bab 62

5.8K 171 9
                                    

***

SEBUAH Vellfire Silver mulai memasuki perkarangan vila seluas padang bola sepak itu sebelum melalui roundabout dan berhenti di sebelah Audi merah TT yang diparkir di situ.

Ardell dan Hayden sudah menunggu di hadapan pintu mahu menyambut kedatangan pemilik Vellfire itu. Pintu belah pemandu terbuka terlebih dahulu sebelum seorang lelaki dalam lingkungan 30-an keluar. Dia terus bergerak ke tempat duduk belakang untuk membukakan pintu buat majikannya.

Ardell mengeratkan lagi genggamannya pada tangan Hayden apabila tubuh di dalam kereta itu semakin lama semakin kelihatan apabila pintu kereta ditolak secara automatik ke tepi. Tidak terlalu lama sebelum figura itu keluar sehingga sepasang kaki sepenuhnya berpijak pada tanah.

Auranya tiada siapa boleh tandingi.

Zap!

Mata mereka berdua bertentangan. Lelaki itu seakan-akan sedang menghantar isyarat buatnya dengan senyuman sinis tersungging di bibir itu. Ardell terus mengalihkan pandangannya pada Hayden. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman buatnya. Riak wajah Hayden begitu gembira sekali, mungkin dapat bertemu dengan ayahnya.

Sungguh dia rasa tidak tenang sekarang ini. Kehadiran Dato Hefry benar-benar buat dia mahu lari sekarang dan berkurung sahaja di dalam bilik. Biar Hayden sahaja yang melayan lelaki itu seperti yang dipersetujui Hayden seorang diri apabila Dato Hefry mahu datang ke sini.

Dia sememangnya tidak boleh lihat lelaki itu. Benci dengan keadaan lelaki itu yang masih boleh hidup dengan tenang namun tersimpan banyak rahsia yang kotor.

Ardell tahu lelaki itu tidak lepas dari merenungnya sedari tadi, entah apa yang ada di dalam kepala otak lelaki itu mengenainya. Dan untuk dia akuinya, sungguh menjijikkan.

" Ardell okay tak ni? " soal Hayden apabila perasan keadaan isterinya. Dia merungkaikan jemari mereka sebelum memaut bahu Ardell, menarik gadis itu rapat padanya.

Ardell sekadar menganggukkan kepalanya. Tak kan dia mahu kata yang dia tidak okay pula dan suruh Hayden halau Dato Hefry sekarang? Nak tak nak, dia kena buat okay juga walau bagaimana keadaan sekalipun.

" Daddy. " berdiri sahaja Dato Hefry di hadapan mereka berdua, Hayden terus menunduk untuk menyalam lelaki berusia itu.

Dato Hefry senyum buat anak lelakinya sebelum mengerling sekilas memandang menantunya.

" Sayang, salam daddy. " Hayden menegur apabila Ardell buat tidak entah sahaja dengan kehadiran Dato Hefry.

Ardell menghela nafas. Dia langsung tidak mahu menyalam lelaki itu hatta menyentuh seinci pun kulit Dato Hefry. Tidak mahu kotoran yang ada pada lelaki itu berpindah pula ke dirinya. Dan Hayden, terus-menerus memberi isyarat untuk dia bersama dengan Dato Hefry.

Ardell akhirnya tunduk, sekadar akur dengan arahan Hayden. Cuma seketika sebelum dia cepat-cepat angkat wajah. Tangan mahu segera ditarik namun kemas pula Dato Hefry mengenggam. Bulat matanya memandang lelaki itu. Keadaan itu langsung tidak disedari Hayden.

" Lama betul daddy tak jumpa menantu daddy ni. Bukan susah pun kan nak datang rumah daddy tu. Kamu berdua je yang nak atau tak nak datang. " hampir-hampir Ardell mahu menjerit apabila kali ini Dato Hefry mengusap atas tapak tangannya. Terus dia tarik kuat tangannya sebelum mendekatkan lagi dirinya dengan Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now