bab 66

6.4K 174 18
                                    

" ABANG, bangun. Dah pagi ni. Kata nak lelap kejap je. "

Ardell mengoncang lembut bahu Hayden, mahu mengejutkan lelaki itu yang masih pulas tidur.

" Hurm. " Hayden bergumam.

Sangkanya Hayden akan terus terjaga malah pelukan lelaki itu semakin erat pada tubuhnya. Hampir-hampir dia lemas jika tangannya tidak melekap pada dada bidang Hayden.

" Abang..... Ardell nak balik bilik ni. " tangannya menolak-nolak dada Hayden apabila tiada reaksi daripada lelaki itu.

" Tak payah balik tak boleh ke, baby? Abang tak puas lagi lepas rindu. " Hayden membenamkan wajahnya pada rambut Ardell. Dikucup malas dengan mata masih terpejam rapat.

" Nope. Kena balik juga. Nanti diaorang curious lah. Abang tak apalah. " jawab Ardell. Dia masih cuba melepaskan diri daripada pelukan Hayden.

" 5 minit lagi please. "

" Tak ada 5 minit, 5 minit. Abang, cepat. "

Kedengaran helaan nafas lelaki itu. Merasakan pelukan Hayden semakin longgar, cepat-cepat Ardell lepaskan diri daripada lelaki itu. Baju tidur yang sedikit terselak di betulkan kedudukannya.

" Tak kan nak pergi macam tu je? " soal Hayden seraya turut bangkit dari pembaringan. Nadanya kedengaran tidak berpuas hati. Dilihat Ardell sudah kalut-kalut turun dari katil.

" Habis tu? " dahi Ardell berkerut, tidak mengerti dengan kata-kata Hayden. Dia sudahlah mahu cepat ni. Nanti apa pula kata Fika dan Fira jika dia masih belum muncul.

Hayden merangkak di atas katil sebelum turun menghampiri Ardell.

" Nak morning kiss. " lelaki itu minta seolah sedang minta ikan di pasar!

" No, no. Ardell tak gosok gigi lagi. " mulutnya ditutup dengan belakang tangan.

" Abang bukan kisah Ardell busuk ke tak. "

" Nope. Nak kiss suami Ardell, Ardell kena wangi-wangi. "

" Kalau macam tu abang kiss Ardell. " Hayden semakin menghampiri Ardell.

" Tak nak. Nanti jauh perginya. Ardell bukan tak kenal abang. " ujar Ardell. Begitu payah dia mengelak dari disentuh Hayden.

" Lepas tu bila pula boleh jumpa ni? " soal Hayden. Dia sudah pun mengalah. Duduk dilabuhkan di birai katil.

" Abang ni cakap macam kita tak jumpa pula kan. " ujar Ardell.

" Kalau tahu macam ni, baik pergi honeymoon je. Ikut sangat plan Ardell. " cebir Hayden.

" Tak payah nak buat mulut macam tu. Abang kan yang nak rahsia-rahsia sangat. Bukan salah Ardell. " langkah dibawa ke muka pintu bilik hotel.

" Jangan lupa turun breakfast ya, sayang Ardell. " Ardell kenyit mata buat Hayden sebelum hilang di sebalik pintu. Dia lepaskan tawa kecil apabila dengar Hayden membebel. Tidak puas hatilah tu sebab tak dapat morning kiss.

Ardell segera turun ke bilik hotelnya. Pukul 8:30 nanti mereka sekeluarga akan bersarapan bersama-sama. Pak ngah Raf beritahu di dalam group waktu subuh tadi. Itu yang dia mahu cepat memandangkan kan sekarang sudah menunjukkan pukul 8 pagi!

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now