bab 18

5.2K 134 7
                                    

Okay je kut chapter ni? Tapi kalau tak selesa boleh skip!

IKATAN tali bathrobe separas lutut pada tubuhnya diperkemaskan. Disebalik bathrobe berwarna hitam itu, dia mengenakan lingerie berwarna nude. Rambutnya yang panjang sengaja dibiarkan melepasi bahu. Tidak lupa, minyak wangi disembur pada seluruh tubuhnya.

Dia tidak tahu apa yang merasuk dirinya tika ini. Entah kenapa dia rindukan sentuhan suaminya serta belaian Hayden pada dirinya. Tiga minggu tanpa lelaki itu sudah cukup menyeksakan dirinya.

Dia tahu ini kerja gila dan dia tidak pernah lakukannya tapi dia tahu Hayden pasti tidak akan menolak dirinya. Jika lelaki itu tergoda, itu suatu kepuasan padanya dan kalau Hayden tidak tergoda, dia akan buat Hayden sampai tergoda!

Sudah lama mereka tidak tidur sekatil dan itu membuatkan Ardell rindu pada suaminya. Disebabkan itu jugalah dia sanggup berpakaian sebegini. Dia tahu ini bukan sekadar nafsunya sahaja. Dia dahagakan Hayden pada dirinya.

Dia mahu Hayden lupakan Ainin buat seketika dan dipenuhi dengan bayangannya sahaja. Biar malam ini mereka bersama, justeru keinginannya yang terpendam selama tiga minggu dapat dilunaskan.

Ardell menghela nafas seketika sebelum pintu bilik tidurnya dibuka dari dalam. Terjengul-jengul kepalanya mencari kelibat Hayden. Selalunya lelaki itu akan berada di ruang tamu menonton televisyen namun televisyen yang tidak terpasang membuatkan dia tahu Hayden tiada di situ. Haih, tak kan dia mahu naik ke tingkat atas pula?

Dalam dia berfikir apa yang patut dia lakukan, bunyi gelas yang berdeting membuatkan Ardell tersenyum. Pasti Hayden sedang berada di dapur. Buat kali terakhir dia memeriksa keadaan tubuhnya sebelum perlahan langkahnya di atur ke situ.

Ardell sudah dapat menangkap figura Hayden di meja makan yang sedang berdiri membelakanginya. Kepala lelaki itu terdongak ke atas meneguk minumannya.

Atas bawah Ardell memandang belakang tubuh Hayden yang cuma bersinglet putih serta seluar pendek atas paha. Jari telunjuknya di letakkan di tepi bibir seraya menggigit perlahan. Lelaki itu tampak begitu seksi pada pandangan matanya.

Ini yang membuatkan dia sudah tidak sabar lagi!

Ardell sudah berdiri tepat di belakang Hayden. Mahu sahaja dia memeluk tubuh tegap itu tapi disabarkan dahulu jiwa raganya. Dia mahu lihat sejauh mana Hayden mampu bertahan dengannya.

" Dahaga, abang? " tegur Ardell dengan senyuman sebelum melabuhkan ciuman pada bahu terdedah Hayden. Dapat dia rasakan yang bahu lelaki itu sedikit terangkat. Mungkin terkejut dengan kehadirannya tiba-tiba di situ. Lagipun dengan keadaan dapur yang suram, mustahil lelaki itu tidak terkejut.

Ardell terus melepasi Hayden dan bergerak ke singki. Dia mencapai gelas sebelum berpaling ke belakang, menuju ke meja makan. Botol air sejuk diambil dari tangan Hayden sebelum dituang ke dalam gelas seraya mata mengerling manja pada suaminya.

Seperti biasa, wajah itu tidak tersenyum apabila berempat mata dengannya. Tajam renungan Hayden padanya dan Ardell tidak segan silu untuk menentang pandangan suaminya. Dia tahu ke mana mata lelaki itu sekarang ini.

Ardell menyandarkan belakang tubuhnya pada singki sebelum perlahan dia melonggarkan ikatan tali bathrobenya, mendedahkan terus lingerie yang di pakainya. Dapat dilihat mata Hayden yang bergerak mengikuti pergerakannya. Halkum lelaki itu juga mulai bergerak tidak sekata.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now