bab 5

6.8K 176 0
                                    

PINTU bilik yang diketuk membuatkan tangan Ardell yang ligat menari pada papan kekunci laptop terhenti. Tak kan Datin Catrina datang mengetuk pintu biliknya lagi? Dia sudah memberitahu wanita itu yang dia tidak mahu turun makan.

Sejak pulang dari kolej tadi, dia terus berkurung di dalam bilik. Tidak keluar walaupun hanya untuk makan malam. Dia tidak mahu berempat mata dengan Hayden. Soal ke kolej esok, boleh sahaja dia meminta Pak Tam untuk hantarkan. Perutnya pula dibiarkan kosong tanpa diisi. Bukan dia tidak biasa.

Abang tirinya itu pun tidak ada datang mencarinya sehingga sekarang. Mungkin mahu melancarkan perang dengannya. Lagipun itu sememangnya yang terbaik. Dia tidak perlu lagi menyesakkan jiwanya dan mudah untuk dia melupakan rasa yang bertamu di hatinya selama ini.

Sekali lagi pintu diketuk membuatkan Ardell mendengus. Mama ni sengaja ke?

" Mama, kan Ardell dah cakap yang Ardell kenyang. " ujar Ardell sebelum kembali menatap laptop yang diletakkan di atas riba. Mahu menyiapkan kerja yang tergendala.

Walaupun perutnya sekarang ini sudah berdendang kuat, dia sanggup mengikat perut semata-mata tidak mahu bertemu dengan Hayden. Lagipun dia tidak perlu risau memandangkan dia sentiasa menyimpan biskut di dalam laci meja belajarnya.

Tetapi tetap tidak rasa kenyang. Sudahlah dia tidak boleh jika tidak makan nasi. Salah siapa sekarang ni?

Lagi sekali pintu bilik tidurnya diketuk. Kali ini tidak henti-henti dan semakin lama semakin kuat. Laptop terus diletakkan ke sisi sebelum Ardell turun dari katil. Pintu terus dibuka dengan riak wajah tidak berpuas hati.

Tercengang dia apabila Hayden yang berdiri di hadapan pintu bilik tidurnya. Dia tidak terfikir pula lelaki itu yang mengetuk pintu bilik tidurnya sedari tadi. Wajah itu begitu dingin membuatkan Ardell gerun.

Cepat-cepat dia menutup pintu biliknya namun tangan lelaki itu menghadang dari tertutup sebelum Hayden masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu ditutup malah turut dikunci.

" Apa abang ni? Keluar. " Ardell cuba untuk memulas tombol pintu namun lengannya dipegang Hayden. Seraya itu dia merentap lengannya dari lelaki itu dan terus menjarakkan kedudukan mereka.

" Kenapa makin melampau perangai Ardell ni? " soal Hayden dengan riak wajah bengang. Nadanya tidak lembut seperti biasa. Kesabarannya sudah semakin tipis melihatkan sikap adik tirinya itu.

Ardell tidak menjawab pertanyaan Hayden. Tangan naik memeluk tubuh sebelum membuang pandang kearah lain. Dia tidak berani mahu menatap wajah dingin Hayden.

" I'm asking you. " suaranya ditekan-tekan menandakan yang dia begitu serius.

" Tak payah sibuk boleh tak? " balas Ardell yang sudah memandang wajah abang tirinya itu. Dia perlu juga berkeras dengan lelaki itu.

" Tak payah sibuk? I'm your brother! "

" Then, just be my brother. Tak semestinya abang, abang Ardell, abang kena ambil tahu semua pasal Ardell. I can handle it by myself. I'm not a kid anymore. So, please. "

" Habis tu Ardell nak abang betul-betul buat tak tahu pasal Ardell? Bukan ke itu lebih buatkan Ardell tak suka? Lagi menjauhkan diri dari abang? Am I right? " sinis balasan daripada Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now