bab 9

5.8K 125 0
                                    

" THANK you prof! "

Bergema suara-suara di dalam dewan kuliah itu. Sebaik sahaja Profesor Idayu keluar, para pelajar mulai mengemas barangan mereka. Ada yang terus pulang memandangkan tiada lagi kelas selepas itu dan ada yang bergerak ke kafe mahu pun perpustakaan.

Tiara dan Ardell sudah bercadang untuk ke kafe sebelum pulang ke rumah.

" Mood kau okay pula hari ni Dell? " soal Tiara sebaik sahaja mereka berdua berjalan beriringan keluar dari dewan kuliah.

Namun bagi Ardell, dia tahu, teman sejak sekolah menengahnya itu sedang memerlinya. Ya lah, semalam bukan main lagi dia melayan mood swingnya dan hari ini dia bersungguh mencari Tiara.

Mungkin Tiara menganggap dia sedang datang bulan tapi hakikatnya.....

" Mood aku teruk sangat ke semalam? " sengih Ardell.

" Teruklah juga. Macam mati laki pun ada aku tengok. Tapi, kalau kau tengah period, mood kau tak adalah teruk macam tu. Ada apa-apa yang berlaku ke? " ujar Tiara. Dikerling sekilas Ardell yang berjalan di sebelahnya.

Ardell cuba mempamerkan riak biasa. Mustahil untuk dia menceritakan apa yang terjadi sejak kebelakangan ini kepada Tiara. Dia tahu pasti gadis itu akan kecewa dengan dirinya. Dia bukan lagi gadis suci seperti anak-anak dara yang lain.

Biarlah rahsia ini cuma diketahui olehnya dan Hayden sahaja. Lelaki itu pun tidak mahu sesiapa tahu apa yang telah berlaku antara mereka. Lagipun jika dia memberitahu Tiara, itu bermakna dia sudah membuka aibnya sendiri. Dan itu akan membuatkan dia kehilangan satu-satunya teman rapat yang dia ada.

Dia masih ingat lagi amaran yang dititipkan Tiara buatnya. Selemah mana pun kita, jangan sesekali biarkan maruah tergadai walaupun untuk lelaki yang dicintai. Namun, waktu itu Ardell langsung tidak fikirkannya malah yang dia mahu adalah untuk bersama dengan Hayden.

Ardell sedar apa yang dilakukannya itu salah sama sekali tapi kalau itu yang mampu buatkan dia menjadi milik lelaki itu, apa salahnya? Hayden sendiri pun akan fikirkan soal hubungan mereka. Selepas apa yang terjadi antara mereka, peluang untuk mereka bersama lebih terbuka. Ardell yakin itu.

Dia tidak akan cerita sama sekali biar pun Tiara itu teman rapatnya. Dia kenal Tiara bagaimana dan dia tahu Tiara pasti tidak akan syak apa-apa selagi dia dan Hayden tekad untuk merahsiakannya.

" Aku period lah. Tak tahulah kenapa mood swing sangat semalam. " balas Ardell masih dengan sengihan. Dia mulai risau apabila sepatutnya hari ini dia period tetapi masih belum datang. Tak mungkin dia mengandungkan?

" Ke sebab Hayden kau jadi macam tu? " teka Tiara.

" Kenapa pula? " soal Ardell.

" Ya lah, kau tak tahu ke sekarang ni tengah kecoh Ainin dengan Hayden tu together? " balas Tiara.

Bukan Affan sahaja yang memberitahu, malah Tiara turut memberitahu perkara yang sama. Ainin dan Hayden bersama? Namun apabila ditanya kepada Hayden, Ainin bukanlah sesiapa pada lelaki itu. Pada siapa dia perlu percaya?

" Betul ke? " soal Ardell mahukan kepastian. Jika benar, siapa dia pada lelaki itu? Selepas Hayden dapat tubuhnya, dia dibuang begitu sahaja?

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now