bab 1

13.8K 223 5
                                    

PINTU kuliah yang tertutup ditolak dari luar. Suasana di dalam bilik kuliah itu yang sememangnya bising tidak sekali pun senyap sebaik sahaja Ardell Risa melangkah masuk.

Ardell mengatur langkahnya ke tempat yang biasa di dudukinya, di belakang pelajar-pelajar yang lain. Dapat dilihat dari jauh tubuhnya yang sedang berjalan longlai itu. Teman baiknya sudah duduk di situ memandangkan Tiara Airin sering datang awal ke kelas.

Tiara yang sedang menyalin nota mulai terganggu dengan kehadiran Ardell. Diperhati temannya itu yang sedang melabuhkan duduk di sebelahnya sebelum kepala gadis itu di letakkan di atas meja. Jelas wajah mengantuk Ardell tika ini.

Dia sememangnya tahu yang Ardell sering tidur lewat namun bila melihatkan wajah Ardell yang begitu sembab, tahulah Tiara yang gadis itu pasti tidak tidur atau pun tidur sama ada dua atau tiga jam sahaja.

Exam mereka pun tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Tak kan lah Ardell masih dengan movie inggerisnya?

" Kau kenapa ni, Dell? Tidur lewat lagi? " soal Tiara sebelum kembali menyambung nota untuk kelas pada pagi itu.

" Aku tidur satu jam je, Ara. Bagi aku tidur setengah jam dulu. " jawab Ardell dengan mata yang terpejam.

" Kau gila? Class kita lagi sepuluh minit tau. Berani betul kau nak tidur time class prof andartu tu." ujar Tiara. Silih berganti dia memandang nota dan wajah kantuk Ardell.

" Ni semua sebab prof andartu tu la. Bengang betul aku. Memang patut dia jadi anak dara tua. " bidas Ardell sebelum keluhan panjang keluar dari dua ulas bibirnya. Sempat dikutuknya profesor yang terkenal dengan gelaran andartu di kolej mereka.

" Kenapa pula? Bukan ke kau yang selalu cari pasal dengan dia? " sengih Tiara seraya memusing-musingkan pen yang berada di antara jari telunjuk dan jari tengahnya.

" Aku terlupa nak siapkan assignment dia last week. Berialah pagi tadi aku siapkan sampai subuh tahu tak? Satu jam je aku tidur. Nasib baik aku tak lewat datang hari ni. Sudahlah pagi ni class dia. Tak pasal-pasal aku tak dapat tengok movie. " jelas Ardell dengan tangan yang sudah menongkat dagu.

Tiara yang mendengar sudah meletuskan tawanya. Dia seakan sudah mengagak sedari tadi. Bukan dia tidak kenal dengan teman baiknya yang seorang itu. Suka sangat menangguhkan kerja. Kadang-kadang itu dia yang terpaksa menyiapkan kertas kerja Ardell. Ciskek punya kawan!

" Padanlah dengan muka kau. Suka sangat tangguhkan? Dah berbuih mulut aku beritahu kau. Tak payah nak salahkan andartu tu. Kau yang tak cakna. " ujar Tiara lalu menggelengkan kepalanya.

" Diamlah. Kau bukan nak tolong aku. Tu, kau buat apa tu? " ujar Ardell. Sesekali dia tersengguk apabila matanya terpejam sebelum cepat-cepat dia mencelikkan matanya. Tak sempat nak tidur! Andartu betul!

" Nota dia lah. Kan nanti dia nak tanya? Jangan cakap kau tak buat, Dell. Kau memang cari pasal. Dia dah target kau tahu? "

Ardell rasa mahu menangis tika ini. Sekali lagi wajahnya diletakkan di atas meja. Sudahlah kantuknya masih ada, dengan nota yang masih belum di buatnya lagi. Kalau dia tahu begini, memang dia akan ponteng kuliah kali ini.

" Dell, Dell. Apa nak jadi dengan kau ni? Aku bukan kesian dengan kau tau. Aku kesiankan dengan diri aku yang dapat kawan macam kau. Apalah nasib. " ujar Tiara.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now