bab 41

5.6K 151 17
                                    

MIA memberhentikan Mini Cooper yang di pandunya di hadapan rumah agam keluarga Hayden. Sempat matanya memerhati rumah mewah dua tingkat itu. Boleh tahan kaya juga keluarga lelaki itu.

" Husband you ada dekat sini? " soal Mia sebelum menoleh ke sebelahnya, melihat Ainin. Melihatkan wajah cemberut majikannya itu, dia pun naik kecut. Rasanya, dari airport tadi wajah itu masam sahaja.

" Kat mana lagi kalau bukan dekat sini? " balas Ainin. Kasar balasannya. Tajam dia merenung Audi merah milik Hayden yang elok tersadai di porch. Sakit betul hatinya mengenangkan sikap Hayden sejak kebelakangan ini.

" You tak beritahu dia ke suruh ambil you dekat airport? " soal Mia, pura-pura tidak peduli dengan balasan kasar Ainin. Lagipun, dia langsung tidak terkejut dengan balasan Ainin sebentar tadi. Sudah lali dengan sikap Ainin yang memang sebegitu. Ada sahaja yang tidak kena. Alih-alih dia juga yang kena hadap perangai gadis itu.

" I dah beritahu okay. Dia sendiri janji nak ambil I. Dah penat tangan I ni call dia, satu pun tak angkat! Mesej tu jangan cakaplah. Haram tak baca. Mana I tak bengang? " balas Ainin. Dia merengus kasar. Rasa nak campak sahaja telefon yang berada dalam pegangannya ini. Campak sampai terus ke muka Hayden pun tak apa. Itu pun belum tentu dapat hilang rasa tidak puas hatinya pada lelaki itu.

Sudahlah dia bengang apabila Hayden beritahu yang lelaki itu perlu pulang lebih awal. Katanya, ada kerja yang perlu di uruskan lelaki itu. Mereka sepatutnya pulang bersama hari ini, alih-alih Hayden sudah pulang semalam! Dia masih ditahan wad ketika itu namun Hayden langsung tidak kasihan padanya dan sanggup pulang ke Malaysia tinggalkannya sendirian. Entah apa kerja yang dibuat lelaki itu, mahu juga dia tahu.

Mana dia lagi tak bengang bila Hayden sudah berjanji untuk mengambilnya di airport? Tiga jam dia menunggu kemunculan Hayden sampaikan dia terpaksa menelefon Mia yang sudah pulang untuk mengambilnya. Seperti yang di agaknya, Hayden memang berada di sini. Kuat hatinya mengatakan yang Ardell turut bersama dengan lelaki itu.

" I rasa husband you lupa. Cuba you fikir positif sikit. Asyik nak marah je. " ujar Mia, cuba menenangkan keadaan Ainin. Penat juga nak melayan emosi tak stabil Ainin ni. Dia tak tahu bagaimana Hayden boleh tahan dengan kerenah gadis itu. Mengucap panjang dia bila mengenangkan.

" No. I rasa dia tengah curang dengan I sekarang ni! " seraya itu Ainin keluar dari perut kereta. Pintu kereta dihempas kuat.

" Eh, Ainin. Hisy..... " Mia turut keluar dari perut kereta. Haih lah, cabut kereta aku, kau nak ganti ke?

" You boleh balik, Mia. Thanks hantar I. I owe you. " ujar Ainin seraya mengeluarkan bagasi dari tempat belakang. Tanpa memandang Mia, dia terus menarik bagasinya memasuki halaman rumah keluarga mertuanya.

" Settle elok-elok! " sempat Mia memberi pesanan buat Ainin sebelum masuk ke dalam kereta. Dia menoleh sekilas pada Ainin sebelum kembali memfokuskan pada pemanduannya.

Ainin tidak mengendahkan kata-kata Mia, sebaliknya menonong sahaja dia masuk ke halaman rumah Dato Eshan dan Datin Catrina. Dia menjeling Audi merah Hayden seolah-olah dia sedang menjeling lelaki itu. Niatnya mahu terus masuk ke dalam rumah keluarga mertuanya dan terus serbu Hayden namun terbantut apabila terpandangkan Datin Catrina yang sedang menyiram pokok bunga.

Ainin meletakkan bagasinya ke tepi. Datin Catrina di hampirinya.

" Ehem. " Ainin berdehem, menarik perhatian wanita itu. Ralit benar, sehingga langsung tidak menyedari jeda tangannya. Kedua tangan naik memeluk tubuh.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now