bab 65

7.3K 178 11
                                    

TING!

Ting!

Ardell yang baru tersedar dari lenanya tergapai-gapai mencari telefon di atas meja katil. Hairan apabila tiada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya seperti selalu. Dikerling di sisinya, mahu lihat Hayden namun tiada figura lelaki itu. Whatsapp yang baru masuk tadi terus dibacanya.

Pak ngah Raf👮🏻‍♂️

Assalammualaikum, semua. Pak ngah Raf plan nak pergi holiday hujung minggu ni. Ada sesiapa yang tak boleh pergi?

Fika💜

Waalaikummussalam. Ni mesti Is yang paksa pergi holiday kan pak ngah?

Iskandar👱🏻‍♂️

Eh, siapa yang beria suruh ajak pergi holiday sebenarnya? Siap nak pergi Maldives bagai. Bukan kau ke?

Fika💜

Kiranya kita pergi Maldives ke?😮

Pak ngah Raf👮🏻‍♂️

Tak, Fika. Dekat-dekat je.

Fira🧡

Fira okay je pak ngah. Fika pun mesti okay.

Fika💜

Ha ah. Nanti Fika bagitahu mama, papa.

Iskandar👱🏻‍♂️

Lah, macam mak long Su dengan pak long Ha tak baca group ni pula.😒

Fika💜

Diam boleh tak?😡

Fira🧡

Korang ni bisinglah. Bukan ada kita-kita je tau dalam group ni.😐

Kamal👦🏼

Kamal okay je.🖐🏻

Fira🧡

Cun lah Kamal. Kiranya kak Ardell pun join jugaklah kan? Tapi abang Hayden?

Mahu sahaja Ardell menaip memberitahu yang dia dan Hayden okay sahaja untuk pergi. Tetapi, memandangkan tiada sesiapa lagi yang tahu tentang hubungan mereka berdua, Ardell batalkan sahaja niatnya itu. Lagipun, dia tidak boleh buat keputusan sesuka hati, apa-apa dia kena beritahu Hayden terlebih dahulu.

You

Nanti Ardell bagitahu balik, pak ngah.

Seraya itu Ardell terus bangkit dari pembaringannya. Selimut yang hampir-hampir sahaja mahu terlurut ke bawah ditekap erat ke dada. Langsung dia tidak nampak kelibat Hayden di mana-mana. Mana pulak menghilang ni?

Bathrobe yang terdampar di atas lantai dicapai sebelum disarung ke tubuh. Kaki dibawa keluar dari bilik tidurnya dengan Hayden. Satu-persatu anak tangga dituruni dengan tangan mengikat tali bathrobe. Memang Hayden tidak ada di tingkat dua ini.

Bunyi kocakan air yang kedengaran membuatkan langkahnya dibawa ke kolam renang. Kelihatan Hayden sedang berenang. Hanya seluar pendek yang dipakai lelaki itu. Cukup buat Ardell ketap bibir melihat keseksian suaminya. Nampak sahaja kelibatnya, terus wajah itu dihiasi senyuman.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now