bab 54

5.9K 209 27
                                    

SELESAI berbual panjang bersama Affan dan Tiara, Ardell mencari kelibat sepupu-sepupunya. Dek lama tidak bersembang dengan dua teman baiknya itu, dia lupa terus perihal sepupu-sepupunya.

Terlalu gembira apabila akhirnya hubungan persahabatannya bersama Tiara kembali terjalin. Tadi pun mereka berborak langsung tidak fikirkan keadaan sekeliling. Dia dan Tiara mahu lupakan sengketa antara mereka dulu dan buka buku baru.

Masing-masing ada silap sendiri dan perlu diperbaiki. Ini pun disebabkan Affan yang turut campur tangan. Lelaki itu yang buat mereka boleh berbaik begini. Ya lah, mereka bertiga bersahabat dari zaman kolej lagi. Tak kan semudah itu mahu akhiri.

Jika bukan kerana Affan dan Tiara yang mahu segera pulang, agaknya lagi lama mereka berbual. Selepas ini belum tentu mereka boleh duduk satu meja lagi seperti tadi.

Ardell jadi tertanya-tanya tentang hubungan Affan dan Tiara. Lain macam sahaja dia lihat mereka berdua. Datang ke sini pun berdua. Dia siap mengusik lagi namun mereka cuma mengatakan yang mereka sekadar berkawan.

Ardell sememangnya tidak percaya. Dia tahu, mereka pasti ada sesuatu namun sengaja tidak mahu memberitahunya. Namun, dia hanya doa yang baik-baik sahaja buat dua teman baiknya itu. Semoga cepat-cepat naik pelamin!

Dari jauh, Ardell sudah dapat menangkap kelibat sepupu-sepupunya yang duduk di hadapan gazebo. Kamal turut ada di situ. Dia tersengih apabila mendengar tawa dari mereka. Entah apa yang lawak sangat hingga keempat-empat mereka gelak tidak ingat dunia.

Hanya ada beberapa orang sahaja yang masih menjamu selera di bawah kanopi. Yang lain sudah pulang, hanya tinggal saudara-maranya sahaja. Lagipun malam sudah semakin larut, pastilah ramai sudah balik.

Ardell menghampiri Kamal, Iskandar, Fira dan Fika yang masih tertawa itu. Sambil-sambil itu matanya melilau mencari kelibat seseorang. Dia cuma mahu memastikan yang Hayden tiada di sekitar itu. Namun, melihatkan tiada figura Hayden di mana-mana, berkemungkinan yang lelaki itu sudah berada di dalam rumah atau sudah masuk tidur.

Bagus! Tak adalah nanti lelaki itu menyibuk.

" Korang sembang apa ni? Bukan main lagi gelak. Dari jauh boleh dengar tahu? " tegur Ardell sebaik sahaja dia tiba di situ hingga menghentikan tawa mereka berempat. Dia terus mengambil tempat di kerusi kosong bersebelahan dengan Kamal.

" Tak ada sembang apa pun. Kawan kak Ardell dah balik ke? " Kamal terlebih dahulu bersuara.

" Ha ah, baru je. " jawab Ardell.

" Alah, kak Ardell sembang dengan kawan kak Ardell pun sampai lupa dekat kitaorang. " ujar Iskandar dengan sengihan, sekadar bergurau.

" Betul. Fira lalu depan mata pun buat tak nampak. " sokong Fira.

" Mana adalah. Kak Ardell dah lama tak jumpa dengan diaorang. Macam korang jugalah. Gelak sampai tak ingat dunia. Macam tu lah kak Ardell. " ujar Ardell.

" Ya lah, esok semua dah balik. Mana boleh nak macam ni lagi. " ujar Fika.

" Boleh je. Suruh family Is pula yang buat doa selamat. " Kamal menyiku Iskandar di sebelahnya.

" Tapi, kalau buat vacation macam best jugakan? Kita satu family pun dah jarang sangat nak pergi vacation. Seronoklah kau ada, Kamal. Aku ada geng. " cadang Iskandar. Dia turut menyiku Kamal.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now