bab 6

6.8K 161 0
                                    

ARDELL mengambil tempat di meja kosong. Hari ini dia cuma bersendirian memandangkan Tiara mengambil cuti sakit. Itu pun dia tahu last minute apabila pagi tadi baru dia menerima pesanan daripada gadis itu.

Dia sememangnya yang suka duduk di belakang terpaksa berpindah ke hadapan, menyertai rakan-rakan sekelasnya yang lain. Duduk bersama mereka Ardell perlu berpura-pura memberikan perhatian.

Tahu sahajalah jika duduk bersama dengan orang yang mahu belajar. Dia perlu serius walaupun satu habuk pun dia tidak faham. Yang dia pelik, walaupun Tiara tidak fokus di dalam kelas, temannya itu selalu perform berbanding dirinya.

Jadi apabila Tiara tiada, Ardell cuma mendiamkan diri. Bersikap seperti dia adalah pelajar yang terbaik. Dia akan bersuara jika ada sesuatu yang tidak difahami malah ada juga dia cuba untuk berbual dengan mereka namun tetap rasa kurangnya tanpa Tiara.

Ardell masih mempunyai satu lagi kuliah. Sementara menunggu kuliahnya lagi setengah jam, Ardell mengeluarkan iphone dari beg galasnya. Sandwich yang dibelinya tadi terus dicapai.

Fokusnya diberi sepenuh perhatian pada skrin telefonnya walaupun suasana di kafe tika itu sungguh gamat dengan suara para pelajar dan terasa menganggu. Ardell langsung tidak mengendahkannya.

" Eh Ardell, you sorang je? Mana Tiara? Gaduh eh? " Lily yang baru melalui di sebelah Ardell terus melabuhkan duduk di hadapan gadis itu. Makanan dan minuman yang dibeli diletak di atas meja.

" Tak lah. Dia kan absent hari ni. " ujar Ardell yang sudah berpaling memandang rakan sekelasnya itu.

" Really? I tak perasanlah pula tadi. So, you sorang-soranglah ni? " sengih Lily, mengenangkan sikap tidak ambil tahunya terhadap rakan sekelas.

" Macam yang you tengok. " balas Ardell dengan senyuman.

Lily terus berpaling ke belakang sebelum kembali memandang Ardell. Wajahnya beriak serba salah mengundang rasa hairan pada Ardell.

" Kenapa? " soal Ardell.

" Actually I nak teman you but I ada lunch date dengan Helmi. " jawab Lily.

" Eh, it's okaylah. Just continue with your date. I okay je sorang-sorang. Yang tak okaynya nanti, boyfriend you tu. " ujar Ardell. Dia menjuih bibirnya pada Helmi yang sedang memerhati mereka berdua.

" Betul ni? " soal Lily seraya bangkit dari duduknya. Makanan dan minuman turut diambil sama.

" Betul, Lily. " balas Ardell dengan senyuman. Tercuit hatinya dengan telatah comel Lily.

" Tapi you jangan risaulah. " Lily terus bergerak ke sebelah Ardell lalu membongkok tubuhnya menyamai paras telinga gadis itu, mahu membisikkan sesuatu.

" Jejaka-jejaka dekat kolej ni tak kan biarkan you sorang-sorang. I yakin sekejap lagi akan ada yang teman you. Fight me! " habis sahaja berbisik, Lily terus meninggalkan Ardell dengan kenyitan mata.

Ardell cuma menggelengkan kepalanya dengan sikap Lily. Saat ini dia tidak membayangkan jejaka-jejaka yang lain menemaninya tetapi cuma Hayden. Rasanya lelaki itu sudah habis kelas sepertinya namun kelibat Hayden masih belum kelihatan.

Ardell cuba mencari abang tirinya itu di celah-celah beratus para pelajar di kafeteria itu namun lelaki itu masih tidak dapat dilihatnya apatah lagi bayang Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now