bab 4

6.5K 170 3
                                    

KELUAR sahaja dari tandas, Ardell terkejut dengan kemunculan Affan di hadapan tandas wanita. Tak kan sampai ke sini lelaki itu mengekorinya? Tisu yang digunakan untuk mengelap air matanya sebentar tadi terus dibuang ke dalam tong sampah di tepi pintu.

Ya, dia menangis. Menangis hanya kerana Hayden. Dia sendiri tidak faham apa yang tidak kena dengan dirinya sebentar tadi. Mungkin melihat kemesraan Hayden dan Ainin di hadapan matanya sudah menjelaskan semuanya.

" Sampai ke sini you stalk I? You ni dah kenapa? " soal Ardell sebelum menarik lelaki itu jauh dari tandas wanita.

" You datang dengan siapa tadi? " bukan jawapan yang diberikan buat persoalan Ardell sebentar tadi, namun Affan mengajukan pula persoalan padanya.

Tak kan sekejap sahaja sudah kecoh? Getus hatinya.

Ardell mengangkat kaki untuk pergi dari situ. Tidak mahu memberi jawapan kepada persoalan Affan sebentar tadi. Secara tidak langsung, dia akan membuka rasa sakit hatinya mengenangkan Hayden dan Ainin.

" Eh, Ardell. I tanya you lah. " bahu Ardell ditariknya dari belakang sehingga menyebabkan gadis itu kembali berhadapan dengannya.

" Apa? " Ardell sudah bengang dengan sikap menjadi-jadi Affan. Lelaki itu seolah-olah bersikap dia adalah teman lelakinya. Semua perkara mahu diambil tahu.

" You bukan datang dengan driver papa you kan? " soal Affan.

" I nak datang dengan nenek I pun suka hati I lah. " balas Ardell lalu menyilangkan kedua tangan pada dadanya.

" Kawan-kawan I nampak you datang dengan senior baru tadi. Siapa lelaki tu? " balas Affan. Dia tidak pedulikan balasan Ardell sebentar tadi. Langsung tidak terkesan kerana sememangnya Ardell akan bersikap begitu dengannya.

" Tak ada siapalah. " balas Ardell acuh tak acuh sahaja.

" Boyfriend you? " soal Affan. Saat ini dia begitu terdesak sekali untuk mengetahui lelaki yang datang bersama gadis itu.

Mendengarkan cerita dari rakan-rakannya sebentar tadi sudah cukup membuatkan dia tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi lelaki yang datang bersama Ardell sebentar tadi cukup menggoyahkan dirinya. Dia masih belum sanggup untuk melihat Ardell bersama lelaki lain.

" Kalau betul pun apa masalahnya? " balas Ardell. Biar sahaja dia mengaku agar Affan tidak akan menganggunya selepas ini.

Soal belajar pula, bukan Tiara tidak dapat membantunya. Rakan sekelasnya yang lain berebut-berebut mahu mengajarnya. Dia tidak kisah jika hilang Affan sebagai pelajar cemerlang di kolej mereka.

" Apa lebihnya lelaki tu and apa kurangnya I? " soal Affan. Retak seribu hatinya mendengarkan pengakuan Ardell sebentar tadi. Benarlah, kebenaran itu menyakitkan.

" I tak ada masa lah nak cakap soal hati dan perasaan. " balas Ardell.

" Kenapa? You rasa bersalah dengan I? " soal Affan.

" Kenapa I nak rasa bersalah pula? Merepek. Lagipun I dah cakap dengan you yang I memang tak sukakan you. You yang tak faham-faham. " ujar Ardell lalu menggelengkan kepalanya mengenangkan sikap Affan.

" I ikhlas sukakan you, Ardell. I sukakan you bukan sebab you pelajar paling cantik dalam kolej ni. I sukakan you sebab you jadi diri you sendiri. I tak kisah pun you tak pandai dalam apa-apa pelajaran sekalipun sebab I tahu I ada untuk ajar you. " ujar Affan. Dia masih berharap ada ruang untuknya di hati Ardell.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now