bab 7

6.9K 152 4
                                    

KERUTAN terhasil pada dahinya saat merasakan ada sesuatu yang sedang bermain pada wajahnya. Sekejap menyentuh puncak hidungnya sebelum beralih pula pada pipinya. Mata serta bibirnya turut disentuh sama.

Ardell menepis sesuatu yang berada pada wajahnya sebelum mengiring ke sebelah kanan. Namun tidak lama apabila wajahnya kembali disentuh dan kali ini makin galak pula. Ardell terus baring menelentang.

" Apa ni..... " dengus Ardell dengan mata yang masih terpejam rapat.

Digagahi juga matanya dibuka untuk melihat sesuatu yang menganggu lenanya. Dia baru sahaja lelap dan pasti agak susah untuk dia tidur selepas ini. Pasti sekarang ini jam sudah menginjak pagi buta. Mujur sahaja kuliahnya esok bermula tengah hari.

Buka sahaja mata, wajah seseorang menyapa pandangan matanya. Jelas dan semakin jelas penglihatannya sebelum dia dapat mengecam wajah yang berada tidak jauh darinya itu.

Lelaki itu sedang menongkat kepala sambil mata ralit memandangnya dengan senyuman. Terasa tangan lelaki itu melekap elok di atas perutnya yang diselimuti selimut.

" Abang buat apa dekat sini? " suaranya kedengaran meleret akibat kantuk yang menguasai diri. Ardell kembali memejam matanya.

Mungkin sahaja dia sedang bermimpi yang lelaki itu berada sekatil dengannya. Terasa mimpinya kali ini sungguh indah. Dihiasi wajah kacak itu yang sedang tersenyum memandangnya, berada hampir dengannya.

Jika ini mimpi, tolong kekalkan mimpi ini dan jangan bangunkan dia dari mimpi indah ini.

Eh, kejap. Abang? Hayden ke? Ardell kembali membuka matanya dan wajah itu masih berada di hadapannya. Automatik Ardell bangkit dari duduknya. Gelabah dia mencapai selimut menutup tubuhnya.

Ardell terus bersandar pada kepala katil seraya mata melorot ke bawah selimut, memandang tubuhnya yang masih dibaluti pakaian yang dipakai malam semalam. Dia menghembus nafas lega. Tiada apa yang berlaku di luar sedarnya.

Dikerling jam loceng di sebelahnya, jam sudah menunjukkan jam 12:37 malam. Biliknya cuma dihiasi dengan lampu meja namun wajah Hayden masih dapat dilihatnya melalui cahaya bulan yang menerobos masuk ke dalam bilik tidurnya.

Apa lelaki itu buat di dalam biliknya dalam waktu-waktu begini? Lelaki itu semakin berani malah tidak teragak-agak duduk di atas katil bersebelahan dengannya ketika dia masih diulit mimpi.

Dia tidak tahu sudah berapa lama Hayden berada di atas katil dengannya, melihat dirinya. Dia juga tidak tahu apa yang sudah dibuat lelaki itu padanya. Dia berharap tiada apa-apa yang berlaku kerana dia terlalu mempercayai Hayden.

" Abang kenapa ni? Kenapa masuk bilik Ardell? " soal Ardell, lembut.

Dia berdehem kecil memandangkan suaranya sudah serak basah akibat baru terjaga dari tidur. Dia cuba bertenang sedangkan dadanya sudah berombak kencang dengan keadaan mereka sebegini.

" Abang tak boleh tidur. " seraya itu Hayden menjatuhkan badannya ke atas katil. Mata terus dipejam. Dia mulai rasa selesa.

" Jadi? " soal Ardell.

" Abang tahu hanya Ardell sahaja yang mampu buat abang lena selepas ini. " ujar Hayden dengan bicara yang penuh makna tersirat. Dia kembali ke posisi tadi, mengiring ke sebelah kanan dan menongkat kepalanya. Ardell yang masih duduk di hujung katil dipandang.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now