bab 47

6.2K 188 25
                                    

Saya harap masih ada lagi yang sudi baca😌

***

" OKAY. Puan Ardell dah boleh discharge petang ni. "

Ardell hanya tersenyum pada doktor perempuan yang merawatnya selama tiga hari ini. Mendengarkan itu, dia tidak tahu mahu rasa apa. Sepatutnya dia rasa gembira bila dapat balik ke rumah. Pastinya dia akan ikut Hayden pulang selepas ini. Dia tidak mahu, lebih baik duduk di hospital ini daripada sebumbung dengan lelaki itu lagi.

Sejak semalam lagi, Hayden menemaninya. Naik rimas jadinya apabila Hayden tidak habis-habis mahu memaksanya bila dia asyik melawan lelaki itu. Memang lelaki itu tidak berkasar dengannya namun dia tetap tidak suka.

Kalau mama menemaninya, boleh juga dia balik dengan wanita itu. Duduk terus dengan papa dan mama. Ini tak, memang dia akan balik dengan Hayden juga. Atau dia patut lari baru selesai masalahnya ini?

Dijeling Hayden yang duduk di sebelahnya, tangan lelaki itu tidak henti-henti dari mengusap bahunya. Sengaja mahu menunjuk kemesraan di hadapan doktor perempuan itu agaknya. Buat apa nak tunjuk bahagia? Dia pula yang naik menyampah.

" But make sure, kena pantang macam orang mengandung ya, puan. Kesihatan kena jaga, cara pengambilan makanan pun jangan ambil ringan. Badan puan tu nak pakai lama. Tak kan puan tak nak mengandung lagi kan? " ujar doktor wanita itu lagi. Dari tadi lagi senyuman tidak lekang dari bibirnya untuk pesakitnya itu.

" Baik doktor. " jawab Ardell, masih dengan senyuman tersungging pada ulas bibirnya.

" Encik Hayden pun kena pantau keadaan Puan Ardell. Waktu macam ni lah, Encik Hayden kena betul-betul jaga isteri Encik. " doktor wanita yang bernama Hannah itu beralih pula memandang suami kepada pesakitnya.

" Sure, doktor. Saya akan jaga isteri saya sebaik mungkin. " senyum Hayden. Dia mengerling sekilas pada Ardell di sisinya. Jelas wajah itu tidak senang dengan tindakannya tika ini. Apa dia peduli?

" Good to hear that. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Have a nice day. "

Ardell dan Hayden serentak menganggukkan kepala mereka. Dr Hannah terus keluar dari wad itu bersama-sama dengan jururawat yang turut serta seketika tadi meninggalkan mereka berdua.

" Lepas ni kita terus balik penthouse. Abang akan jaga Ardell dalam tempoh Ardell berpantang. " ujar Hayden. Tangan Ardell yang berada di atas riba gadis itu digenggam erat.

" Aku nak stay rumah mama. " ujar Ardell. Dia sememangnya sudah rancang mahu duduk di rumah papa dan mama sebaik sahaja dia keluar dari hospital. Tidak mahu Hayden yang menjaganya lagi.

Ardell cuba menarik tangannya dari genggaman Hayden namun makin kejap pula lelaki itu mengenggamnya. Begitu juga dengan tangan Hayden yang masih berada di bahunya.

Rimas!

" Kenapa nak susahkan mama? Abang ada kan untuk jaga Ardell? " soal Hayden.

Tidak hairanlah jika Ardell tidak mahu balik ke penthouse bersamanya memandangkan hubungan mereka masih lagi begitu. Namun, jangan harap dia akan biarkan gadis itu pulang ke rumah papa dan mama tanpa dia ikut sekali. Bukan dia mahu mengongkong Ardell. Jika Ardell mahu lari begini, bagaimana masalah mereka mahu selesai?

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now