bab 44

5.6K 171 35
                                    

BARU sahaja Ardell mahu menarik pintu untuk keluar, pintu sudah ditolak dari luar. Dia berganjak sedikit memberi laluan pada pasangan yang baru sahaja masuk ke dalam klinik swasta itu. Dia tersenyum melihat pasangan suami isteri itu.

Si suami begitu erat sekali memeluk si isteri, membantu isterinya yang sedang sarat mengandung. Kedua-duanya begitu bahagia sekali pada pandangan Ardell. Melihatkan itu, rasa tidak sabarnya makin menebal. Dia juga mahu turut rasa seperti pasangan itu. Lama pula mahu menunggu sembilan bulan memandangkan kandungannya baru sahaja mencecah 6 minggu.

Cepat-cepatlah anak mama membesar. Mama tak sabar dah ni.

Cemburu pula rasa bila hanya dia sahaja yang datang berseorangan, ibu-ibu mengandung yang lain ditemani suami masing-masing. Dia akan pastikan selepas ini, setiap dua minggu Hayden akan datang menemaninya. Kena paksa pun paksa lah.

Gambar ultrasound yang masih berada dalam pegangannya dipegang erat. Pintu yang sudah tertutup, kembali dicapai sebelum Ardell keluar dari klinik itu. Dia melabuhkan duduknya di atas kerusi yang disediakan di luar klinik itu.

Pak Tam ada menelefonnya memberitahu yang lelaki itu berusia itu akan lewat sedikit sampai memandangkan keadaan jalanraya yang begitu sesak sekali.

Gambar ultrasound kembali direnung dengan senyuman. Diusap lembut seolah dia mengusap betul-betul anaknya dan Hayden. Sudah tidak di pedulikan lagi di mana dia berada. Saat ini dia terasa dia berada di dunianya sendirI.

Hayden akan pulang petang nanti dan Ardell sudah tidak sabar-sabar mahu menunjukkan gambar tersebut pada lelaki itu. Perasaan teruja melebihi segalanya hingga dia langsung tidak memikirkan perihal Ainin yang masih bergelar isteri Hayden. Gadis itu pasti tidak akan berdiam diri selepas apa yang jadi.

Ardell tahu, Hayden akan ada untuk jaga dan lindunginya bersama kandungannya ini. Jadi, dia tidak perlu risaukan apa-apa. Keselamatannya dan anak mereka akan terjamin di bawah penjagaan Hayden.

" Ardell. "

Ardell terus bangkit dari duduknya apabila namanya dipanggil. Sangkanya Pak Tam namun sebaik sahaja kepalanya berpaling, Ardell kaku di situ. Hampir sahaja gambar ultrasound terlepas dari genggamannya namun cepat dia kembali memegang erat.

Berbulan-bulan mereka tidak bertemu, hari ini berempat mata juga. Masih segar di ingatannya tentang apa yang mahu dilakukan si gerangan di hadapannya ini terhadap dirinya dahulu.

Ardell mahu segera berlalu. Jika dia terus-terusan berbaik dengan lelaki itu, entah apa lagi yang akan dilakukan Dayyan padanya. Belum sempat dia mahu melangkah, laluannya dihalang oleh tubuh tegap lelaki itu.

" Sekejaplah, Ardell. Tak kan awak dah lupa saya kut? " ujar Dayyan.

" Awak nak apa? " soal Ardell. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang, menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Dalam hati sudah berdoa agar Pak Tam dapat datang secepat mungkin. Dia juga mengharapkan kemunculan Hayden di sini untuk melindunginya.

" Saya nampak awak, jadi saya tegurlah awak. Tak salahkan? Lagipun dah lama kita tak jumpa. Betul tak? " balas Dayyan. Dia mengukirkan senyuman buat Ardell. Tika mata mereka bertentangan seketika, laju sahaja gadis itu melarikan anak matanya.

" Saya ada hal. Saya minta diri dulu. "

" Dah sombong bila jadi isteri orang ni kan? Kenapa? Hayden tak beri awak bercakap dengan saya? "

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now