar Hayden lalu meraih lengan isterinya itu.

" Hisy, kawan I tak balik lagilah. You nak masuk bilik, masuk sorang. " balas Ainin lalu meleraikan lengannya dari terus dipegang Hayden. Bukan boleh dikira sangat lelaki itu.

" Siapa? " soal Hayden. Matanya melilau mencari kelibat rakan-rakan Ainin.

" Siapa lagi kawan I? Tu, Dina and Leyla. " Ainin memuncungkan bibirnya kearah dua temannya yang masih menjamu selera sedari tadi. Nak tidur sini gamaknya.

" Tak reti nak balik ke apa kawan-kawan you tu? I pergi cakap dengan diaorang. " belum sempat Ainin menghalang, Hayden sudah melangkah menghampiri Dina dan Leyla yang sedang bergelak ketawa itu.

" Hayden! You jangan macam-macam eh. " cepat-cepat Ainin mengikuti langkah suaminya. Terpaksalah dia mengangkat tinggi gaun yang dipakainya bagi memudahkan langkahnya mengejar Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now