bab 43

5.6K 184 20
                                    

Sebelum baca atau dh hbis baca tu kn, janganlah lupa vote ye😘 ruang comment pun ade disediakan di bwah🤧 comment emoji pun tk pe huhu

Terima kasih! Sayang korang❤️❤️❤️

***

PAGI-PAGI lagi Ainin sudah mengagau mencari kad pemberian Dayyan di dalam tas tangannya. Dia mengeluh lega sebaik sahaja kad tersebut sudah berada dalam pegangannya. Nasib baik dia tidak ikut kata hatinya untuk membuang kad itu. Alih-alih hari ini, dia sangat-sangat perlukan.

Segera telefon yang berada di sisinya dicapai. Nombor yang tertera di kad itu di dail pantas. Tidak menunggu lama, Ainin terus menekapkan telefonnya ke telinga. Dia tidak mahu fikir apa reaksi Dayyan bila dapat tahu dia yang menelefon lelaki itu. Dia tahu, Dayyan pasti gelakkannya selepas apa yang dibuatnya pada lelaki itu sebelum ini tetapi dia sudah tidak peduli lagi.

Dia benar-benar terdesak sekarang!

" Yes, who's this? " suara Dayyan di hujung talian bersuara terlebih dahulu sebaik sahaja panggilan bersambung.

" Ainin. " ujar Ainin. Dia mengetap bibir apabila mendengar gelak sinis daripada lelaki itu. Dia sudah menjangkakan dari awal lagi, memang inilah reaksi Dayyan.

" Seriously? Aku macam tak percaya pula kau call aku, Ainin. Ingatkan dah lupakan aku. Rindu aku ke ni? " ujar Dayyan. Masih tersisa tawa sinisnya. Ainin yang mendengar semakin berasap jadinya.

" Shut up, Dayyan. I call you ni sebab I nak tahu rahsia terbesar Hayden. Kita jumpa. I tak kisah dekat mana. " ujar Ainin. Tidak kuasa mahu melayan lawak bodoh Dayyan tika ini.

" Kenapa tiba-tiba ni, sayang? Bukan kau kata yang kau dah tak nak tengok muka aku lagi? Kau nak jilat ludah kau balik? " soal Dayyan. Sinis sekali bunyinya di pendengaran Ainin.

" Just..... forget about it. We'll talk about it later. I betul-betul nak tahu sekarang ni. Please, Dayyan. You je harapan I sekarang ni. " ujar Ainin. Biarlah dia merayu sekalipun, dia mahu tahu apa yang Hayden rahsiakan selama ini daripadanya. Sudah pasti ada kaitan dengan Ardell.

" Aku suka kau macam ni, Ainin. Kau tahu tak kau nampak cantik? " ujar Dayyan. Bibirnya yang kering dijilat kejap. Dalam kepalanya saat ini berlegar-legar apa yang dia mahu lakukan. Bukan senang-senang dia akan beritahu pada Ainin macam tu sahaja. Pasti ada ganjarannya, bukan?

" Okay. At my place. Aku send location dekat kau. "

" Great. Send sekarang. I nak tahu hari ni juga. "

Ainin terus mematikan talian selepas itu. Dia menunggu seketika sehinggalah Dayyan menghantar lokasi untuk pertemuan mereka. Terbeliak kedua biji matanya saat membaca lokasi yang diberikan Dayyan.

" Hotel? " Ainin fikir sejenak. Namun, bila difikirkan balik, hanya Dayyan sahaja yang boleh selesaikan masalah ini jadi mahu tidak mahu, dia terpaksa turutkan kehendak lelaki itu. Jika tidak, masakan dia dapat tahu apa rahsia terbesar Hayden.

Now or never.

Tidak menunggu lama, Ainin terus turun dari katil. Segera dia bersiap mahu bertemu dengan Dayyan. Dia perlu tahu memandangkan sekarang ini dia semakin curiga tentang hubungan Ardell dan Hayden. Lagi-lagi selepas apa yang terjadi kelmarin. Semakin membuak-buak rasa ingin tahunya. Pasti bukan setakat adik-beradik tiri sahaja.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now