bab 31

6.3K 171 9
                                    

" YOU buat apa tu, Hayden? "

Mendengarkan teguran secara tiba-tiba itu, Hayden terus berpaling mencari kelibat Ainin. Wajahnya saat ini usah dikata lagi. Sehabis baik cuba dikawal. Ainin sedang berdiri tidak jauh darinya dengan kedua tangan memeluk tubuh. Dari mana pula Ainin ni muncul?

" Eh, sayang. Tak, I dari dapur. You bangun kenapa? " dengan senyuman Hayden merapati Ainin. Dalam kepala, ligat memikirkan alasan yang mahu diberikan buat isterinya.

" Sejak bila pula dapur penthouse you bertukar jadi bilik Ardell? " soal Ainin, sarskatik. Tidak lepas matanya dari memandang setiap pergerakan Hayden yang mendekatinya. Keadaan Hayden yang agak serabai memusykilkan dirinya.

Bangun sahaja dia dari tidur tadi, Hayden tiada di sebelah. Apabila dia turun ke bawah, Hayden berada di hadapan bilik Ardell. Hatinya kuat mengatakan Hayden bukan dari dapur seperti apa yang diberitahu lelaki itu tadi.

" Betul lah I dari dapur. I dekat bilik Ardell tadi sebab mama call Ardell tak dapat. Itu yang mama suruh I tengok Ardell buat apa. Tak ada apa pun, sayang. " jelas Hayden.

" You ada sembunyikan apa-apa dari I ke, Hayden? "

" Sembunyi apa pula ni? "

" I don't know. You je yang tahu. " balas Ainin. Fikirannya masih dibayangi dengan kata-kata Dayyan tengah hari tadi dan juga kemunculan lelaki itu selepas hilang secara tiba-tiba beberapa bulan lepas.

" Lagipun kalau bukan aku yang beritahu, mungkin kau akan tahu sendiri nanti. "

Dari apa yang dia faham, Dayyan tahu sesuatu. Tapi apa? Hati-hatinya meronta-ronta mahu tahu.

" You mamai ni kan? " Hayden mengusap rambut bersanggul Ainin.

" Jomlah, tidur balik. "

" Hayden, please. " Ainin menarik lengannya dari pegangan Hayden.

" You tak percayakan I ke, Ainin? " soal Hayden. Tanpa sedar, dia mengeluh. Dari tengah hari tadi Ainin bersikap pelik dengannya. Bila ditanya, tiada apa-apa tetapi sebenarnya memang ada apa-apa. Kenapa complicated sangat?

" Of course I do. "

" Then, what's the problem? "

" You tahu tak, perangai you pelik sejak balik tadi? You asyik nak cari salah I. Tak habis-habis nak fikir, I ada apa-apa dengan Ardell. Lagi sekali I beritahu you, I dengan Ardell cuma adik-beradik. I concern pasal dia, sebab dia satu-satunya adik I. I tak pernah ada adik, Ainin. You boleh fahamkan? "

" Kalau you masih nak fikir macam apa yang you fikir sekarang ni, it's up to you. I penat, you tahu tak? Bukan nak ambil tahu pasal I. Asyik fikir perasaan you je. Baguslah. Memang I je yang salah. " balas Hayden sebelum berlalu ke tingkat atas. Dia langsung tidak berpaling ke belakang untuk melihat reaksi Ainin.

Ainin menggigit bibirnya mendengar balasan Hayden padanya. Dia tidak sempat menghalang Hayden, lelaki itu sudah naik ke tingkat atas. Hayden tidak pernah bersikap sebegitu. Tahulah Ainin yang Hayden benar-benar marah padanya. Tangannya naik mengurut kepala yang tiba-tiba sahaja rasa pening.

Apa yang diberitahu Dayyan, cukup menganggu emosinya hari ini sehingga dia tidak sedar, dia membuat Hayden terasa hati dengannya. Benarkah dia bersikap pelik dan asyik curiga pada Hayden? Dia sememangnya mempercayai Hayden tapi..... Argh!

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now